Bab 33

2.8K 119 0
                                    

"Huarrrgghh... oh hai mama bila sampai?" soal Hazreen, tangannya menggosok kelopak matanya. Rambut yang serabai dibiarkan sahaja. Matanya tertancap dekat kuih ketayap yang ada di dalam piring, di atas meja kaca betul-betul di depan ruang tamu.

"Baru je sampai, mama gerak lepas subuh tadi. Lagipun dah lama tak ziarah Opah Som." Puan Hizarah melihat Hazreen sudah pun bersila di hadapan meja kaca. Ketayap yang dibawa dari KL disuanya ke mulut.

"Kalau ye pun pergi la basuh muka tu dulu, gosok gigi ke apa. Ni tak main sumbat je dalam mulut" bebel Puan Hizarah dekat anak terunanya. Kalau dah namanya pemalas semua benda pemalas.

Hazreen buat endah sahaja dengar bebelan mamanya. Dekat rumah dia dah selalu buat benda ni kecuali di rumah Mak Long Puan Neeta. Kena tunjuk contoh yang baik depan keluarga mertua.

"Lambat kamu bangun harini Man?" soal Puan Hizarah sambil melihat Hazreen sibuk mengunyah kuih itu. Sedap agaknya.

"Tak boleh tidur mama, nyamuk banyak" mulut Hazreen tak henti-henti mengunyah kuih ketayap. Habis satu diambilnya satu lagi.

"Punya banyak aku pasang ubat nyamuk dekat dalam rumah ini yang penyembur, yang bakar, yang pakai elektrik kau kata ada nyamuk lagi?." Opah Som mengambil tempat berhadapan dengan Puan Hizarah. Dia baru sahaja bersihkan apa yang patut di dapur tadi.

"Ye opah, nyamuk tu besar Man tangkap dengan Dhian semalam." Tersenyum senget Hazreen mengingatkan kejadian semalam.

"Hmm, itu yang tak boleh tidur tangkap nyamuk semalaman?" Puan Hizarah faham akan ayat Hazreen tadi. Dia pernah berkahwin juga jadi alasan Hazreen sudah dia gunakan waktu dulu.

"Tidur tapi lambat. Hehehe..." tersengih-sengih Hazreen menayangkan gigi putihnya kepada Puan Hizarah. Kepala yang tak gatal digarunya.

Dhian yang baru selesai membersihkan diri di bilik air mahu beredar masuk ke dalam bilik mereka. Rambut yang basah dilap perlahan lalu dia menutup separuh rambutnya menggunakan tuala. Dikerling sebentar ke ruang tamu dengan ekor matanya. Kelihatan Puan Hizarah, Opah Som dan Hazreen sedang duduk santai berbual mesra.

Pantas sahaja dia menyapa Puan Hizarah dan menyalami tangan ibu mertuanya itu. Tersipu malu Dhian apabila semua mata memandang ke arahnya. Dia melabuhkan punggung, duduk disebelah kanan Puan Hizarah.

"Apa yang merah sangat tu Dhian, kamu pun kena gigit nyamuk jugak ke?" perli Puan Hizarah matanya sempat mengerling ke arah Hazreen yang masih makan kuih ketayap. Anaknya diam mungkin tak dengar.

"Hah?" Dhian sudah hairan, apa pulak cerita nyamuk siang-siang hari pulak ni. Tuala yang dari tadi ada di atas kepalanya diturunkan.

"Kalau ye pun banyak nyamuk dekat rumah aku takkan tak ada tempat lain dia nak gigitnya" perli Opah Som pula. Disepaknnya sikit lutut si Hazreen yang tengah bersila didepannya, dijegilkan mata ke arah Hazreen yang mengadu sakit.

"Entah la opah target dia dekat situ, apa tunggu lagi attack la" tergelak kecil Hazreen dihujung ayat. Muka Dhian sekarang dah macam duduk dekat bawah cahaya matahari.

"Banyak la kamu, teruk sangat nyamuk tu Dhian opah tengok, habis leher kamu digigitnya. Kejap opah pergi ambik minyak gamat buat sapu." Ujar Opah Som dia mengangkat punggungnya berlalu pergi ke bilik untuk mengambil ubat gamat yang disimpan.

Dhian sudah menyentuh permukaan lehernya. Dia memandang Hazreen tapi lelaki itu hanya mengenyitkan mata sahaja ke arah Dhian. Senyuman nakal terlakar dibibir Hazreen. Apa la yang suaminya cakap dekat dua wanita ini...

"Hazreen cakap dengan mama tadi Dhian teman dia bunuh nyamuk besar semalam. Betul ke?" teruja Puan Hizarah mengetahui perkembangan terbaik suami isteri ini. Walaupun ayat Hazreen tadi berkias tapi dia faham akan maksudnya.

DINDA HAZREENWhere stories live. Discover now