Bab 30

3.1K 129 2
                                    

"Berapa laps lagi abang Wadi?." Dhian penat menunggu Hazreen habiskan gamenya. Dia yang semangat pada awalnya sudah menongkat dagu letih. Matanya pening melihat motor berkuasa tinggi itu mengelilingi track. Telinganya mahu pecah dengar jeritan daripada penyokong.

"Tiga laps lagi. Kot..." Wadi pun tak ingat berapa laps yang tinggal. Wadi melihat Fattah dan Yan masing-masing sudah terlena. Yan meletakkan kepalanya dibahu Fattah. Tempat bising macam ni pun boleh tidur.

Penantian yang ditunggu lamanya kini Hazreen mendahului laps terakhir diikuti dengan Khai dibelakang. Hazreen memecut laju ke garisan penamat. Jeritan para lelaki bersorak untuk pemenang. Jalur gemilang itu dikibar-kibar dengan kuat. Pemain MotoGP Malaysia iaitu Hazreen Luqman menang tempat pertama. Tidak lupa juga Khairin mendapat tempat yang kedua.

"HAZREEN!!, HAZREEN!!, HAZREEN!!"

"HAZREEN MENANG!! YEAYYY!!." Jerit Dhian sambil melompat kegembiraan. Yan yang lena terus terjaga apabila mendengar jeritan orang ramai begitu juga Fattah. Dia menepuk tangan lalu dilapnya air liur basi ditepi bibirnya.

Hazreen melambai tangannya ke arah peminat. Lalu membawa motornya ke tempat yang sepatutnya. Dia bersalaman dengan rakan-rakan seperjuangan yang lain.

Dhian meminta diri untuk turun ke track. Tapi tak sampai ke bawah lagi dia rasa ada cecair merah yang baru keluar sewaktu dia berjalan. Tanpa menunggu lagi dia terus mencari tandas.

"Hey girl!." Dhian perasan ada suara garau menyapanya dari belakang. Taakan dah bocor sebab tu mamat ni tegur. Langkah lelaki itu semakin hampir dan sekarang lelaki itu betul-betul dihadapannya.

Mata biru lelaki itu menikam tepat mata bundar Dhian. Gadis itu sudah ketakutan dia seorang sahaja ada di sini dengan lelaki mat salleh ini. Mungkin salah seorang pemain sebab jaketnya lebih kurang sama macam pemain yang lain.

"You Hazreen's girl, am i right?" Dia ingat lagi pergaduhan dimana perempuan bertudung ini menolak Zoe tadi. Dhian hanya mengangguk, dia perlu cepat.

"Kian, Kian Hudson." Lelaki itu memperkenalkan dirinya tangannya dihulur untuk bersalaman dengan Dhian. Dhian menundukkan badannya. Haram bagi dia untuk sentuh tangan lelaki lain.

"Just shake hands i want to know your name beautiful lady." Dhian hanya menggelengkan kepalanya. Dia berundur beberapa tapak dari lelaki itu.

"Why you don't shake hands?."

"Because she is Hazreen's wife and only Hazreen can touch her hands." Hazreen bersuara kuat dari belakang. Dia mencari Dhian tadi, tapi apabila ditanyakan Wadi. Lelaki itu tak perasan Dhian pergi.

Hazreen mencapai tangan isterinya lalu membawa gadis itu kebelakangnya. Matanya tajam menikam peserta lawannya. Selain Khai, Kian juga ada la lawannya. Rahangnya diketap kuat, jari runcing Dhian diperkemaskan lagi.

Kawan Hazreen yang lain sudah sampai, mereka semua berkerumun berdiri di belakang Hazreen termasuk Khai. Mereka semua ditugaskan untuk mencari Dhian sekali.

"Oh i'm sorry, but it was a nice game Hazreen." Tergelak dia melihat muka geram Hazreen. Kian menepuk bahu Hazreen untuk jangan ambil serius sangat.

"I take it as a compliment" jawab Hazreen. Hazreen tak rasa Kian memujinya ikhlas mesti ada benda lain. Mereka bermusuh sudah lama. Kian selalu kalah kalau berlumba dengan dia.

"Anything you want to say, Kian?" Hazreen menanyakan soalan. Kalau tak ada Dhian sekarang mahu lebam muka mamat mata biru ni.

"You have a very... beautiful girl and..." ayatnya terhenti apabila matanya bertembung dengan mata Fattah yang memandangnya seribu satu makna. Ternaik sikit hujung bibirnya sebelum dia sambungkan lagi ayat yang tergantung tadi.

"and good friends..."

