Bab 52

1.9K 112 7
                                    

Selesai Opah Som memindahkan lauk ke dalam mangkuk, Dhian pula mengambilnya dan letak di atas meja. Mereka sudah siap untuk makan malam.
Mereka berdua sudah mengambil tempat duduk masing-masing.

"Man mana, Dhian?" soal Opah Som.

"Ada dekat dalam bilik, tengah pakai baju" jawab Dhian. Lepas Asar baru Hazreen balik ke rumah. Punya lah lama dia mintak tolong dengan Khai.

Beberapa minit kemudian, Hazreen munculkan diri dan duduk ditengah-tengah diantara Opah Som dan Dhian. Tuala yang terjuntai di atas kepala dibiarkan, menutup rambutnya yang basah.

"Letak tuala tu ke tepi dulu Man" ujar Opah Som. Hazreen akur lalu menyidaikan tuala itu di tempat penyandar kerusi. Dhian tersenyum sebelum dia mengisi nasi di dalam pinggan.

Hazreen diam melihat saje gerak geri Dhian yang tengah mengisikan lauk ke dalam pinggannya. Sesudah itu, Dhian meletakkan pinggan tadi di depan suaminya.

Habis membaca doa, Dhian dan Opah Som mula menjamah nasi kecuali Hazreen. Dia masih statik memandang nasi di dalam pinggannya.

"Kenyang ke tengok nasi je?" tegur Opah Som. Orang dah makan boleh pulak cucunya tenung tengok nasi tu lama-lama, bukan boleh tukar jadi beras pun.

"Man nak suap.." pinta Hazreen. Mencebik Opah Som dengar permintaan Hazreen. Ada je benda nak bagi dia jealous.

"Mari sini Dhian suapkan." Senyuman manis dilemparkan kepada Hazreen seraya tangannya mencapai pinggan suaminya. Dia menggaul semua lauk tadi dengan nasi. Kemudian dia mengambil sedikit nasi menggunakan tangannya lalu disuakan di mulut Hazreen.

"Opah." Panggil Hazreen.

"Man nak opah suapkan." Tersedak Opah Som dengar permintaan gila Hazreen. Laju dia menghirup air yang berada di sebelahnya.

"Dhian kan ada." Waktu kecik boleh lah disuapkan ni dah besar macam gajah nak suapkan jugak. Melampau. Berubah muka Dhian bila Hazreen menolak tangannya. Walaupun lembut tapi tetap Dhian terasa.

"Nak Opah jugak" rungut Hazreen. Bibirnya memuncung memandang Opah Som.

"Malas." Itu sahaja balasan dari Opah Som.

"Kalau opah taknak suap, Man taknak makan." Dia berura-ura mahu bangun tapi Dhian terlebih dahulu bersuara.

"Nah opah." Dhian menghadiahkan senyuman manis ke arah Opah Som, pinggan Hazreen tadi dihulurkan kepada orang tua itu. Lambat laun Opah Som mencapai juga, dia menjeling ke arah Hazreen. Lelaki itu duduk semula di tempatnya.

Hazreen bangga akhirnya dia dapat juga suapan dari opahnya. Berselera sungguh Hazreen makan. Opah Som pasrah tak pasal dia nak kena suap cucunya yang pura-pura kudung ni.

"Sikit je makan Dhian" tegur Opah Som, dia melihat Dhian sudah berlalu menuju ke sinki. Berapa suap je tadi dia perasan Dhian makan.

"Dhian dah kenyang" balas Dhian. Sebenarnya dia tak mahu berlama di sini, kecewa hati dia saat ingat semula Hazreen menolak tangannya. Pinggan yang diguna tadi dicuci dan diletakkan ke tepi.

Dhian meminta diri untuk ke masuk ke dalam bilik. Hazreen menghantar pemergian isterinya dengan perasaan serba salah. Mulutnya masih mengunyah nasi tadi.

"Adoii...opah..." adu Hazreen apabila dirasakan lengannya dicubit kuat oleh Opah Som.

"Bagus sangat buat isteri macam tu?!." Merajuk Hazreen macam budak-budak. Sakit pulak hati dia.

"Dhian buat Man boleh pulak." Jawab Hazreen. Asyik perempuan je merajuk lebih-lebih dia pun nak jugak.

"Tolong lah Man jangan buat perangai macam budak-budak" rayu Opah Som. Penat tahu tak dia tengok Dhian tak habis-habis murung. Mungkin sebab menyesal dengan tindakannya tapi cucunya ditambah-tambah lagi. Asyik mengelak saje dengan isteri.

DINDA HAZREENWhere stories live. Discover now