Bab 20

3K 131 2
                                    

Sudah seminggu Naura meneruskan kehidupannya seperti biasa. Tiada satu pun mesej yang diterima daripada Hanneef sejak seminggu yang lalu. Naura selalu sejukkan hati sendiri dengan berfikiran positif. Dia perlu percaya yang Hanneef sibuk dengan urusan kerja.

Dia sudah bersiap sedia untuk pergi ke kubur. Lama dia tidak menziarahi pusara ayahnya. Ayahnya yang sudah lama meninggal sejak dia berumur 2 tahun lagi.

"Naura nak pergi mana ni?." Tanya Puan Zatul. Dia melihat anak daranya sudah siap memakai jubah bewarna hitam. Hujung minggu ada apa-apa majlis ke.?

"Naura nak pergi ziarah kubur ayah kejap." Senyuman nipis ditayangkan kepada ibunya sebelum matanya beralih ke arah mata hitam pekat Fazril yang ralit merenung dia di tengah ruang tamu itu.

'Bila masa pulak mamat ni datang!!' getus Naura di dalam hati. Naura terus membuat muka menyampah.

Tangan Puan Zatul disambut untuk menyalami tangan wanita itu lalu pantas sahaja dia keluar melepasi pintu rumah tanpa menoleh sedikit ke arah Fazril.

"Naura tunggu!." Kuat suara Fazril memanggil Naura yang ingin beredar.

Naura yang mendengar namanya di panggil terhenti langkahnya. Matanya masih melihat ke hadapan tak pandang langsung Fazril yang sudah elok berdiri di sisinya.

"Abang hantarkan Naura. Naura nak pergi mana tadi kubur ye?." Fazril cepat mencapai kasutnya. Alang-alang Naura nak keluar boleh dia hantarkan.

"Tak payah. Naura boleh pergi sendiri." Kasar sungguh suaranya mengungkap ayat tersebut. Terhenti perbuatan Fazril seketika.

"DHIAN NAURA..." tegas suara Puan Zatul menyebut nama penuh anaknya itu walaupun dia cuba perlahankan suara tapi masih didengari oleh Fazril. Kalau tak suka pun cakap baik-baik boleh kan?.

Naura yang berpaling melihat muka Puan Zatul yang tersenyum penuh makna itu terus dia memandang muka Fazril yang mula menunjukkan riak wajah sedih. Baru sikit dah sentap pulak mamat ni.

"Takpe la Naura boleh pergi sendiri, lagipun Naura nak pergi tempat lain lepas pergi kubur nanti." Senyuman palsu sengaja dibuat-buat. Terpaksa la dia menipu. Ikutkan hati lepas pergi kubur dia nak pulang terus. Letih lebih baik layan drama.

"Faham, kalau macam tu saya balik dulu makcik, Naura" pinta Fazril berlalu keluar dari rumah itu. Hatinya hampa melihat perangai Naura yang masih melayan dia sebegitu. Tidak boleh ke ada sikit perasaan Naura kepadanya.

Sudah Fazril hilang dari pandangan matanya. Naura mula melangkah masuk ke dalam kereta lalu menghidupkan enjin. Dia terus memandu pergi ke destinasi yang ingin ditujui.

———————————————————

"Amiin..." Naura mengaminkan doa yang dibaca sebentar tadi. Dia mula menuangkan air yang berada di dalam botol plastik itu di atas pusara ayahnya. Seterusnya, dia menaburkan kelopak bunga ros. Cantik kubur ayahnya dibersihkan sebentar tadi. Diusap pula batu nisan yang tertera nama ayahnya.

"Ayah, ayah rasa siapa jodoh Naura?. Naura bukan apa tapi Naura keliru, hati mahukan Hanneef tapi Naura kesiankan Fazril. Dia bersungguh-sungguh nak jadikan Naura isteri dia." Mengeluh Naura di tepi kubur. Dia buntu saat ini siapa yang lebih tepat untuk dia jadikan sebagai pasangan hidup.

"Nanti ayah bagitahu tuhan tunjukkan jodoh Naura tau. Hehehe...Naura pergi dulu nanti ada masa Naura lawat ayah lagi ye." Naura bangun dari tempat duduk terus mengorak langkah ingin berlalu pergi. Sewaktu dia ingin beredar dia nampak susuk tubuh jejaka yang sudah lama dia tidak jumpa.

'Mamat ni tinggal dekat kawasan sini ke?. Tak pernah nampak pun sebelum  ni' gumam Naura dalam hati.

Dia terus menuju ke arah Hazreen yang sibuk bermain telefon sambil tangan sebelah di masukkan di dalam poket seluar. Sekali tengok cara jalan macam dekat mall.

"Eh, hai Hazreen apa awak buat dekat sini?." Sapa Naura. Malu dia berhadapan dengan Hazreen. Janggal pulak bila lama dah tak bertemu.

Hazreen yang berkerut dahinya mendengar soalan Dhian seraya memerhati sekeliling tanah kubur itu sebelum matanya kembali tertumpu ke arah Dhian.

"Ada funfair ke dekat sini aku nak main game?." Soalan dibalas soalan. Dia rasa Dhian didepannya ni cukup bijak mengenal situasi sekarang. Kalau dah ada dekat kawasan kubur nak buat apa lagi.

"Erk...haah la dekat kawasan kubur mana ada benda nak buatkan selain ziarah orang dah meninggal. Betul tak?" Malu Naura dibuatnya. Haih buat malu diri sendiri je depan mamat ni.

"Awak nak lawat kubur siapa?."

"Adik."

Naura hanya membuat mulut 'o' sahaja.
Dia pernah dengar yang Hazreen ni ada adik tapi tak sangka pulak dah meninggal.

"Takpe la kalau macam tu saya balik dulu." Naura meminta diri. Sudah lama dia dekat sini dia kena pulang. Dia nak habiskan drama yang berbaki beberapa episod lagi.

"Cik adik!."

Naura berpaling semula ke arah Hazreen. Hazreen sorang je rasanya panggil dia panggilan itu. Kalau bukan Hazreen yang panggil siapa lagi gadis dekat sini yang nak dipanggil 'cik adik'.

"Sorry la aku cakap macam ni takut kau malu. Tapi ada taik kucing dekat bahagian yang tu..." Jari telunjuknya menunjuk bahagian punggung Dhian yang sudah kotor. Matanya diturunkan ke bawah melihat tanah.

Naura yang cuak menarik sikit hujung jubahnya. Dia melihat bahagian belakangnya sudah kotor dengan najis itu. Macam mana boleh tak perasan. Tak perasan tu boleh dimaafkan lagi ni takde bau busuk. Hidung dia tak tersumbat. Ini salah satu akibat bila tak bawa tikar.

Tak boleh jadi dia kena pulang secepat mungkin. Pantas sahaja kaki Naura berlari menuju ke arah kereta. Naura tak hiraukan lagi Hazreen di situ. Mukanya dah membahang malu.

Tersenyum senget Hazreen melihat perangai Dhian itu. Kenapa la dia selalu jumpa gadis itu dekat kawasan kubur. Dia menggelengkan kepalanya sambil kakinya berlalu pergi ke pusara adiknya.

DINDA HAZREENWhere stories live. Discover now