Bab 17

2.8K 137 1
                                    

Naura yang baru keluar dari kedai ubat itu terus melihat satu susuk yang dikenali berdiri elok di tepi tiang. Siapa lagi kalau bukan Hazreen. Dia buat muka menyampah malas dia nak layan Hazreen. Mood dia harini tidak baik. Maklum la first day memang sakit.

Kakinya mengorak langkah meninggalkan Hazreen. Dia terus berlalu di kereta yang diparking tidak jauh dari kedai ubat itu. Tak sempat kaki dia menuju ke kereta ada badan lain yang menghalang laluannya.

"Sana la jangan halang laluan saya" marah Naura.

"Oh tadi kau halang laluan aku boleh pulak...." bidas Hazreen. Dia buat orang boleh, kita buat dia tak boleh.

"No thank you for me, young lady." Dari tadi lagi dia menunggu ucapan terima kasih keluar dari mulut Naura. Pantang betul bagi dia bila orang dah tolong tak ucapkan terima kasih. Dua patah perkataan bukan susah nak sebut.

"Terima kasih" balas Naura tak ikhlas.

"Sama-sama kasih." Tersenyum lebar ditunjukkan oleh Hazreen. Nampak barisan gigi yang putih dan dua gigi taringnya. Tangan kanannya diletakkan di dada bidangnya.

Seraya itu Naura ternampak kelibat Fattah yang tangannya penuh berlumuran darah. Banyak darah yang keluar dari tangannya sehingga menitik di setiap langkah yang dilalui Fattah.

"Awak itu Fattah kan?." Soal Naura. Jari telunjuknya menghala ke arah Fattah yang ingin melintasi jalan. Kepala Hazreen berpusing ingin melihat Fattah yang dikatakan oleh Dhian sebentar tadi.

"Jom kita tolong dia" pinta Naura. Tangannya menarik sikit baju t-shirt Hazreen. Hazreen yang tak sempat berbuat apa itu terus ikut je Dhian yang sudah memegang hujung bajunya.

"Fattah!" jerit Naura sambil tangannya melambai ke arah Fattah yang masih lagi mencari empunya suara.

Naura terus menarik hujung baju Hazreen kuat untuk pergi ke arah Fattah. Lambat betul mamat ni jalan. Hazreen yang malas mahu berjumpa Fattah itu hanya ikut sahaja Dhian.

"Fattah, awak buat apa dekat sini? Kenapa tangan awak berdarah?" bertubi-tubi soalan ditujukan kepada Fattah. Riak wajah risau mula terlakar dimuka Naura.

Fattah hanya usap bahagian lehernya sahaja menggunakan tangan yang tidak berdarah itu. Macam mana dia nak terangkan dekat Dhian. Belum tentu gadis didepannya ini faham.

'Tadi saya ada terlanggar besi. Besi itu tersangkut dekat baju. Saya tarik entah macam mana tak perasan tergaris hujung besi dengan kulit saya. Itu yang berdarah tu.' Fattah hanya memberi tahu dalam bahasa isyarat.

"Saya tak faham." Berkerut dahi Naura melihat bermacam gaya yang ditunjukkan oleh Fattah tapi satu habuk pun dia tak faham.

Fattah hanya tersenyum nipis sebelum matanya tertumpu kepada Hazreen di sebelah. Hazreen yang dari tadi menggigit kukunya perasan yang Fattah seakan-akan meminta tolong untuk jelaskan kepada Naura.

"Dia terlanggar besi" ujar Hazreen.

'Itu je mamat ni cakap. Punya la lama Fattah terangkan guna bahasa isyarat pendek itu je penjelasan dia' getus Naura dalam hati.

"Mari la saya rawat luka awak dekat rumah Abang Wadi, jom saya bawakan naik kereta saya." Terkejut Hazreen mendengar ayat Dhian sebentar tadi. Dia yang lama dengan Dhian tadi Fattah jugak yang dapat.

Hazreen mula berpeluk tubuh seperti merajuk dengan Dhian yang sibuk membantu Fattah. Fattah yang sudah memboloskan diri ke dalam kereta Dhian di pandang sepi. Fattah ambil tempat duduk disebelah pemandu lagi tepat disebelah Dhian.

Naura menutup pintu kereta bahagian Fattah. Lalu dia membawa diri ke tempat pemandu. Dia memandang Hazreen yang elok berpeluk tubuh di tepi kereta. Dia mengeluarkan kepalanya sikit dari tingkap kereta.

"Saya jumpa awak dekat rumah Abang Wadi. Itupun kalau awak nak datang la."
Pantas sahaja dia menghidupkan enjin keretanya sebelum dia memulakan pemanduan.

Hazreen yang melihat kereta Dhian sudah pergi dia terus membawa diri ke arah motornya yang ditinggalkan di depan kedai ubat tadi.

"Malas ah balik rumah lagi bagus tengok tv dari layan drama Dhian dengan Fattah nanti berdua mesra dibawah pokok mempelam sambil merawat luka yang lara. Puihh." mencebik Hazreen sebelum dia menghidupkan motor dan berlalu pergi.

Part Fattah terangkan tadi tu saya taktahu nak jelaskan bahasa isyarat dalam penulisan. Maaf saya masih baru.

DINDA HAZREENWhere stories live. Discover now