Bab 12

3.2K 146 0
                                    

Sejak masuk tadi mata Hazreen tak lekang daripada memandang Naura di depannya. Naura pura-pura tak perasan takut nak pandang mata Hazreen. Opah Som tiba dari dapur dengan menatang dulang yang berisi jag air dan 3 gelas.

Opah Som mengambil tempat di sebelah Naura. Dia menuangkan air ke dalam ketiga-tiga gelas itu lalu dia menghulurkan kepada mereka.

"Lama dah Dhian tinggal sini?" tanya Opah Som sebelum air di dalam gelas dihirup.

"Tinggal sini baru 2 minggu, saje ambik cuti rindu suasana kampung." Dia tak habis lagi lepaskan rindu kepada Mak Teh banyak kenangan yang tercipta antara mereka berdua.

Opah Som mengangguk sebelum matanya melihat Hazreen yang tak habis memandang ke arah Dhian.

"Hah, kamu Man kenapa balik sini?."

"Rindu." Dia meneguk air tetapi matanya elok tertancap memandang Naura. Naura tak berani nak memandang mata itu.

"Banyak la kamu rindu, kamu bukannya jarang balik. Hampir setiap minggu kamu balik. Rindu konon" Opah Som mencebik. Selebihnya mereka bertiga berborak kosong sahaja.

———————————————————

"Assalamualaikum Opah Som!" kedengaran suara Wadi memberi salam.

"Waalaikumusalam Wadi mari la masuk" ajak Opah Som.

"Eh tak payah la opah ni Wadi datang nak ambik Dhian balik. Mak dah bising dekat rumah risau mana pergi Dhian ni dari tadi tak balik" tolak ajakan Opah Som. Dia berapa kali kena bebel dengan emaknya. Suruh cari si Dhian ni.

Dengar je kata abang Wadi tadi, Naura terus meluru ke arah Opah Som untuk menyalami tangan orang tua itu sebelum meminta diri untuk pulang.

"Dhian balik dulu Opah Som nanti kalau ada masa kita sembang lagi" ujar Naura.
Hazreen yang berdiri disebelah Opah Som dipandang sekilas sebelum tersenyum manis ke arah Hazreen.

Hazreen cuba sedaya upaya menahan senyumannya. Dia perlu kelihatan gerun dimata Dhian. Matanya menghantar kepulangan Wadi dan Dhian sebelum bicepsnya di tepuk kuat.

"Sakit la opah!" mencebik bibirnya kena pukul dengan Opah Som.

"Jangan nak usya anak dara orang sangat ingat aku tak perasan kamu dari tadi pandang si budak Dhian tu" tegur Opah Som. Dia walaupun dah tua matanya masih elok lagi ingat dia tak perasan ke tadi.

"Opah ni tak sporting la orang usya je bukan terkam dia masuk bilik pun" rungut Hazreen. Pandang pun salah.

"Sebelum benda tu jadi la aku cakap jangan Luqman." Budak Luqman ni bukan boleh percaya orang cakap jangan itu juga la dia kata ya.

"Opah jealous la tu takde siapa pandang Opah macam Man pandang Dhian" rungut Hazreen. Kakinya dihentakkan kuat-kuat terus masuk ke bilik. Dah boleh roboh rumah ni kalau dibuat hari-hari.

"ROBOH LA RUMAH AKU MAN!"

———————————————————

"Abang Dhian nak tanya boleh?" tanya Naura. Dia sudah duduk bersila di sebelah kiri Wadi. Wadi yang dari tadi memberi sepenuhnya tumpuan kepada televisyen yang menyiarkan permainan bola sepak. Wadi hanya mengangkat kening tapi matanya masih di televisyen.

"Yang tadi tu cucu Opah Som ke?."

"Yang tadi yang mana?" soal Wadi semula.

"Lelaki tadi la." Dikuis-kuisnya hujung baju tidur. Malu betul dia nak maksudkan Hazreen.

"Luqman?." Wadi mula memandang ke arah Dhian. Pelik je Dhian nak tanya pasal kawan sekolahnya itu.

"Nama dia bukan Hazreen ke?." Setahu dia nama lelaki itu Hazreen seperti dikatakan oleh Puan Hizarah.

"Hazreen Luqman nama dia, dia tu bukan cucu Opah Som. Opah Som pernah jaga dia time dia kecik, sampai habis sekolah la jugak Opah Som tu jaga dia."

"Tak silap abang, Hazreen tu memang asal sini tapi lepas ayah dia meninggal, dia dihantar ke rumah Opah Som. Sementara mamanya kerja dekat KL sana. Tak menang tangan mamanya nak jaga dia, tu yang dia tinggal dengan Opah Som" jelas Wadi panjang lebar.

"Tak menang tangan, diakan seorang kenapa tak menang tangan pulak?" soal Naura pelik. Berkerut dahi Naura dengan maksud 'tak menang tangan' yang dikatakan Wadi tadi.

"Hazreen tu ada adik. Tapi abang dah lama sangat tak jumpa si Aneep tu mana entah budak tu pergi."

Naura hanya mengangguk patut la siang tadi macam rapat saje Opah Som tu dengan Hazreen. Rupanya sudah dijaga dari kecil.

"Asal kau dah jatuh cinta ke dengan dia?" senyuman mengejek terlakar dibibir Wadi. Permainan bola sepak yang disiarkan tak lagi menarik perhatian Wadi.

"Ish...abang Wadi ni dah la Dhian masuk dulu" pantas dia membawa diri ke bilik malas dia nak layan perangai abang saudaranya itu.

DINDA HAZREENWhere stories live. Discover now