4

3K 105 6
                                    

       Gedegang!

"Yeayy!" Aira tersenyum gembira sebab dapat air free dari Kimie. Kimie hanya menjeling.

"Em.. Abang.." Ujar Auni meleret dengan nada yang perlahan.

"Apa?" Soal Kimie sambil memandang Auni.

"Saya punya mana?" Soal Auni. Aira dapat, takkan lah aku tak dapat kut?

"Kau? Kau guna duit sendiri lah. Yang nak guna duit aku asal lak?" Soal Kimie. Berkerut dahinya memandang Auni yang sedang tersenyum seperti kerang busuk.

"Alaa.. Duit tu untuk beli barang keperluan aje. Nak beli air tin ni, guna lah duit abang.." Ujar Auni dengan mulut dimuncungkan sedikit ke hadapan.

Aira hanya mampu mendiamkan dirinya sambil air tin yang dibeli Kimie tadi diteguk perlahan.

"Ewah, ewah. Asal lak nak kena guna duit aku? Tak kisah la barang keperluan ke tidak, aku pun takde duit ni kau nak suruh aku belanja kau pula." Sindir Kimie.

"Ishh! Abang ni, kedekut lah. Tiga ringgit aje. Itu pun berkira." Ujar Auni dengan nada yang sedikit tinggi.

Kimie hanya biarkan sahaja si Auni meminta duitnya. Anak mata diangkat ke atas. Rimas.

"Dah, dah. Tak payah gaduh - gaduh. Jom pergi main benda lain pula. Auni, kau kongsi air dengan aku aje." Ujar Aira. Penat melihat drama tak berbayar itu. Kimie pula tersenyum menang.

"Hm.. Yelah. Aira baik, tak macam kau!" Ujar Auni sambil mata dinaikkan ke atas.

"Haih.." Kimie mengeluh perlahan.

☜☆☞

Ariff hanya memerhati dari jauh sahaja telagat tiga orang budak yang sedang bermain di mesin gedegang itu.

"Kau dengar tak apa aku cakap ni, Ariff?" Soal Naufal apabila dia melihat Ariff hanya termenung dari mula dia menjelaskan hal itu sampai lah habis.

"Ahh? Apa? Ha ye, aku demgar." Ujar Ariff dan kembali memandang tiga orang tadi.

"Ish. Kau tengok apa? Macam nikmat semacam aje pun." Ujar Naufal dan melihat kearah yang sedang diperhatikan oleh Ariff.

"Dua perempuan? Main dengan lelaki berbadan tegap?" Soal Naufal masih tidak faham dengan situasi.

"Emm. Dah lah. Kau cakap apa tadi?" Soal Ariff dan segera mematikan lamunannya. Ariff kembali berfokus kepada Naufal.

"Aku dah agak. Kau tak dengar apa - apa pun. Haihh!" Naufal mengeluh.

"Macam ni... Ada orang tengah cuba nak pecah masuk akaun kita. Dengan kata lain, dia orang nak tahu maklumat peribadi kita, mungkin tempat tinggal kita atau orang - orang terdekat kita akan jadi mangsa dia orang juga." Jelas Naufal panjang lebar untuk kali keduanya. Kebas mulut - mulut aku cakap tadi, rupanya takde orang dengar pun! Cih!

"Kalau macam tu, kau perketatkan lagi maklumat dan kuatkan pengawal - pengawal kita. Tambah lagi pengawal dekat kawasan rumah aku.. Dan rumah kau juga." Balas Ariff panjang lebar dan Naufal menggangguk faham.

"Kau tak-" Kata - kata Naufal terhenti apabila terdengar satu jeritan yang sangat kuat.

"Ish! Lepas lah!" Jerit Aira dengan kuat.

"Lepas apa benda nya? Kau lah yang lepas! Permudahkan lah kerja aku!" Jerit Zafran pula.

"Kenapa saya nak kena lepas pula? Ini beg saya! Awak lah yang lepas!" Jerit Aira apabila Zafran menarik beg dengan semakin kuat.

SUAMI AKU MR. ARIFF? (COMPLETE)Where stories live. Discover now