15

2.4K 92 0
                                    

       "MUNGKIN datin ialah ibu kandung cik Aira, tapi datin tak berhak pukul dia sesuka hati." Marah Afaf sambil memegang tangan Aira.

"Kau siapa nak arah aku!?" Soal datin Milla makin kuat, pengawal yang sedang berkawal diluar pun boleh dengar jeritan tu.

Afaf hanya membiarkan soalan itu tergantung, orang kata anjing kalau dilayan makin menyalak.

"Kau dengar sini, ibu aku ambil kau kerja bukan untuk ni.." Kata Ira meleret dengan tersenyum sinis.

"Tapi saya kerja dekat sini untuk ni." Balas Afaf selamba dan bangun berdiri menghadap Ira.

"Maksud kau ada orang hantar kau?" Soal Ira dengan kepala menyenget.

"Well." Sepatah sahaja yang keluar dari mulut Afaf. Afaf mula tersenyum nipis.

Baru Afaf ingin menarik Aira untuk bangun, tapi Ira lebih pantas menolaknya. Afaf tersenyum, dia berpaling ke arah Ira.

"Kau kenapa pelac-" Kata-kata Afaf tergantung akibat Aira menyentuh kakinya. Afaf memerhatikan Aira yang sedang menangis.

"Sudah. Aku menyesal lah lahirkan kau! Dari kecil sampai besar memang kerja menyusahkan orang!" Jerkah datin Milla. Ayat yang disebutnya sudah pasti tertuju kepada Aira. Aira pula hanya mampu mendiam dengan air mata dikesat dengan tangan.

"Kenapa waktu kecil dulu kau tak mampus je!? Kalau aku tau kau akan menyusahkan aku, aku bunuh dah kau dari dulu lagi!" Kata datin Milla sambil memandang tajam Aira.

"Ibu ingat Aira nak sangat ke hidup!? It's not my fault. Ibu yang lahirkan Aira, ibu lah yang bertanggungjawab!" Jerkah Aira kuat hingga mengejutkan semua orang disitu. Ini pertama kalinya Aira meninggikan suara dengan ibunya.

Aira bangun berdiri dengan cecair jernih yang masih membasahi pipinya.

"Ai-aira Hiks penat lah ibu.." Ujar Aira perlahan. Datin Milla mendiam.

"Kenapa ibu benci Aira?.. apa salah Aira, bu?.." Soal Aira bersama tangisannya. Hatinya sangat hancur tika ini.

Datin Milla memekakkan telinganya seolah olah tidak mendengar apa-apa. Pekak terus baru tau.

"Ibu.." Panggil Aira lembut sambil memegang tangan ibunya. Tapi tangannya ditepis kasar.

"Kau jangan pegang aku boleh tak? Rimas lah." Kata datin Milla. Why dah tua pun still jahat dho?..

"But why?.." Soal Aira lagi tapi masih tiada jawapan. Aira yang sudah penat menyoal tanpa jawapan terus berlari naik keatas.

"Cik Aira!" Panggil Afaf tapi tidak diendahkan. Afaf menoleh kearah datin Milla dan menjelingnya.

Afaf mula mengatur langkah untuk keluar dari rumah tapi dihalang Ira.

"Kau nak ke mana?" Soal Ira sambil merentap tangan Afaf. Afaf menepisnya kasar.

"Boleh tak jangan pegang-pegang? Rimas lah." Kata Afaf sedikit mengejek datin Milla. Datin Milla memerhatinya tajam.

"Mulai harini kau jangan kerja sini, ambil gaji ni. Go out!" Jerkah  datin Milla sambil tangan menghulurkan sesampul kertas yang dipenuhi duit.

"Aku tak makan duit haram tu." Kata Afaf dan melangkah keluar dari rumah nenek kebayan itu.

Mereka terdiam dan sampul duit tadi dimasukkan semula kedalam beg tangan mahalnya.

Mak Lin tergesa-gesa berlari ke dapur takut jika dia juga dibuang kerja.

☜⁠ ☞

SUAMI AKU MR. ARIFF? (COMPLETE)Where stories live. Discover now