41

2K 98 3
                                    

        AIRA mendongak sambil mencari jejaka idaman author itu. Namun tiada.

Dia berjalan keluar halaman rumah, tapi masih tiada. Ariff tiada, tapi tiba-tiba pula ada geng makcik bawang.

"Ha, Aira! Sini!" Roziah memanggil Aira apabila ternampak figuranya. Aira terus berjalan mendekati mereka.

Satu persatu tangan disalami. Dia terus duduk dihujung pondok itu bersebelahan dengan opah suaminya.

"Bini cucu kau ke, Ziah?" Makcik yang bernama Ina mula menyoal.

Hanya anggukan kecil daripada Roziah. Roziah kembali memanggul kepala memandang rumah jiran. 

Ish! Duda rumah sebelah ni mana!?

"Hmm. Dah berapa lama kahwin?" Salah seorang yang bertudung merah jambu mula menyoal.

"Nak masuk 5 bulan dah." Aira membalasnya dengan senyuman manis.

"Ouh, lama dah. Dah lekat belum?" Makcik bertudung merah jambu yang bernama Linda itu menyoal lagi.

"Belum ada rezeki." Aira menunduk. Dia bermain dengan jari jemarinya sendiri.

"Allah. Mandul ke?" Linda menyoal tajam. Ina dan Linda tertawa serentak seraya berkata begitu.

Aira hanya mendiam. Tak tahu nak balas apa.

"Kalau tak mandul, kenapa tak boleh mengandung lagi?" Ina kembali bersuara lalu ketawa kuat.

Macam encik poch pun ada. Ceh!

"Amboi mulut! Aku cili sorang-sorang nanti! Kau cakap jela kau jeles sebab anak kau tak mampu nak kahwin dengan cucu aku. Ikut sedap moyang kau je nak kata bini cucu aku mandul." Roziah memarahi mereka kuat sehingga tersentak mereka berdua.

Roziah bangun dari duduknya lalu menarik tangan Aira masuk kedalam rumahnya.

Orang nak usya duda sebelah, potong line betul lah dua ketul ni!

"Pergi balik lah kalau datang sini semata-mata nak mengata dekat orang. Nak jumpa dengan tanah dah bukan reti nak bertaubat!" Roziah berkata kuat lalu menghempas kuat pintu rumahnya.

Padan muka! Mengata dekat bini cucu aku lagi! Kan dah kena halau, heh!

Tangan Aira ditarik lalu tubuh kecil Aira ditolak lembut duduk disofa itu.

Aira mendiam seribu bahasa.

"Kamu tak payah nak dengar mulut puaka orang tua tu! Tak sedar diri. Ada hati nak kata kamu mandul." Roziah menghempas kuat tubuhnya diatas sofa itu.

"Te-terima kasih, opah.." Aira berkata perlahan.

"Hm. Lain kali jangan keluar rumah kalau ada diaorang tu." Roziah memesan kuat. Muka je garang,  tapi dalam hati ada taman.

Mereka berdua sama-sama mendiam, tiba-tiba Aira berasa tidak sedap badan.

"Aira makan-" Kata-kata Roziah tidak sempat habis apabila figura Aira laju berlari pergi dari situ sambil menekup mulut.

"Aira! Ehh, kenapa tu?" Roziah bangun dari duduknya dan mengejar langkah Aira yang sedang menuju tandas.

Sesampai sahaja Roziah dihadapan bilik air, Roziah langsung terkejut apabila Aira sedang muntah didalam sinki dibilik air itu.

"Astaghfirullah, kamu makan apa tadi Aira?" Roziah mengusap lembut belakang Aira. Habis keluar segala sarapan yang Aira makan tadi pagi.

Usai Aira selesai membasuh mulut, Roziah perlahan-lahan memapahnya masuk kedalam bilik.

Tubuh Aira dengan lembut direhatkan diatas katil king itu.

"Aira makan apa tadi? Okey tak ni?" Roziah dengan lembut menyoal.

SUAMI AKU MR. ARIFF? (COMPLETE)Where stories live. Discover now