Bab 8

3.5K 143 6
                                    

"Cuba kau ingat kembali masa lalu
Kasihku teguh buatmu
Walaupun terluka namun ku bersabar
Dan masih menyayangi

Andainya kau ada yang lain waktu ini
Apalah dayaku lagi
Terpaksalah aku membawa diriku
Dan hanya Tuhan saja yang mengerti".

Bunyi gitar yang dimainkan terus berhenti sesudah Puan Hizarah menghampirinya dengan membawa gelas yang berisi air green tea.

"Amboi bukan main sendu anak mama, nyanyi untuk siapa?" tanya Puan Hizarah sambil menghulurkan gelas itu kepada Hazreen. Hazreen memang gemar minum air green tea.

Hazreen hanya tersenyum nipis sahaja sebelum laju tangannya mencapai huluran gelas tersebut.

"Ni mama nak tanya betul ke kamu tu tak berkenan dengan siapa-siapa?. Takde la mama tanya untuk kepastian yang anak mama ni bukan bernafsu sonsang." Dia perlu bertanya soal ini juga. Kalau betul dia boleh bawa si Hazreen ni pergi buat rawatan.

Hampir tersembur air yang diminum Hazreen. Tak menyangka mamanya berfikir sejauh itu. Mana mungkin dia bernafsu dengan sejenisnya.

"Ish mama ni...Man bukan gay la mama. Apa mama fikir macam tu..." rungutnya. Hazreen menggeleng kepalanya sambil menyambung hirup saki baki airnya.

"Takde la mama tanya je. Lagipun mama tak nampak pulak Man keluar dengan perempuan asyik lelaki je" jelas Puan Hizarah. Bukan dia tak suka Hazreen keluar dengan kawan lelaki. Tapi sekali sekala nak la jugak dia melihat anaknya itu keluar dengan perempuan.

"Rumah ni sunyi Man. Mama ada Man je adik dengan abah semua dah berpindah ke sana" luah Puan Hizarah sambil matanya mendongak ke langit. Air mata ibunya hampir jatuh ditubir pipi akibat rindu yang terdalam.

Hazreen hanya berdiam diri sambil tangannya memeluk gitar. Dia hanya jadi pendengar sahaja luahan Puan Hizarah.
Dia tak boleh nak buat apa, dia pun hilang orang yang tersayang.

"Kalau Man kahwin meriah la sikit rumah ni ada menantu mama ada suara budak-budak anak Man nanti. Mama nak tengok la semua benda tu sebelum mama pergi"
Puan Hizarah hanya menundukkan pandangan sahaja.

Hazreen hanya tersenyum nipis. Tangan kanannya mengenggam erat tangan Puan Hizarah manakala tangan kirinya menghapuskan air mata mamanya yang mengalir. Dia terus peluk mamanya.

Puan Hizarah hanya membalas pelukan Hazreen. Dia tak mahu kehilangan sesiapa lagi dalam hidupnya. Cukup Hazreen yang tinggal menjadi pembakar semangat untuk dia teruskan kehidupan.

"Dah masuk dah malam nanti ada yang mengilai baru tahu" arah mamanya.

"Mama masuk la nanti Man masuk." Kornea matanya menghantar pemergian Puan Hizarah masuk ke dalam rumah.

Ting!

Satu notifikasi baru sahaja masuk. Dia terus mencapai telefon lalu membuka mesej yang baru sahaja diterima.

Naura:
Naura rindu Abang.

Dia tersenyum melihat mesej yang diterima. Tak lama itu dia menggeleng kepalanya. Ini bukan tujuan asal dia layan gadis ini. Dia buat semua sebab janji dan amanah.

Abang pun sama.

Sudah sahaja dia membalas mesej itu. Dia tutup semula telefonnya. Sampai bila dia harus berlakon. Dia takut ada hati yang terluka.

"Hanneef kenapa la kau amanahkan aku jagakan dia, aku tak mampu neef..." Matanya mendongak ke langit yang gelap. Tiada bulan yang menerangi malam ni. Dia mula berlalu masuk ke dalam rumah.

———————————————————

Naura yang hanya termenung di ruang tamu. Fokusnya lari selepas terima balasan daripada Hanneef. Dia selalu berfikir betul ke Hanneef sukakan dia atau dia sahaja yang beria dalam perhubungan mereka.

Kalau Hanneef tak tunaikan janji untuk melamarnya dia harus terima pinangan Fazril. Dia taknak dan ibunya tak mendesak untuk terima pinangan Fazril.
Fazril sahaja yang beria.

"Fuh... jauh naw anak dara ni termenung, boleh tembus tu hah televisyen depan mata" perli Puan Zatul. Dari tadi dia perasan Naura termenung jauh macam fikirkan sesuatu.

Naura baru tersedar dia terus mengambil bantal petak lalu dipeluk. Matanya kembali fokus kepada televisyen yang menyiarkan drama cina.

"Jangan lambat tidur Naura esok lusa kamu nak jalan jauh" pesan Puan Zatul.

Sudah seminggu Naura balik ke sini esok lusa Naura perlu pulang ke rumah Mak Tehnya. Begitu la kehidupan Dhian Naura lepas balik ke rumah mak kandung balik ke rumah makcik saudaranya.

"Ye ibu nanti Naura masuk tidur."

Habis sahaja drama ditonton tamat. Dia berlalu masuk ke dalam bilik esok pun dia kena bangun awal nak mencari barang untuk bawa ke kampung. Mak Tehnya tak pernah merungut untuk menerima pemberiannya dari KL.

Dia sudah melabuh di atas katil selimut pula ditarik sehingga ke dada dan cepat sahaja matanya tertutup lena dibuai mimpi.

DINDA HAZREENWhere stories live. Discover now