24

2.2K 129 8
                                    

       JARI telunjuk Afnan mula digoyang-goyangkan.

"Ayokk tak tayokk, kena kahwin." Ujar Afnan sambil mengejek abangnya. Anak mata Ariff mula digulingkan keatas, menyampah dengan adiknya.

Afnan berlari naik keatas takut jika dipukul abangnya. Lepas kacau lari aa, tunggu apa lagi?

Puan Zulaikha dihadapannya diperhati.

"Mummy, Please.." Rayu Ariff lagi. Aira hanya mendiam dengan kepala ditundukkan kebawah.

"No. Korang tetap kena kahwin. Keputusan mummy muktamad." Ujar puan Zulaikha. Puan Zulaikha masih enggan menyerah kalah dengan anaknya yang masih enggan berkahwin dengan Aira.

"Mummy... Aira pun mesti ada orang yang dia nak juga. Kahwin mana boleh paksa." Kata Ariff lagi masih enggan berkahwin. Apa ni paksa-paksa ni?

"Kamu dah pandai sentuh anak dara orang, lepastu tak nak kahwin dengan dia pula?" Ujar puan Zulaikha masih tetap dengan pendiriannya untuk mengahwinkan dua orang budak itu.

"Nasib mummy yang dapat tangkap korang, kalau pejabat agama yang dapat? Dah jadi suami isteri dah sekarang." Kata puan Zulaikha lagi.

Ariff mula mengeluh dan mengambil nafas yang dalam.

"Ariff tak sentuh dia.. Ariff tahu yang mummy nak sangat jodohkan kami dari dulu lagi. Tapi mummy, Aira pun tak kata dia setuju nak kahwin dengan Ariff. Cinta tak boleh paksa, right?" Ujar Ariff lembut sambil berpaling melihat Aira.

Aira hanya mendiam sambil bahu diangkat.

"Kau jangan lah diam aje, bagitahu lah mummy yang kita tak buat apa-apa pun." Kata Ariff lagi, panas dia dengan perempuan itu asyik diam je dari tadi. Dia pula yang nak kena explain dari A sampai Z.

"Ehh? Ha ye. Ehh tak, ehh betul-betul." Ujar Aira berbelit-belit lidah. Tangan naik menampar mulut sambil tersenyum seperti kerang busuk.

"Dah pandai main ugut-ugut sekarang yer Ariff." Kata puan Zulaikha lagi. Ariff mula menggaru kening.

"Okay, fine. Ariff terus terang. Ariff terima perkahwinan ni, tapi Aira tak terima. Kan?" Soal Ariff sambil memalingkan wajahnya memandang Aira sekali lagi.

"Ai-aira tak tahu.." Kata Aira perlahan. Jari mula bermain antara satu sama lain.

"Aira, mummy nak tanya. Aira terima tak jadi isteri Ariff?" Soal puan Zulaikha lembut. Tangan Aira berhenti bermain dan memandang wajah puan Zulaikha dan Ariff silih berganti.

Ariff menggeleng dan puan Zulaikha pula mengangguk.

"Aira ikut jer.." Kata Aira. Dia nak main ikut pula dah. Dia ingat kahwin macam petik jari ke? Haiyo innadeii.

Puan Zulaikha menampar dahi. Ariff pula mengeluh.

"Kalau mummy nak Aira kahwin dengan Ariff boleh, tapi... Aira tak janji akan jadi isteri yang baik untuk Ariff." Ujar Aira lagi. Puan Zulaikha sudah tersenyum lebar mendengar ujaran perempuan itu.

"Deal! Minggu depan dah boleh kahwin. Minggu ni juga cari baju kahwin." Kata puan Zulaikha bersemangat. Puan Zulaikha bangun berdiri dari sofa mencari anak kembarnya. Ariff dan Aira ditinggalkan disitu.

Hilang sahaja figura mummynya, Ariff memandang Aira.

"Kenapa terima?" Soal Ariff perlahan.

"Saya tak nak mummy tuan marah dekat saya. Saya dah lah menumpang rumah tuan, lepastu.. satu permintaan mummy tuan takkan saya tak boleh tunaikan?" Ujar Aira sambil memandang sayu wajah Ariff.

Ariff mula mengeluh dan tangan naik meraup wajah.

"So? Do you wanna marry me?" Soal Ariff. Aira hanya mengangguk sebagai jawapan. Satu senyuman terukir dibibir Ariff.

"Macam-macam mak aku seorang ni." Ujar Ariff dan berjalan menuju anak tangga. Nasib mak ada seorang jer kan korang kan?

"Tuan." Panggil Aira. Ariff memusingkan badannya kearah Aira sambil tangan naik memeluk tubuh. Kening diangkat tanda bertanya.

"Tuan marah ke?" Soal Aira takut jikalau jejaka itu memarahinya.

"Tak. Aku tak marah kau." Balas Ariff pula sambil melihat ketingkat atas. Takut lah tu kalau orang dengar..

"Are you sure?" Soal Aira lagi sekadar ingin memastikan.

"Yeah. I'm just.. happy." Kata Ariff. Ariff mula mengenyitkan matanya kepada Aira.

"Ish.." Aira mula membuang muka. Nampak je geli, tapi suka. HAHAHAH. Gila aku lama-lama macam ni.

Ariff tersenyum menyenget. Ariff mula mengatur langkah menaiki tangga. Aira hanya melihat figura itu sehinggalah hilang dari pandangan.

Kini Aira berseorangan diruang tamu yang besar itu.

"Ishh." Aira mula tersenyum seorang diri sambil menampar-nampar mukanya sehingga merah.

Muka ditekup dan nafas ditarik panjang. Aira mula mengatur langkah menuju dapur dengan senyuman tidak lekang dari bibir.

Ralit Aira sedang membasuh pinggan, tiba-tiba seseorang memanggilnya dari belakang.

Aira memalingkan badannya kebelakang dan dua kembar itu diperhati.

"Tahniah! Anda bakal berkahwin dengan abang saya tidak lama lagi!" Ujar Afnan dan Aufar serentak. Orang lain yang nak kahwin, dia orang yang gembira lebih.

Aira tersenyum menayangkan gigi ratanya. Tidak lupa juga dengan lesung pipitnya.

"Tepi, tepi. Sibuk jer korang ni." Ujar puan Zulaikha sambil menolak dua kembar itu untuk menjauhi Aira.

"Aira betul-betul ikhlas kan nak kahwin dengan Ariff? Bukan sebab mummy paksakan?" Soal puan Zulaikha sambil menggenggam erat tangan kecil milik Aira.

Aira tersenyum sambil mengangguk.

"Alhamdulillah, menantu pertama." Ujar puan Zulaikha gembira.

"Ya Allah, tunjukkanlah jalan yang benar untuk Nur Miesyaira Huda."

Ujar Aira didalam hati. Kepala sudah bercelaru, tapi senyuman masih tidak lekang dari bibir mungilnya.

Aira hanya melihat bakal mertuanya sedang bergembira dengan dua kembar itu.

Aira berasa sangat gembira dengan khabar itu. Tapi.. akankah ibunya memberi peluang kedua untuk Aira? Peluang untuk Aira bahagia tanpa halangan, bahagia dengan kasih sayang seorang ibu.

Yeah... Semua anak mengimpikan sebuah kehidupan yang sangat disayangi parents diaorang. Right, readers?

Semoga harimu indah.
Ingat, selepas hujan mesti ada pelangi.
Begitu juga dengan kehidupan kita..

{Keep vote, guys.
Byeeee >3💐}

SUAMI AKU MR. ARIFF? (COMPLETE)Where stories live. Discover now