26

2.2K 126 11
                                    

     MAKLUMAT BERKENAAN :-

1- Farhan Ukasyah
2- 24 tahun

"Ini jer yang saya dapat. Maklumat dia terlalu ketat, tuan." Kata Raykal, pembantu peribadi Ariff.

"Tak apa. Cari lagi." Ujar Ariff. Surat tentang maklumat seseorang diletakkan kembali kerjanya. Kepala diletakkan diatas kerusi, mata memandang siling offices.

Tangan naik memicit kepala yang sudah berdenyut. Kepala Ariff sangat bercelaru, satu persatu masalah datang kepadanya.

Seminggu lagi jer nak kahwin, muncul sudah karakter baru. Ciannnnn dia.

"Tak apa lah, aku balik dulu." Kata Ariff dan berdiri ingin berjalan keluar dari office.

"Cari maklumat dia sampai dapat. Kalau ada terus call aku." Kata Ariff lagi dan dengan pantas berlalu pergi dari office nya.

"Okay." Raykal sedikit menunduk tanda hormat kepada Ariff.

Hilang sahaja kelibat Ariff dari dalam office itu, Raykal mula berjalan keluar untuk ke meja office nya pula.

.
.
.

Tok! Tok!

Ariff mengetuk tingkap keretanya kerana pintu terkunci. Terhinjut bahu Aira dibuatnya sambil berpaling menatap luar tingkap.

Wajah tampan jejaka itu diperhati, Aira mula tersenyum.

Aira menukar tempatnya dengan tempat pemandu. Button untuk membuka tingkap ditekan.

"Ye, encik? Ada urusan apa ni? Suami saya tak bagi buka tingkap kalau saya tak kenal orang tu." Usik Aira. Ariff tersenyum.

"Ouh.. Tapi sekarang kau buka tingkap. Kenapa kau langgar perintah suami kau?" Soal Ariff kembali, melayan sahaja kerenah si budak.

"Sebab encik ketuk tingkap saya lah. Bukan ketuk tingkap jer, tapi ketuk pintu hati saya sekali tau." Usik Aira lagi sambil tersenyum seperti kerang busuk. Naik merah telinga Ariff mendengar ujaran wanita itu.

"Macam-macam lah kau ni. Cepat buka." Ujar Ariff sambil menahan malu.

"Ehh, eh. Bau-bau orang blushing.." Kata Aira beserta ketawanya. Ariff hanya mampu menjelingnya.

Sekarang kau bukan main ehh kenakan aku. Tunggu lah kau lepas kahwin nanti...

Gurau dek gurau. Budak-budak tak perlu tahu.

Selesai sahaja Aira ketawa sampai tercabut perut, Aira membuka kunci pintu dan kembali ke tempat asalnya.

Terbuka sahaja kunci, Ariff terus memasuki perut keretanya.

"Tuan buat apa tadi? Kenapa lambat sangat?" Soal Aira. Soalan Aira dibiar seketika sehinggalah Ariff memulakan pemanduannya.

"Ada urusan." Balas Ariff beberapa patah.

"Urusan apa?"

"Urusan kerja aku lah." Ariff mula fokus pada pemanduannya. Aira pula hanya mengangguk dan melihat ke luar tingkap.

☜ ⁠☞

"Aduh.. Saya malas lah tuan.." Ujar Aira perlahan.

Kini ia berada tepat dihadapan rumahnya untuk memberi kad jemputan perkahwinannya kepada ibunya.

"Dah sampai dah, kita hantar kad jer lepastu terus balik." Kata Ariff pula.

Hantar kad jer sayang oii. Awak tak perlu takut, Aira. Kan ada encik suami disisi...

SUAMI AKU MR. ARIFF? (COMPLETE)Where stories live. Discover now