8

2.4K 106 3
                                    

       KASUT disarungkan di kaki. Laju Aira berlari ke arah motor Y15 miliknya.

"Kejap lagi kena hantar dekat.... Kawasan kampung." Ujar Aira sambil mata memandang telefon canggih miliknya.

Aira tersenyum sehingga menampakkan giginya. Tak sabar nak hantar makanan dekat orang!

Seminggu selepas beg Aira hilang, dia pasrah. Dia mula jadi grab sebelum beberapa hari beg dia hilang. Hidup baru bermula lepas dia jadi grab guys!

"Bye Mak Lin!" Ujar Aira sambil tangan melambai - lambai ke arah Mak Lin. Itu lah rutinnya sebelum dia keluar kerja.

Mak Lin membalas lambaian itu bersama satu senyuman.

Melihat sahaja kelibat Aira bersama motornya hilang, Mak Lin melangkah masuk semula ke dalam rumah dua tingkat itu. Pintu ditutup dan Mak Lin mengatur langkah untuk ke dapur.

"Hidup Aira tak pernah senang lepas kematian datuk Hisyam. Datin Milla tak pernah langsung rasa kesian dekat budak berumur 18 tahun!"

Bebel Mak Lin didalam hati apabila melihat datin Milla sedang berbual bersama Ira diatas sofa.

"Aira selalu dia pinggirkan. Ira aje emas permata dia. Beg Aira hilang pun dia buat tak tahu aje."

Bebel Mak Lin sekali lagi tidak puas hati dengan datin Milla.

Mak Lin melangkah kearah dapur dan membersihkan dapur sambil mata menjeling datin Milla dan Ira. Menyampah Mak Lin tengok adegan tu.

☜☆☞

"Terima kasih!" Ujar Aira apabila tuan empunya makanan keluar mengambil makanan itu.

Setelah Aira mengambil duit, lelaki tadi itu masuk dan Aira melihat telefon miliknya.

"Dah habis lah. Tadi bukan banyak ke?" Soal Aira seorang diri.

Setelah lama membelek telefon dihadapan rumah orang, baru dia teringat dia dekat depan rumah orang.

Telefon diletak semula ditempat asal dan motor Y15 miliknya laju memecut pergi dari situ.

Selepas 15 - 20 minit Aira menunggang motosikal miliknya, Aira berhenti didepan kedai Cafe Latte, tempat dia bekerja.

"Assalamualaikum Kak Dina!" Pinta salam Aira kepada Dina, tuan empunya kedai. Dina yang sedang menyapu di lantai luar diperhati.

Dina melihat ke arah Aira yang sedang menggalkan helmet dan membalas salam.

"Waalaikumussalam." Jawap Dina, Dina tersenyum melihat Aira.

"Dah habis ke?" Soal Dina.

"Ye, takde dah ke?" Soal Aira setiba sahaja disebelah Dina.

"Takde." Balas Dina sepatah sambil tangan laju menyapu.

"Em.. Aira nak masuk solat asar kejap. Nanti kalau ada orang order bagitahu tau!" Ujar Aira dan mengatur langkah untuk pergi ke dalam bilik, tempat berehat para staf disitu.

"Okey." Balas Dina.

Selesai Aira solat, Aira memakai kembali tudung sarung berwarna hitam itu.

Aira berjalan keluar dari bilik rehat dan pergi ke arah Dina yang sedang bermain telefon canggihnya.

"Macam mana kak? Ada orang order?" Soal Aira, kerusi kosong disebelah Dina menjadi tempat dia melabuh punggung.

"Em.. Ada, tapi sorang jelah." Balas Dina sambil melihat ke arah Aira.

Aira tersenyum. Aira seronok kerja grab. Tak tau lah kenapa. hehe..

"Okey lah tu, ada juga orang beli, dia order apa?" Soal Aira lagi.

Dina meletakkan telefon canggihnya ditepi dan menghadap laptop dihadapannya.

"Em.. Air Milk Tea dengan Chocolate Milk." Balas Dina sambil membelek pesan dari pembeli dilaptop dihadapannya.

"Tunggu kejap. Akak nak siapkan order ni, nanti akak panggil Aira suruh ambil." Ujar Dina dan melangkah pergi kearah mesin air.

"Okeh." Balas Aira dan tangan mengambil telefon canggih didalam kocek seluar.

Lama selepas membelek telefon, satu suara menyapanya.

"Kau tak pergi hantar order ke?" Soal Farhan, rakan kerja mereka dikedai itu.

"Ouh, kak Dina baru buat, saya tengah tunggu dia." Balas Aira tanpa memandang Farhan walau sesaat.

"Ouh, kau nak apa - apa? Aku boleh tolong buatkan.." Ujar Farhan dengan nada yang meleret. Makin lama makin berjalan dekat dengan Aira.

Aira bangun dari kerusi sambil menjeling Farhan dan berjalan ke arah Dina yang sudah selesai membuat air. Soalan Farhan dibiarkan.

"Dah siap ke akak?" Soal Aira dan berdiri bersebelahan dengan Dina.

"Dah. Ni order tu dan ni tempat dia." Ujar Dina sambil tangan menghantar lokasi pembeli kepada Aira.

"Okey." Balas Aira sambil tangan mengambil air itu dan meletakkannya didalam beg grab miliknya.

"Bye kak." Lambai Aira dan melangkah pergi ke arah pintu keluar.

"Bye, bawa motor elok - elok. Nak maghrib dah ni!" Pesan Dina kepada Aira. Aira hanya mengangguk dan tersenyum nipis.

Baru sahaja Aira ingin melangkah keluar, tetapi langkah Aira terhenti apabila ada satu tangan menarik begnya.

Aira memalingkan badan melihat kearah orang yang menarik begnya, mata Aira memperhatinya tajam.

"Ish! Apa ni, lepas lah." Arah Aira apabila melihat kelibat Farhan sedang memegang begnya.

"Kenapa kau marah lagi dekat aku? Benda tu dah jadi 2 tahun lepas kut." Ujar Farhan apabila tangan sudah terlepas dari beg Aira.

"Saya tak kisah benda tu jadi bila. Tapi saya dah takde apa - apa perasaan dekat awak. Hubungan tu berakhir 2 tahun lalu, kita dah takde apa - apa sekarang. So, stop stalk saya." Ujar Aira dengan tegas dan melangkah keluar pergi kearah motornya.

Enjin motor dihidupkan dan laju motor itu memecut pergi dari situ.

"Aku takkan lepaskan kau, Miesyaira ku sayang..." Ujar Farhan perlahan sambil tersenyum sinis.

SUAMI AKU MR. ARIFF? (COMPLETE)Where stories live. Discover now