Bab 26

3K 148 6
                                    

Sesudah Naura membersihkan diri  dia keluar dari bilik air. Dia melihat suaminya sudah terbaring terlentang di atas katil dengan pakaiannya yang sudah ditukar. Singlet putih dengan kain pelikat, betul-betul pemalas mamat ni.

Dhian yang sudah lengkap berpakaian hanya menggelengkan kepalanya, sempat dia mencapai tuala yang digunakan tadi untuk menutup bahagian rambutnya yang basah lalu membawa diri keluar dari bilik. Dia masih di rumah Mak Long, ada abang Wadi dan abang Syarizzat tak elok rambutnya dilihat oleh mereka.

Tekaknya berasa haus dia perlukan air sekarang ini. Kakinya melangkah menuju ke dapur. Dhian melihat kakaknya duduk di meja makan yang ada di dapur itu sambil tangannya memegang aiskrim pop untuk Dahlia. Anak kecil yang sudah putih mukanya disapukan bedak tersenyum gembira dapat makan aiskrim.

"Pengantin baru tak tidur lagi ke?" tanya Nawara. Dia perasan yang Dhian melintasi dia, dan terus menuju ke kabinet dapur, mencapai gelas lalu membuka peti ais. Botol yang diisi air sejuk dicapai lalu dituangkannya ke dalam gelas.

"Haus, akak tak tidur lagi?." Disoalnya Nawara soalan yang sama. Gelas yang diisi air diteguk perlahan.

Nawara menggelengkan kepalanya dia ke dapur pun sebab Dahlia nak sangat aiskrim pop malaysia yang dimakan suaminya tadi. Nasib baik suaminya beli lebih kalau tak dah merengek anaknya tak dapat apa yang dimahukan. Dhian mengangguk tanda mengerti.

Dhian dapat tahu abang iparnya terpaksa tidur di ruang tamu bersama Wadi disebabkan bilik tidur yang tidak mencukupi. Nawara, Puan Zatul dan Dahlia tidur di dalam satu bilik yang sama. Malam ini pula ada perlawanan bola sepak jadi dia tak heran sangat nak tidur dimana.

Wadi mengajak Syarizzat untuk menonton sekali perlawanan bola sepak bersama dia. Mereka berdua tak mahu menganggu Hazreen yang selamat jadi pengantin baru.

"Hazreen mana?."

"Dah terbongkang dekat dalam." Ingat lagi dimana dia keluar sahaja bilik air dia sudah lihat Hazreen sudah terbaring di atas katil.

"Letih sangat agaknya. Tadi pun akak nampak dia mandi dekat tandas luar." Rumah Mak Long masih ada lagi tandas dibahagian luar. Ditegurnya Hazreen tadi tapi apabila ditanya kenapa Hazreen tak mandi di dalam, dia katakan yang Dhian tengah mandi di dalam, jadi dia mandi di luar.

Dhian hanya mengangguk kepalanya, air yang tinggal sedikit diteguk sekali harum. Patut la dia lihat Hazreen sudah tukar baju. Lama sangat ke dia mandi tadi?.

"Takpe la kak, Naura masuk dulu" pinta Dhian. Dia pun sudah mengantuk seharian jadi pengantin. Masuk sahaja bilik dia melihat Hazreen masih lena dibuai mimpi. Penat sangat agaknya. Dhian menarik sedikit selimut untuk menutupi badan Hazreen.

Badannya dinaikkan di atas katil betul-betul disebelah Hazreen. Dia mula melabuhkan satu ciuman di pipi Hazreen. Kepalanya diletakkan di atas lengan kekar lalu dibaringkan dirinya disebelah suaminya, pinggang lelaki itu dipeluk erat. Perlahan-lahan matanya dipejamkan sebelum kedua-dua mereka dibuai mimpi yang indah.

———————————————————————

"Abang bangun dah subuh." Kejut Dhian yang masih mamai rambutnya yang panjang dikemaskan. Digoncangnya tubuh Hazreen perlahan.

Hazreen bangun lalu terus duduk seraya tangannya masih memeluk bantal panjangnya. Dhian yang sudah menggelengkan kepala menarik semula bantal panjang yang dipeluk Hazreen. Dah besar pun nak bantal peluk lagi.

Mata Hazreen tak mampu nak bukak dengan luas dia lihat Dhian disisi katil dengan pandangannya kabur. Dahinya dikerutkan, tangannya mula menggosok mata berkali-kali. Betul ke yang didepannya sekarang ini Dhian Naura, isterinya?.

"Dhian?."

"Ye."

"Ni Dhian ke?." Soal Hazreen semula. Dhian hanya mengangguk. Digulungkan rambut panjangnya dengan getah yang ada di pergelangan tangan, diikat gaya messy bun. Dhian masih melihat Hazreen menggosok matanya. Mamai lagi la tu.

