Bab 46

1.8K 73 1
                                    

Selesai sahaja Fattah membuang bungkusan nasi lemak, langkahnya terus menuju ke singki mencuci sudu besi yang diguna tadi. Tangan kanan yang dibalut dengan bandage dipandang sepi.

Dia membawa diri untuk hidup udara segar di luar. Fattah tersenyum melihat sekeliling rumahnya terasa aman sehingga dia ternampak Hazreen tenang bersandar di tepi kereta. Terhinjut bahunya sedikit akibat terkejut dengan kehadiran Hazreen yang tiba-tiba datang ke rumahnya.

"Dah bangun?." Hazreen mendekati Fattah yang hairan dengan kedatangannya.

"Ikut aku" senada sahaja, seraya tangannya memaut lengan Fattah tetapi lelaki itu pantas berundur kebelakang. Keningnya terjongket sedikit seperti bertanyakan 'kenapa?'.

"Kalau kau nak mati kau ikut aku" ugut Hazreen. Dia mencapai lagi sekali tangan Fattah bawa masuk ke dalam kereta. Fattah hanya ikut sahaja, dia mengambil tempat duduk di sebelah pemandu.

Fattah pelik kenapa Hazreen menculiknya, dia melihat kereta Hazreen berhenti di depan rumah Wadi. Semua kawan-kawannya sudah berkumpul. Hazreen menurunkan tingkap keretanya.

"Apahal kau suruh kumpul ramai-ramai ni?" tanya Yan. Awal pagi lagi dia dapat panggilan dari Hazreen untuk berkumpul semua di rumah Wadi.

"Masuk kereta cepat" arah Hazreen, mereka bertiga semua akur masuk ke dalam. Malas nak tanya lebih. Tak larat nak bertekak pagi-pagi ni. Sudah kesemuanya masuk, kereta bergerak meninggalkan kawasan rumah Wadi.

"Ish tepi ah sikit Wadi!" marah Yan selepas beberapa minit mereka diam. Tersepit Yan ditengah-tengah Khai dan Wadi. Hazreen yang memandu tenang memakai spek mata hitamnya.

"Kau kepit la sikit kaki kau, tak payah kangkang sangat!" balas Wadi balik. Khai yang ditepi hanya mampu menggelengkan kepala. Yan dengan semua orang nak bergaduh.

"Asal kau culik kitaorang ni, Man?" tanya Khai. Mereka semua tak tahu apa yang Hazreen nak sangat suruh mereka berkumpul. Dah la tu suruh masuk kereta lepastu tak tahu kemana.

"Aku nak korang teman aku beli hadiah untuk Dhian dengan bahan buat biskut. Dan kau Fattah tolong ajar aku buat biskut." Dia buat ni semua untuk Dhian. Lepas habis sarapan tadi Dhian langsung tak keluar bilik. Merajuk lagi atau malu pun dia tak tahu.

Kring...

"Eh kau tepi aku nak ambik telefon!" kata Wadi sebelum dia tolaknya tubuh Yan ke tepi. Telefonnya berdering menandakan ada panggilan yang patut dia angkat. Mungkin penting dari maknya.

Seroja

Terbuntang mata Wadi melihat nama yang tertera di pemanggil adalah nama Seroja. Jarang gadis itu telefonnya. Yan mengintai sikit nama si pemanggil.

"Seroja call, ye bang?..." usik Yan sedari dari tadi Wadi tersenyum malu tengok telefonnya.

"KAU DIAM AH!!" jerit Wadi kuat. Ditolaknya badan Yan jauh dari dia sehingga Khai disebelah sana terlanggar dengan pintu kereta.
Wadi membaca bismillah dulu sebelum dia mengangkat panggilan tersebut.

"Ye Seroja kenapa call Wadi ni?" terus lembut suara dia dengan Seroja. Hazreen dan Khai menutup mulut menahan ketawa manakala Yan disebelah sudah buat gaya nak muntah, Fattah pula mampu tersenyum saje.

Wadi menjeling ke arah kawan-kawannya. Telinganya masih mendengar bait bicara Seroja.

"Oh haah, rumah kosong takde orang Cik N pergi kenduri kahwin anak kawan dia" jawab Wadi. Kenapa pulak si Seroja ni datang ke rumah?.

"Cik N memang macam tu sakit beberapa hari je, kalau dah sihat semua tempat dia nak pergi." Dah banyak kali Wadi pesan dekat maknya supaya berehat lagi, tapi maknya degil nak jugak pergi kenduri.

DINDA HAZREENWhere stories live. Discover now