27

2.3K 144 7
                                    

       "HUH?" Datin Milla ketawa sambil meraup wajah.

"Majlis kahwin?" Soal datin Milla lagi.

"Ye ibu.." Balas Aira perlahan. Bagi Aira, berhadapan dengan ibunya lebih mengerikan daripada diganggu Bangla.

"Dua bulan menghilang, tiba-tiba balik hantar kad kahwin terus?" Soal datin Milla dengan ketawa yang masih tersisa.

Tak sihat makcik ni, itu yang tiba-tiba gelak tu. Haih..

Aira hanya mendiam tanpa sebarang respon.

Datin Milla meletakkan kaki kanannya diatas peha kiri.

"Tak tahu pula aku... Dua bulan tak jumpa dah bisu rupanya." Sindir datin Milla. Aira menggenggam hujung bajunya.

Inilah salah satu alasan mengapa dia tidak suka berjumpa ibunya.

"Datin.. Mulut datin tolong sopan sikit sebelum datin yang bisu." Ariff mula bersuara setelah lama mendiam.

"Kau siapa, huh? Tak ada hubungan darah apa-apa dah menyibuk fasal hal keluarga aku." Datin Milla menyindir Ariff. Dia ingat Ariff terasa? Ariff mengukir senyuman sinis.

"Kita orang datang sini sebab nak datin tahu kalau kita orang akan kahwin, so sekarang kalau dah tahu, baik kita orang balik lah yer?" Pinta Ariff. Beg Aira ditarik untuk bangun bersamanya.

"Silakan. Rumah aku tak pernah mengalu-alukan kedatangan korang." Datin Milla masih tetap dengan sindirannya.

Ariff menjelingnya dan berjalan ingin keluar bersama langkahnya diikuti Aira.

Tapi langkah besar Ariff terhenti apabila Aira mula berhenti berjalan.

"Kenapa?" Soal Ariff lembut. Dia sangat yakin Aira akan terasa dengan kata-kata nenek lampir itu.

"Ki-kita belum dapat restu ibu saya." Ujar Aira. Sayu sahaja matanya memandang mata Ariff.

"Tunggu luar, aku akan cakap dengan ibu kau." Arah Ariff pula.

"Tak nak." Aira tidak mahu keluar dahulu.

"Sayang, aku tak nak tengok kau terluka. Pergi tunggu luar dulu, aku akan cakap dengan ibu kau."  Ariff berbicara perlahan + lembut dengan Aira.

Memang idaman tite.

Aira mendiam. Lama selepas itu, dia menuruti sahaja arahan si jejaka. Dia berjalan meninggalkan Ariff didalam rumah teres itu bersama ibunya.

Hilang sahaja figura Aira, Ariff memandang datin Milla.

"Datin." Panggil Ariff. Datin itu dengan pantas memandangnya dengan tatapan tajam.

"Datin restu saya jadi sebahagian dari keluarga ni?" Soal Ariff dengan tangan dimasukkan ke dalam kocek seluar.

"Ye.. aku restu. Mestilah aku terima bila ada orang nak ambil beban itu dari aku, kan?" Sindir datin Milla. Makin lama makin menjadi erkk makcik ni?

Ariff tersenyum sinis.

"Datin, kalau kau jatuhkan air mata isteri aku, aku akan pastikan kau tak boleh hidup lama." Ariff mula mengatur langkah menuju pintu selesai sahaja berkata demikian dan terus menghilang dari pandangan datin Milla.

Datin Milla tersenyum sinis.

"Dapat jodoh dua kali lima rupanya..."

☜⁠ ☞


"Sedapnya, Aira!" Puji puan Zulaikha setelah merasai masakan si Aira.

Aira apa lagi? Tersimpul malu lah member.

SUAMI AKU MR. ARIFF? (COMPLETE)Where stories live. Discover now