38

2K 117 0
                                    

       2 bulan kemudian...

Aira berjalan perlahan menuruni tangga.

Matanya tepat memandang seorang lelaki berpakaian serba hitam duduk diatas sofa dirumahnya.

"Ehh. Jodoh aku ke ni?"

Soal Aira didalam hati dan langsung tersenyum kepada lelaki itu apabila dia dan lelaki itu saling berpandangan.

Aira berjalan melangkah ke dapur dan mendekati figura Mayah.

"Mayah!" Terpa Aira.

"Ha, mak-mak! Ish, puan ni." Marah Mayah. Sempat juga dia melatah.

Tertawa Aira melihat telatah Mayah. Mayah langsung menjelingnya. Dah 4 bulan Ariff dan Aira berkahwin, jadi Mayah sudah mula terbiasa dengan perangai pelik-pelik gadis ni.

"Siapa yang dekat depan tu?" Soal Aira usai ketawa. Dia memandang sahaja gerak geri Mayah yang sedang membancuh air.

"Itu sepupu tuan." Mayah berjalan mengambil gula untuk ditambah kedalam air teh itu.

"Tak pernah nampak pun."

"Sepupu tuan tu jarang balik Malaysia. Jadi memang susah nak tengok muka dia." Mayah membawa dulang air itu dan diberikan kepada Aira. Aira mengerut kening.

"Pergilah berbual dengan dia sementara tunggu tuan Ariff balik. Saya nak buat kerja sikit." Usai berkata begitu, Mayah terus melangkah menuju halaman belakang untuk membuat kerjanya.

Aira tanpa banyak bicara, langsung membawa dulang itu ke hadapan.

Dulang itu diletakkan diatas meja. Baru Aira ingin berjalan, lelaki tersebut bertanya.

"Zaquan balik pukul berapa?" Soalnya dingin. Bergetar lutut Aira dibuatnya.

Zaquan. Nama panggilan yang sering digunakan mereka.

"Ba-balik pukul 5 atau 6." Tergagap-gagap Aira membalasnya. Panahan mata tajam diberi kepada Aira. Air liur langsung diteguk.

"Kau pembantu baru lagi ke? Dia kutip kau dekat mana pula?" Soalnya. Aira mengerut kening.

Pembantu? Hello? I isteri pemilik rumah ni, okey?

"Sa-saya bukan pembantu." Balas Aira. Jejaka itu memandangnya atas bawah.

"Nevermind." Jejaka itu menjelingnya.

"Eee.. dia ingat dia siapa nak jeling-jeling aku? Cucuk mata tu karang." Rungut Aira perlahan. Namun sangat jelas kedengaran ditelinga jejaka tersebut.

"Woi." Panggilnya dingin. Aira memandangnya kembali.

"Kau ingat aku-"

"Aaron. Buat apa dekat sini?" Soal Ariff yang baru sahaja tiba di rumah.

Aira terus memandang jam didinding. Jam baru menunjukkan pukul 4 petang, awal nau kau balik. Tahu-tahu je ada tetamu tak diundang.

"Aku cari kau lah, bodoh. Takkan aku datang sini nak tengok janda pula." Jejaka yang bernama Aaron itu mengeluh. Dia menjeling tajam Aira.

Aira membuat muka. Apa salahnya?

"Tunggu kejap. Aku naik mandi dulu." Pamit Ariff sebelum pergi. Ariff berjalan menaiki tangga beserta isterinya dibawa.

Sesampai dibilik, pintu bilik ditutup usai dimasuki. Aira duduk diatas birai katil.

"Awak. Siapa tu?" Soal Aira. Dia memandang gerak geri suaminya.

"Aaron. Sepupu aku." Balas Ariff. Aira hanya mengangguk.

"Dia tu memang macam tu, erk?" Soal Aira lagi. Ariff mengangguk.

SUAMI AKU MR. ARIFF? (COMPLETE)Where stories live. Discover now