11

2.4K 100 1
                                    

       JAM ditangan diperhati. Tepat jam 8 : 30 pagi. Pantas Aira berlari keluar ke arah luar rumahnya untuk pergi kerja. Tapi ia terlupa akan sesuatu?

"Dah lewat ni." Ujar Aira sambil berlari anak ke bawah garaj.

"Ehh?" Aira terdiam ketika ia melihat tiada apa - apa ditempat parking motornya dan ia teringat kalau motornya hilang.

"Allah." Aira menepuk dahi.

"Emh.. Ni macam pula ni?" Keluh Aira seorang diri.

Lama selepas Aira membeku disitu, seseorang menyapanya dari belakang.

"Cik Aira?" Panggil seorang pekerja baru disitu.

"Ye?" Aira memalingkan badannya menghadap kearah suara yang menyapanya itu.

Pemilik suara itu ialah seorang perempuan muda yang cantik.

Aira yang terpegun dengan kecantikan perempuan itu terus termenung memandangnya.

"Cik perlukan apa - apa ke?" Soal pekerja baru itu.

"Ehh. Takde apa." Balas Aira, segera mematikan lamunannya. Aira memang jenis yang tidak suka menyusahkan orang lain.

"Kalau nak apa - apa panggil saya ye." Kata pekerja itu.

"Ouh, okey." Balas Aira. Lama Aira perhatikannya, baru ia sedar kalau dia tidak pernah melihat perempuan itu disini.

"Kalau saya nak tanya boleh?" Aira meminta izin sebelum menyoal perempuan itu.

"Boleh je." Balas perkerja itu.

"Awak siapa?" Soal Aira.

"Ouh, maaf. Saya tak perkenalkan diri saya pula." Ujar perempuan itu sambil menggaru kepala yang berlapikkan tudung itu.

Aira hanya mendiam. Kerana dia selalu tidak ada di rumah, jadi dia tidak berapa kenal dengan pengawal - pengawal disini melainkan orang yang direkrut sendiri oleh ayahnya.

"Saya Afaf Zaqirah. Cik boleh panggil saya Afaf je." Ujar Afaf sambil tangan didada dan kepala ditundukkan sedikit tanda hormat.

"Ouh, okey.." Balas Aira.

"Saya pekerja baru dekat sini. Saya tahu cik Aira selalu keluar, jadi cik Aira mesti tak kenal saya." Kata Afaf bersama senyuman manis dilontarkan kepada Aira.

"Bila masuk?" Soal Aira ingin mengkaji sedikit tentang perempuan itu.

"Saya baru je masuk minggu lepas." Balas Afaf.

"Ouh. Awak bahagian mana?" Soal Aira lagi.

"Saya bahagian luar rumah dengan ruang tamu." Balas Afaf sambil memandang anak mata Aira.

"Ouh. Takpe lah, Afaf. Saya nak pergi sana dulu." Kata Aira sambil menunjuk kearah Kimie yang sedang bersembang dengan salah seorang pengawal disitu.

"Okey, hati - hati, cik Aira." Pesan Afaf. Aira mengangguk dan berlari kearah Kimie.

"Bang, bang." Panggil Aira.

Kimie memalingkan badannya menghadap kearah Aira yang sedang berlari ke arahnya.

"Jatuh nanti tak tahu lah." Kata Kimie. Aira tersenyum menayangkan gigi putihnya.

Afaf melihat Aira dari jauh dan masuk kedalam rumah untuk ke dapur.

Tiba sahaja didapur, telefon canggih didalam kocek seluar diambil dan tangan laju mencari nombor seseorang.

Afaf terus menekan butang call apabila jumpa sahaja nombor yang ingin dihubungi.

SUAMI AKU MR. ARIFF? (COMPLETE)Tahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon