TAMAT

1.9K 66 2
                                    

       KEADAAN rumah itu tika ini sangat bising. Merayakan Kehadiran si bayi.

Aira berehat di biliknya seketika sementara si suami melayan tetamu.

Aira membuka tudung lalu merehatkan tubuh diatas katil. Penat melayan tetamu.

Dari pukul 10 pagi dan sampai sekarang, sudah hampir jam 9 malam, tetamu masih belum jumpa jalan pulang.

Aira memandang bayi lelakinya yang merengek ingin menangis.

"Yer, sayang." Aira berdiri lalu mengambil Amsyar dikatil bayi.

"Anak mummy ni. Sampai tak boleh tengok mummy duduk. Mesti nak merengek." Rungut Aira.

Bayi diambil lalu disusui.

Aira berselawat lembut ditelinga si kecil sambil menepuk punggung.

Apabila si bayi mula terlelap, Aira meletakkannya kembali diatas katil bayi.

Tiba-tiba pintu dibuka dan figura itu memasuki bilik tersebut.

Ariff berjalan mendekati Aira lalu mencium dahinya.

"Semua dah balik?" Soal Aira lembut. Ariff mengangguk. Ariff berjalan lalu berdiri bersebelahan Aira. Dia juga turut memandang katil bayi yang terisi anaknya.

"Comel.. kan, kan, kan?" Soal Aira seraya memeluk lengan sasa suaminya. Aira melabuhkan kepalanya dibahu jejaka tersebut.

Suaminya tersenyum lalu meletakkan kepalanya diatas kepala Aira.

"Nanti besar mesti comel macam mummy dia." Aira tersenyum keriangan.

Bangga ahh tu?

Kau single kau diam!

"Macam daddy dia lah." Ujar Ariff.

Aira terus mengangkat kepala dari terus bersandar lalu meleraikan pelukan ditangan.

"Kenapa pula?" Aira jelas memasang riak tidak puas hati.

"Kan guna sperma aku tu." Ariff tersenyum sinis seraya memeluk tubuh.

"Tapi saya yang lahirkan dia." Aira turut memeluk tubuh seraya memandang suaminya atas bawah.

"Dia kan ikut jantina aku, mestilah comel aku." Kata Ariff tidak mahu mengalah.

"Ish! Ha, ambil, ambil." Aira menjelingnya lalu berjalan mendekati katil.

"Nanti kalau Amsyar merengek, awak bagi susu awak." Aira menghempas kasar tubuhnya diatas katil.

Ariff terus melepaskan tawanya.

"Kau ni, macam budak-budak. Padahal dah jadi mak budak dah pun." Ariff berjalan mendekati Aira lalu duduk disebelahnya.

Eleh, kata orang. Dia pun dua kali lima. Pok karang.

Aira duduk bersila diatas katil seraya menepuk-nepuk bantal untuk ditidur.

"Maira." Ariff memanggilnya seraya menarik kedua belah peha Aira mendekatinya.

"Esok kan, aku ada benda nak tunjuk dekat kau ni."

"Apa?" Aira memeluk tubuh.

"Esok lah aku tunjuk. Tapi aku dah bagitahu awal-awal ni. Kau jangan terkejut beruk pula esok." Kata Ariff seraya tangan diletakkan diatas peha Aira.

Aira hanya mengangguk lalu menolak tangan Ariff dari terus menyentuhnya.

"I nak tidur. Kalau Amsyar jaga, you yang dodoikan dia." Aira tersenyum lebar lalu membaringkan tubuhnya diatas katil empuk itu.

SUAMI AKU MR. ARIFF? (COMPLETE)Where stories live. Discover now