14

2.3K 94 7
                                    

       "MUMMY!" Jerit Afaf dari bawah memanggil ibunya yang berada ditingkat dua. Puan Zulaikha yang terkejut akan jeritan anaknya langsung berjalan turun ke bawah.

"Allahuakbar. Anak dara tak boleh jerit, dik." Balas puan Zulaikha yang sedang berjalan turun dari anak tangga untuk kearah Afaf yang berada didapur.

"Kenapa?" Soal puan Zulaikha setiba sahaja disebelah Afaf. Tangan lincah Afaf diperhati.

"Tadi, Afaf letak coco powder, lepastu macam... Banyak sangat... Warna adunan ni pun jadi hitam, tak macam yang mummy buat haritu." Ujar Afaf dengan nada yang perlahan.

Puan Zulaikha memerhati adunan itu beserta muka anak bongsunya. Terbahak-bahak puan Zulaikha tertawakan muka anaknya yang penuh dengan tepung itu. Ni buat cookies ke main tepung?

"Haih, pergi basuh muka dulu. Bagi mummy buat." Ujar puan Zulaikha dan anaknya masih berdiri disitu.

"Kenapa pula ni?" Soal puan Zulaikha sambil memandang wajah anaknya.

"Afaf nak buat.." Balas Afaf.

"Hm.. Untuk boyfriend ke ni?" Soal puan Zulaikha dengan kening dijongket berkali-kali.

"Takde lah, Afaf stay halal." Balas Afaf sambil ketawa kecil.

"Habis?" Berkerut seribu dahi memikirkan siapa bakal memiliki cookies pahit buatan anak nya ini.

"Untuk bakal akak ipar Afaf lah." Balas Afaf sambil bermain kening dengan ibunya.

"Jangan gembira sangat, takut nanti benda yang kita gembira tu hilang." Kata puan Zulaikha. Afaf hanya ketawa.

"Afaf pergi basuh muka dulu, bagi mummy yang buatkan cookies ni untuk bakal menantu mummy." Arah puan Zulaikha kepada anaknya.

"Okey.." Balas Afaf sepatah dan berjalan menuju kearah sinki.

Selesai sahaja membasuh muka, suara seseorang mula menyapa ditelinga mereka.

"Patut macam kenal. Bila balik?" Soal Afnan setiba sahaja didapur dan berjalan menghampiri adik bongsunya. Tangan kasar Afnan disalam.

"Dah empat hari balik, kau je yang tak jemput aku." Balas Afaf sambil anak mata digulingkan keatas.

"Aku kerja, kau tak pelah, asyik ponteng je. Sekolah ke, kerja ke, dari kecil sama aje." Ujar Afnan selamba.

"Excuse me? Buat cantik sikit. Abang panggil aku balik, suruh aku kerja dekat sini kejap. Dia kata nak harap kan korang? Hmp! Takde function." Balas Afaf sedikit mengejek abangnya. Satu jelingan dilontarkan kepada Afnan.

Afnan memerhatinya atas bawah. Ronyok kang, baru tau.

"Mummy buat apa?" Soal Aufar setiba sahaja didalam rumah.

"Buat cookies." Balas puan Zulaikha beberapa patah dan berjalan menuju ke oven untuk membakar cookies.

"Ouhhh.." Aufar mula berjalan menuju keatas.

"Abang Ariff mana?" Soal Afaf apabila tidak melihat figura abangnya.

"Dia ada rumah, dia balik rumah dia lah." Balas Aufar dan terus melangkah menuju keatas, begitu juga dengan Afnan yang sedang mengikuti langkahnya dibelakang.

Afaf hanya mengangguk dan berjalan menuju kearah ibunya untuk membantu serba sedikit walaupun sudah selesai.

☜⁠ ☞

"Cik Aira!" Panggil Afaf apabila melihat kelibat Aira yang sedang berjalan turun dari anak tangga tanpa memakai tudung.

"Hmm?" Soal Aira sepatah dan berjalan menuju kearah Afaf.

SUAMI AKU MR. ARIFF? (COMPLETE)Where stories live. Discover now