Bab 56

2.1K 106 3
                                    

"Mana eh tempat makan yang sedap?" soal Wadi sendiri. Dia berlegar-legar di kawasan tempat kerjanya, mencari kedai makan yang enak untuk perutnya yang tengah lapar.

Wadi melihat jamnya sudah masuk waktu lunch, mesti penuh setiap kedai. Sekarang dia dah pun masuk kerja semula, selepas beberapa hari rehat. Teruk juga sakit dia haritu.

Demam, muntah-muntah, sakit kepala semuanya ada. Sampaikan badannya sekarang kurus kering akibat tak lalu nak makan. Dia perhatikan setiap kedai yang pernah dia pergi sebelum ini semuanya penuh.

"Wadi!!." Lelaki itu mengeluh. Ada saje yang menegurnya. Famous sangat ke dia dekat kampung ni, setakat anak Cik N je. Lambat-lambat dia pusingkan badannya juga, malas betul nak jumpa orang sekarang.

"Ye?.." Terkejut Wadi apabila Puan Seri menerpa ke arahnya. Dengan muka wanita itu seperti ada sesuatu yang tidak kena.

"Tolong makcik Wadi.." Termengah-mengah Puan Seri meminta pertolongan.

"Tolong apa makcik?, Heh!! makcik!!..." Tangannya di tarik kuat Puan Seri. Dah tu mereka berdua berlari pergi ke satu tempat. Dia tengok tangannya dipegang Puan Seri, apa pulak kalini...Makcik ingat sweet ke pegang tangan dia?.

Sampai di depan kedai, mata Wadi tertancap pada nama butik itu. Butik pengantin?. Kenapa dia di bawa di butik ini. Dia belum lagi nak kahwin.

Puan Seri menolak badan Wadi masuk ke dalam butik itu. Wadi yang terpinga-pinga terus meluru masuk ke dalam butik. Kornea matanya, terpandangkan sesuatu yang cantik malahkan menawan.

Terpaku Wadi di depan pintu masuk melihat Seroja yang cantik memakai busana pengantin bewarna putih. Gadis itu, persis bidadari yang melihat dirinya di dalam cermin besar itu.

"Maaf, pengantin lelaki tak dapat nak datang, ni kawan pengantin perempuan." Ujar Puan Seri kepada pembantu kedai. Susah payah dia mencari lelaki yang lalu lalang tadi untuk cuba baju pengantin lelaki. Nasib baik dia nampak Wadi.

Seroja terus mencari jejaka yang dimaksudkan 'kawan' oleh umminya tadi. Setahu dia, Wadi saje kawan lelaki yang dia paling rapat. Mata mereka bertembung. Dalam beberapa minit, baru Wadi tersedar, dia mengalihkan pandangannya ke arah pembantu kedai itu.

"Mari encik ikut kami ke bilik persalinan." Wadi ikut  pembantu kedai itu ke belakang. Puan Seri lega bila jejaka itu sudi menolongnya. Walaupun muka lelaki itu nampak sangat terpaksa.

Apabila sudah siap Wadi membetulkan baju melayu putih yang dipakainya, dia terus menuju ke cermin besar. Seroja disebelahnya sengaja dia buat tak perasan. Dia memerhatikan dirinya dari pantulan cermin besar itu. Beberapa orang pembantu kedai mula tersenyum malu, melihat Wadi yang segak berbaju melayu. Wadi masuk tadi pun semua mata memandangnya.

Puan Seri senyum lebar, dia terbayangkan Fazril memakai baju melayu itu. Wadi masih fokus melihat dirinya di dalam cermin.

"Encik, cuba pakai songkok ni" kata pembantu kedai yang agak berumur sedikit. Wadi mencapai songkok hitam yang dihulur oleh wanita itu tadi lalu dia menyarungkan di atas kepalanya. Pergerakannya terhenti tatkala gegendang telinganya mendengar pujian dari beberapa pembantu kedai yang lebih muda.

"Hensemnya..." Terpegun gadis itu melihat Wadi yang lengkap memakai baju pengantin. Lagi sorang kawannya menyiku lengan perempuan itu apabila sedari Wadi telah memusingkan badan memandang mereka berdua.

"Terima kasih" ucap Wadi lembut seraya dia menundukkan badannya sikit. Malu perempuan itu, tak kuat lutut dia mahu berdiri lagi bila lihat Wadi tersenyum manis ke arahnya. Perlahan Wadi memusingkan badannya semula. Mati senyuman Wadi apabila Seroja tak habis-habis memandangnya. Dah jadi tunang orang pun gatal lagi

DINDA HAZREENWhere stories live. Discover now