"Nice to meet you again." Diucapnya kepada Dhian yang masih berdiri dibelakang Hazreen. Kian mula beredar meninggalkan mereka.

Hazreen memusingkan badannya menghadap Dhian. Pandangan yang tajam terus berubah normal.

"Dhian pergi mana, kenapa tak cakap dekat Wadi. Risau saya bila saya dapat tahu awak hilang." Hazreen memeluk Dhian erat. Dia tak hiraukan lagi kawan-kawannya, Dhian lagi penting. Yan dengan Khai sudah bersandar di dinding. Mereka berdua sudah membuat muka menyampah.

"Mula la tu buat drama dekat sini, menyampah aku." Mencebik Yan melihat pasangan itu berpelukan. Macam la isteri dia masuk dunia bunian sampai seminggu tak jumpa.

"Ini semua duniawi." ujar Khai. Habis itu kedua mereka gelak terbahak-bahak. Tiada apa pun yang kelakar sebenarnya tapi dah Yan gelak Khai pun ikut sekali tergelak sama.

———————————————————-

"Lama lagi ke Man?..." keluh Yan dia dengan yang lain sudah berdiri lama depan tandas. Khai yang penat berlumba tadi sudah bercangkung di sebelah Yan.

"Eh, cuba satu hari tu kau diam. Ni tak bising je kerja. Fattah pun tak bising" marah Hazreen.

"Fattah tu tak bising sebab dia bisu, kalau dia bising mahu berlari aku balik ke kampung." Berleter Yan. Fattah hanya diam sahaja. Ada je kawan dia ni nak menyakat. Nasib baik dia tak makan hati sangat.

Klak!

Dhian yang baru keluar dari tandas terkejut melihat mereka semua menunggunya di depan tandas perempuan.

"Kenapa tunggu dekat sini?." Dia tengok sekeliling sebelum memeluk Hazreen. Hazreen yang tersenyum manis membalas pelukan Dhian.

"Ni hah, Hazreen suruh tunggu kau. Takut apa-apa jadi katanya." Wadi yang dari tadi diam terus membetulkan topinya. Dia memusingkan topinya kebelakang.

Hazreen mencium dahi Dhian, matanya tak habis memandang mata Dhian yang cantik. Bulu matanya yang lentik. Dhian yang perasan Hazreen tak habis memandang dia terus berpaling ke arah lain tersenyum malu dibuatnya. Hazreen mencium pipi tembab Dhian.

"EH,EH SUDAH DEPAN TOILET PUN NAK SWEET-SWEET." Yan dari tadi lihat kemesraan pasangan itu. Nasib baik dia pakai kasut bertali kalau pakai selipar laju sahaja dia baling ke arah Hazreen.

"Kau jealous cakap je la jealous" perli Khai. Dia mula bangun dari terus bercangkung. Sakit lututnya kalau dibiar lagi lama.

"Aku tak jealous tapi hormat sikit orang single macam kita ni." Yan menjeling ke arah Hazreen dengan Khai. Dhian hanya tersenyum lalu pinggangnya dipeluk erat oleh Hazreen. Mereka berdua beredar ingin mengambil barang apa yang patut.

"Kau tengok kawan kau sorang tu Khai. Dah kahwin makin gatal dia sekarang!" bebel Yan. Wadi dan Fattah keduanya sudah mengikuti Hazreen dan Dhian di depan. Ditinggalnya Yan dengan Khai dibelakang.

"Ok la tu Man gatal dengan bini dia yang kau single pastu ada hati nak try awek seksi tadi." Ingat dia tak nampak Yan berbual mesra dengan perempuan tadi. Walaupun dia memakai helmet tapi penglihatannya masih bagus lagi.

"Macam mana kau tahu? Bukan kau sibuk dengan persiapan ke tadi." Setahu dia yang nampak dia dengan perempuan tadi Fattah sahaja.

"Kau ingat Fattah tu bisu dia tak boleh bercakap."

"DIA MEMANG TAK BOLEH BERCAKAP HAHAHAHA." Gelak Yan lawak apa yang Khai ni bagi. Khai pun turut tergelak sekali.

"Kawan kau la tu Yan."

"Kawan kau jugak."

"KAWAN KITA. HAHAHAHAHA." Mereka berdua berjalan sambil tergelak bersama-sama. Bertepuk tampar badan masing-masing. Sekali pandang macam orang gila.


Saya akan publish beberapa chapter sekaligus sebab nak cepat habis. Kalau ada kesalahan grammar atau ejaan abaikan sahaja nanti dah complete saya cuba betulkan semula. Tq sebab setia menunggu.🕊🌹

DINDA HAZREENWhere stories live. Discover now