Bab 45

1.8K 89 0
                                    

"Terima kasih Man" ujar Puan Neeta lembut. Hazreen tersenyum manis sebelum dia menarik selimut naik ke atas. Dia baru sahaja selesai memberi Puan Neeta makan ubat.

"Sama-sama mak long." Bertukar sudah panggilan daripada Cik N ke mak long.

"Man keluar dulu." Dia memulaskan tombol pintu dan terus membolos diri keluar dari bilik Puan Neeta. Dia mencari kelibat isterinya di dapur dan dibilik tak ada. Mana pulak pergi isterinya.

Disepaknya kaki Wadi yang elok terbaring di ruang tamu sambil menonton perlawanan bola sepak.

"Kau nampak Dhian?, lepas solat maghrib tadi terus hilang." Hairan tadi solat maghrib ada lepas dia tolong mak long terus tak nampak.

"Dia pergi rumah Opah Som" jawab Wadi selamba.

"APA?!!!...RUMAH OPAH SOM MALAM-MALAM NI!!" terbuntang mata Hazreen. Boleh pulak isterinya keluar malam-malam begini macam tak ada hari esok nak pergi.

"Ye,kau tak payah nak memekak sangat boleh tak!!! sakit telinga aku."

"EH KAU CERITA DENGAN AKU SUAMI MANA TAK MEMEKAK BILA DAPAT TAHU ISTERI DIA KELUAR MALAM!!. DHIAN TU MENGANDUNG WADI OOOIII!!!..." gusar hati dia apabila dapat tahu isterinya tidak ada di rumah. Wadi pula tenang macam tak ada apa-apa yang berlaku.

"Lepak ahh... dia pergi rumah Opah Som je, lagi pun... ADOI SAKIT LA KEPALA AKU MAN!!!" adu Wadi tatkala bantal di kepalanya ditarik Hazreen.

"KAU JANGAN CAKAP DENGAN AKU YANG DHIAN PERGI SORANG-SORANG!!" tengking Hazreen. Angin betul dia dengan Wadi sekarang.

"Takde makna aku nak biarkan Dhian jalan kaki sorang-sorang mesti la aku hantarkan." Dia sempat halang Dhian keluar tadi, bila ditanya nak kemana baru sepupunya cakap mahu pergi rumah Opah Som.

Dhian masih merajuk lagi dengan Hazreen sebab kes siang tadi. Hazreen mencampakkan bantal tadi ke muka Wadi.

"Kalau apa-apa jadi dekat Dhian, kau aku cari dulu" amaran keras dilemparkan kepada Wadi. Wadi sempat menjeling ke arah Hazreen.

"Nak pergi mana pulak tu?" soal Wadi. Dia lihat Hazreen sudah mencapai kunci motornya berlalu keluar dari rumah.

Hazreen menghidupkan motor Wadi, pantas sahaja dia memecut laju pergi ke rumah Opah Som. Apabila sudah sampai, kelihatan lampu ruang tamu dan bilik masih terbuka. Mungkin Opah Som dan Dhian masih belum tidur.

Hazreen menaiki satu persatu anak tangga, kini dia sudah pun berdiri betul-betul dihadapan pintu kayu. Dia terdengar suara tv dan ketawa riang dari Dhian. Cerita apa agaknya yang Dhian tengok suka sangat tu.

"Assalamualaikum Dhian, bukak pintu abang ni!" laung Hazreen dari luar. Tersenyum lebar Hazreen bila dia dengar derapan kaki yang sudah ada di depan pintu. Apabila pintu dibuka senyuman yang lebar tadi mati seketika, matanya cuba mengintai ke dalam rumah.

"Opah mana Dhian?." Dia ingat Dhian yang buka pintu rupanya Opah Som.

"Ada dalam bilik" jawab Opah Som.

"Man nak masuk, nak jumpa Dhian." Baru sahaja dia membuka langkah untuk masuk ke dalam tetapi laluannya di halang Opah Som.

"Dhian tak nak jumpa kamu" ujar Opah Som. Dia tolong sampaikan apa yang cucu menantunya kata tadi.

"Opah jangan macam-macam, isteri Man mengandung tu..." Mahu menangis dia tak dapat tidur dengan isterinya. Dhian tak pernah buat perangai sebegini.

"Aku tahu tapi isteri kamu yang cakap macam gitu." Dia tak tahu apa punca pergaduhan mereka berdua, tahu-tahu Dhian kata dia mahu tidur di rumahnya.

DINDA HAZREENWhere stories live. Discover now