9

2.4K 98 1
                                    

       MOTOR Y15 tepat parking dihadapan dilorong yang sedikit gelap.

"Tempat apa pula ni..." Soal Aira perlahan.

Aira menurun motor dan berjalan ke arah beg untuk mengambil minuman yang dipesan.

Kaki berjalan perlahan menuju ke arah yang sedikit terang.

Kaki Aira terhenti apabila melihat ramai orang melakukan hal kotor.

"Tempat ni... Klub malam ke?" Soal Aira seorang diri. Meremang bulu roma Aira melihat orang - orang disitu.

"Aku tak boleh hantar. Aku kena balik." Ujar Aira, takut jika terjadi apa - apa juga kepadanya. Baru sahaja kaki ingin melangkah pergi, satu suara yang sangat dikenali menyapanya.

"Aira?" Panggil Ira. Membulat mata Ira apabila melihat kelibat adiknya berada ditempat seperti itu.

Aira memalingkan badannya ke arah Ira. Aira juga turut terkejut kerana seorang lelaki memegang tangan kakaknya.

"Kau buat apa dekat sini?" Soal Ira dan cepat - cepat meleraikan genggamannya dari tangan Idham.

"Ak-aku nak hantar minuman ni, ada orang order. Kau buat apa dekat sini?" Soal Aira kembali. Ira terdiam.

"Kau tak perlu tau apa tujuan aku datang tempat ni. Tempat ni tak sesuai dengan kau, balik." Arah Ira dan berpaling ke arah Idham.

Aira mendiam. Baru sahaja Aira ingin pergi, satu suara garau mula bersuara.

"Adik you ke ni?" Soal Idham sambil mata memandang tubuh Aira.

Aira yang takut akan mata Idham, cepat - cepat tangan kiri naik menggenggam siku tangan kanan.

"Iye. You jangan cakap you nak try dia pula erk?" Soal Ira sambil memandang Aira.

"Takde lah. I ingat nak bagi dia dekat anak buah I, tapi itu pun kalau you kasi lah.." Ujar Idham bersama senyuman sinis. Aira yang takut dengan perkataan itu cepat - cepat ingin berlari pergi.

"Aira. Kau nak ke mana?" Soal Ira apabila melihat kelibat adiknya ingin pergi dari situ.

"A-aku nak balik.." Balas Aira perlahan.

"Awal lagi. Sini, aku ada hadiah untuk kau." Ujar Ira usai sahaja mendengar cadangan daripada Idham. Idham tersenyum.

Aira menggeleng dan cuba untuk menjauh dari Ira yang sedang berjalan menghampirinya.

"Haikal, come." Panggil Idham. Haikal tersenyum lebar apabila mendengar namanya yang dipanggil untuk menjaga barang tersebut.

"Tak nak lah!" Jerit Aira apabila kakaknya cuba menarik dia untuk diberi kepada Haikal. Mata Aira juga sudah mulai berair.

"Aira! Dengar cakap aku. Dia orang cuma nak jaga kau, kau ikut jelah." Arah Ira dan menolak kasar tubuh kecil Aira sehingga air minuman yang dipesan pelanggan tadi jatuh ke lantai.

Cecair jernih yang sudah lama bertakung jatuh membasahi pipi bulat Aira.

"Ira.. Please.." Rayu Aira apabila merasakan tubuh seseorang berdiri rapat dibelakangnya.

Ira tersenyum lebar melihat wajah ketakutan adiknya itu. Ira berjalan menghampiri Idham dan tangan Idham digenggam.

"Jom." Ujar Ira sepatah dan berlalu pergi meninggalkan adiknya disitu.

Walaupun Ira tahu kalau adiknya mempunyai trauma, tapi tetap tidak diendahkan.

Trauma apa tu? Nanti akan diceritakan dengan lebih jelas!

SUAMI AKU MR. ARIFF? (COMPLETE)Where stories live. Discover now