51

2.1K 110 6
                                    

       AIRA berlari turun dari tingkat 2 sehingga tingkat bawah. Mencari si jejaka idaman semua.

"Mayah!" Aira menerpa dari belakang.

"Oh mak kau hijau!" Mayah terloncat kecil kerana terkejut dan terus menampar lengan Aira.

"Puan ni! Kalau saya mati keras dekat sini macam mana? Tak sempat kahwin." Marah Mayah seraya menjelingnya.

Amboi. Dan lagi cakap fasal kahwin erk?

"Mati tanam lah. Apa lagi?" Aira tertawa melihat wajah kosong si Mayah.

"Nampak Ariff tak?" Soal Aira usai ketawa.

"Ada tu ha. Dalam bilik paling hujung tu." Mayah memuncungkan mulutnya menunjukkan kearah satu bilik.

Aira mengangguk lalu terus memecut pergi.

"Pelik-pelik lah perempuan mengandung ni." Mayah menggeleng lalu lanjut menyelesaikan urusannya.

Pintu ditolak perlahan. Lalu Aira perlahan-lahan menyua kepala masuk. Tengok betul tak suaminya ada dekat sini.

"Awak!" Aira berlari mendapatkan Ariff. Ariff yang sedang berehat disofa memandangnya.

"Nak apa kau ni?" Soal Ariff sambil tangan mengusap lembut kepala si Mikha.

"Asyik-asyik Mikha jer. Saya lah pula." Aira mengetap bibir. Turn aku bila Mikha? Asyik engkau jer.

"Ish, dengan kucing pun menjadi." Ariff menjelingnya seraya memeluk lagi kucing itu. Mikha pun menyandar-nyadar pada dada Ariff.

Suke lah tu sandar-sandar dekat dada seksi suami i?

"Dah lah tak comel. Lepastu sibuk menyandar-nyadar dekat suami orang." Aira merungut perlahan. Ariff mendengar sahaja suara itik yang sedang mengomel itu tapi dia hanya membiarkannya.

2 ke 3 hari ni Ariff asyik melayan Mikha jer. Aira letak tepi.

Aira mengetap bibir apabila dia berdiri ditepi sofa Ariff tapi Ariff hanya membiarkannya seperti tiang disitu.

Aira memandang suaminya yang sedang mencium-cium kucing.

"Kesian awak, tak laku. Dengan kucing pun bernafsu." Ujar Aira selamba.

Marah ni marah.

"Dah tu? Kau bukannya bagi pun aku nak bernafsu dengan kau." Ariff menjelingnya dan memandang Mikha kembali.

"Kalau saya bagi, awak nak?" Aira menyoal sedikit kuat kerana geram dengan tindakan suaminya yang seronok mencium-cium kucing.

Dengar soalan Aira begitu, terus kucing diletakkan di bawah.

Dia berjalan mendekati Aira. Aira lantas memandangnya atas bawah.

"Nak apa?" Soal Aira sedikit mendongak memandang atas.

Maklum lah. Suami dia ni 180 cm, nak dibandingkan dengan dia, dia baru 152. Macam siapa? Macam author. Bilalah nak tinggi ni. Penat betul tunggu.

"Tadi kata bagi." Ariff tersenyum nakal.

"Takde-takde. Baucar dah tamat tempoh. Pergi lah main dengan Mikha." Aira menjelingnya.

Lambat 5 saat jer, tamat tempoh terus.

Dia ingin berjalan keluar. Tapi seseorang dengan pantas mendukungnya seperti, seperti apa?

Bridal style.

"Ish, Nak apa?" Aira mendengus kasar. Tadi nak main dengan Mikha. Bila suruh main, tak nak pulak.

"Tak baik cakap macam tu dengan suami. Kata nak masuk syurga tapi cakap jahat dengan aku." Kata Ariff seraya kaki berjalan meninggalkan bilik tersebut.

SUAMI AKU MR. ARIFF? (COMPLETE)Where stories live. Discover now