42

2K 100 0
                                    

       KERETA Honda Civic itu dipandu keluar dari perkarangan rumah milik Roziah.

Tangan yang dilambai kearah Roziah dibalas.

"Tak payah nak sedih sangat lah. Bukannya opah nak mati dah esok." Mata Ariff tepat tertancap pada pemanduannya.

"Rindu lah dekat opah. Nanti dah tak boleh main kejar-kejar dengan opah dah." Aira memuncungkan bibirnya. Ariff terus memandangnya.

"Aku kan ada. Nanti main lah dengan aku."

"Tak nak main dengan awak. Awak tak best."

Ehh? Apa pula tak best? Best lah.

Pergi memancing nak?

"Ni nak balik rumah mummy ke rumah awak?" Soal Aira. Telefon canggihnya didalam beg tangan diambil lalu dibuka.

"Rumah mummy." Balasnya beberapa patah.

"Kenapa tak nak balik rumah awak?" Soalan demi soalan dilontarkan kepada Ariff. Ariff hanya melayan.

"Bahaya lah. Kau tak ingat kejadian beberapa hari lepas tu?" Ariff kembali membuka kisah beberapa hari lepas sebagai peringatan kepada sang kelembai.

Ceyy wah, ayat. Macam minta penampor.

"Hm.. tapi sampai bila?" Aira memandang sayu wajah Ariff. Ariff hanya membalasnya dengan mengangkat bahu.

Kite pun tak tahu author nak buat jalan cerita macam mana, wakk.

Aira terus menurunkan sitnya kebelakang sedikit untuk senang ia tidur.

Kepala direhatkan lalu tangan bermain telefon.

☜⁠ ☞


"Ehh. Afaf!" Aira yang baru sahaja melangkah kaki masuk kerumah agam milik puan Zulaikha dikejutkan dengan figura Afaf.

"Akak. Seorang ke?" Mereka berdua saling membalas senyuman.

"Ha'ah."

"Abang mana?"

"Ariff keluar kejap."

Dia buang aku dekat rumah mummy dia, lepastu dia blah!

Dasar!

Aira berjalan lalu mencari ibu mertua kesayangan semua itu.

"Mummy mana, mummy?" Soal Aira lembut.

"Mummy keluar dengan abang kembar." Aira hanya membalasnya dengan anggukan.

"Akak, meh lah. Kita tengok movie dalam bilik Afaf, jom." Afaf menarik tangan Aira menaiki tangga.

Niat asalnya turun untuk cari makanan. Nak makan sambil tengok movie, sekali nampak Aira. Tarik sekali aa.

"Ehh, tak pe ker akak masuk bilik awak ni, Afaf?" Aira teragak-agak ingin melangkah kaki masuk ke bilik Afaf. Afaf sudah melangkah masuk, namun Aira belum.

"Masuk jer." Afaf mempelawanya untuk masuk.

Aira perlahan-lahan melangkah masuk, dia berjalan dan duduk di atas katil.

Dihadapan katil mempunyai televisyen, dan dibiliknya juga mempunyai balkoni yang luas dan cantik.

Setiap penjuru bilik diperhati. Bilik berwarna ungu terang. Sangat cantik!

SUAMI AKU MR. ARIFF? (COMPLETE)Where stories live. Discover now