"Abang masih terunakan Dhian?, Dhian tak sentuh abang kan?." Hazreen mula menggelabah, diraba-rabanya badannya takut kalau dia tidak memakai apa-apa. Kemudian selimut yang berada ditepi dirapatkannya ke dada.

"Apa abang merepek ni!!." Di balingnya bantal panjang tadi ke arah Hazreen yang masih menyentuh tubuhnya. Ada-ada je perangai Hazreen ni. Dia bawa kakinya menuju ke bilik air. Malas dia nak layan perangai Hazreen.

"Dhian!!, abang masih sucikan Dhian?." Riak wajah sedih terlakar dimuka Hazreen. Dia perlukan kepastian dari Dhian yang dia masih teruna.

"Mak Long masak apa ni?." Tanya Dhian kepada Puan Neeta. Dari belakang dia nampak Mak longnya bersungguh-sungguh mengacau sesuatu di dalam kuali.

"Tak ada pun nasi goreng biasa je" jawab Mak Long. Kalau Mak Longnya masak biasa pun jadi luar biasa. Dalam kalangan keluarga, Mak Long punya masakan yang paling sedap.

"Pergi panggil Hazreen tu keluar Naura" ujar Puan Zatul yang sibuk membancuhkan air kopi di dalam teko kaca.

"Baik ibu." Dhian mula beredar dari dapur terus menuju ke bilik. Tombol pintu terus dipulas sebelum ada satu suara garau teriak dari dalam.

"AARRGGGH!!..." jerit Hazreen. Terkejut dia apabila keluar sahaja bilik air, pintu bilik dibuka seseorang dari luar. Dipegang erat tuala yang dililitkan dipinggang.

"Sssshh...cuba awak diam saya je la." Dia perhatikan Hazreen yang masih memakai tuala. Rambut lelaki itu masih basah. Dia mula mengambil tempat duduk disisi katil. Hazreen yang didepannya dipandang sepi.

Hazreen sudah menggigil menahan sejuk melihat Dhian yang masih memandang dirinya dari tadi. Bahaya betul isterinya sekarang ini.

"Tutup la mata orang nak pakai baju." Kata Hazreen, kedua tangannya sudah menutup bahagian dadanya yang terdedah. Sebelum ini tiada siapa yang ada waktu dia memakai baju.

"Kalau saya taknak?." Ternaik sikit kening Dhian mencabar Hazreen.

'Ya allah kuatkan la hambamu ini ya allah. Ujian apa yang kau landakan kepadaku ini...' gumam Hazreen di dalam hati. Dia menarik nafas lalu menghembuskannya semula.

Geli hati Dhian melihat Hazreen yang sedang menahan diri. Dia bersila di atas katil lalu memusingkan badannya. Dia menutup matanya dengan kedua belah tangan.

"Bagitahu saya kalau awak dah sudah."

Hazreen yang melihat Dhian sudah memusingkan badan pantas tangannya mencapai baju dan seluar yang disediakan Dhian sebelum dia keluar tadi. Dia memakai secepat yang mungkin takut kalau tiba-tiba Dhian memusingkan badannya.

"Sudah" jawab Hazreen. Dia mengambil tempat untuk duduk disebelah Dhian. Dhian yang terasa katil disebelahnya diduduki seseorang terus memusingkan badannya.

Dhian mencapai tuala yang digenggam Hazreen tadi, dia mula mengelap rambut Hazreen yang basah. Hazreen hanya duduk diam seperti budak-budak. Sesudah itu dia mencapai sikat di atas meja lalu menyikat rambut Hazreen.

Cup.

Diciumnya pipi Hazreen sebelum dia berlalu menuju ke pintu. Dia berpaling semula kebelakang melihat Hazreen masih duduk diam seperti batu. Mungkin tak sangka dengan tindakan drastik dari dia.

"Keluar makan ibu suruh." Sejurus itu dia memboloskan diri keluar dari bilik menuju ke dapur. Lebih baik dia tolong apa yang patut.

Hazreen yang dari tadi diam terus menyentuh pipinya yang diciumnya Dhian. Perlahan-lahan bibirnya mengukir senyuman lebar. Membahang pipi Hazreen, dia mula menepuk permukaan katil berkali-kali lalu ditutup mulutnya dengan kedua-kedua belah tangan, tahan dari menjerit kegembiraan.

Selepas itu, dia menyebak rambutnya kebelakang. Kakinya melangkah keluar dari bilik mereka. Ditayangkan riak wajah biasa seperti tiada apa yang terjadi.

DINDA HAZREENWhere stories live. Discover now