21

2.3K 98 8
                                    

       TERKETAR-KETAR kaki Aira ingin menuruni tangga. Perlahan sahaja turun. Tiada kelibat yang dia nampak sehinggalah seseorang menyapanya dari belakang.

"Aira?" Panggil puan Zulaikha. Terhinjut bahu Aira dibuatnya.

Aira memusingkan badannya menghadap puan Zulaikha sambil tersenyum.

"Buat apa dekat sini?" Soal puan Zulaikha.

"Ai-aira bosan lah duduk dalam bilik. Aira keluar lah, ingat nak tolong apa yang patut." Ujar Aira perlahan sambil berjalan turun tangga mengikuti langkah Puan Zulaikha.

"Tak payah lah. Takde apa yang kena buat dalam rumah ni." Balas puan Zulaikha dan melabuh punggung diatas sofa empuk dihadapan televisyen. Begitu juga dengan Aira.

Aira terdiam sambil memikirkan apa yang perlu dia bercakap dengan mummy Ariff tu.

"Nak cookies tak?" Soal puan Zulaikha.

"Nak." Laju sahaja Aira mengangguk. Puan Zulaikha tersenyum melihat wajah Aira.

"Meh." Ajak puan Zulaikha sambil menarik tangan Aira, Aira hanya mendiam sambil mengikuti langkah puan Zulaikha kedapur.

Puan Zulaikha menolak lembut tubuh Aira duduk diatas kerusi dimeja makan ditengah-tengah dapur rumahnya.

Puan Zulaikha sambung mengatur langkah ke salah satu almari yang ada didapur itu dan membukanya. Bekas Cookies diambil.

"Nah." Hulur puan Zulaikha dengan cookies ditangan. Aira mengambil bekas cookies itu dan membukanya.

Puan Zulaikha mula melabuh punggung disebelah Aira.

"Sedap. Terima kasih, Mummy." Ujar Aira perlahan.

"Alah, takde hal lah. Nak buat cookies ni macam petik jari je. Jeng, Jeng, siap." Kata puan Zulaikha. Simple, namun mampu membuat Aira ketawa bahagia.

Makan sahaja cookies itu, Aira tiba-tiba teringat Afaf. Apa dah jadi dengan Afaf agaknya?

"Kamu ada boyfriend?" Soal puan Zulaikha. Tiga patah perkataan, tapi tercekik Aira dibuatnya.

Uhuk! Uhuk!

Aira batuk sudah seperti hilang anak tekaknya. Air dihulur ke Aira.

Aira melihat wajah puan Zulaikha. Apo bendo pelik sangat soalan makcik ni?

"Tak-takde, mummy." Balas Aira dengan wajah yang kian memerah akibat tercekik biskut.

"Itulah. Makan jangan gelojoh, kan tercekik." Kata puan Zulaikha sambil menepuk perlahan belakang Aira.

Dia yang tanya soalan bukan-bukan, kita pulak yang kena? Pening makcik ni.

"Jadi, takde boyfriend lah ye?" Soal puan Zulaikha sekali lagi sekadar ingin memastikannya.

Aira pula hanya mengangguk sebagai jawapan.

"Alhamdulillah, rezeki.." Ujar puan Zulaikha perlahan sambil menepuk-nepuk lengan Aira. Aira hanya memerhatinya pelik.

"Hm.. takde apalah. Makan-makan.." Kata puan Zulaikha, senyuman lebar mula terukir dibibir puan Zulaikha.

Ada juga Aira kena soal siasat. Banyakk. Bukan sikit..

Lama selepas mereka berada disitu, Aira bangun dari kerusi dan berjalan ke sinki untuk membasuh tangan dan juga bekas cookies yang sudah habis dia telan.

Puan Zulaikha juga turut mengikuti langkahnya.

"Tinggal je, tak payah buat. Nanti mummy buat." Kata puan Zulaikha. Sungguh contoh ibu mertua yang sangat mithali.

SUAMI AKU MR. ARIFF? (COMPLETE)Where stories live. Discover now