23

2.2K 115 12
                                    

"SAYANG...."

"I'm coming, sayang..."

"Tak! Lepaskan aku!" Aira mula mengigau. Air mata mula jatuh menitis.

"Dunia ni hanya ada kita, sayang. Aku kau punya, kau aku punya.. come..."

"Lepaskan aku, Farhan!" Aira tersedar dari tidurnya. Dia memandang sekeliling.

"Ya Allah..." Aira merintis menangis. Kepala diletakkan di atas lutut dan tangan pula memeluk lutut.

Aira nak sangat terlepas dari masa lalunya, tapi apakah dayanya ingin melawan takdir Allah? Siapa dia ingin mempersoalkan takdir yang sudah ditentukan Allah? Sungguh... Allah maha tahu segalanya.

Aira mencapai telefon canggihnya ditepi katil dan skrin ditekan. Jam diperhati.

5 : 53

"Lagi berapa minit je nak masuk subuh, baik aku tunggu." Ujar Aira perlahan sambil tangan naik menekup muka. Muka digosok perlahan untuk menghilangkan air mata.

Lama selepas Aira menunggu, azan mula berkumandang di telinganya.

Aira bengun dari katil dan berjalan menghampiri bilik air untuk mengambil wuduk.

Usai Aira mengambil wuduk, dia mula menunaikan solat subuhnya..

☜⁠ ☞

"Aira betul ke taknak ikut?" Soal puan Zulaikha. Naik hairan dia dengan perempuan itu.

"Tak pelah." Balas Aira perlahan.

"Yelah, nanti kunci pintu. Bahaya." Pesan puan Zulaikha dan melangkah keluar pergi kearah kereta milik Ariff yang bakal dipandu Afnan.

Hilang sahaja kereta itu dari pandangan Aira, Aira mula menutup pintu perlahan. Aira tersenyum seorang diri dan membuka langkah untuk ke sofa dihadapan televisyen itu.

Aira melabuhkan punggungnya diatas sofa itu dan mula menekan alat kawalan jauh untuk mengalih siaran.

"Kau tak ikut mummy pergi beli barang dapur ke?" Soal Ariff sambil berjalan menuruni tangga. Terhinjut bahu Aira dibuatnya.

"Ish. Bagi salam la, tuan." Marah Aira dan kepala berpaling melihat Ariff yang berjalan mendekatinya.

Ariff mula melabuh punggung diatas sofa disebelah kanan sofa yang diduduki Aira.

"Kalau bagi pun kau bukannya jawap, malaikat yang jawap." Balas Ariff pula. Kaki kiri diletakkan diatas peha kanan. Jari pula mula mengetik diskrin telefon canggihnya.

"Ckk." Aira hanya mengabaikan Ariff disitu dan kembali memandang televisyen dihadapannya.

"Pagi tadi kenapa kau menjerit? Kena histeria ke?" Soal Ariff. Aira mula memandangnya dengan riak terkejut.

"Apa?" Soal Ariff lagi.

"Tuan dengar ke?" Soal Aira dengan mata tidak terkelip.

"Orang rumah ni tak pekak macam kau.." Sindir Ariff perlahan.

"Tanya jer." Aira mula merungut dan menjeling Ariff. Ariff hanya membiarkannya.

"Mimpi.." Kata Aira dengan muka kebawah.

"Pftt.. Kau mimpi apa sampai menjerit? Jatuh bangunan?" Ujar Ariff sambil mencuba menahan ketawa, tapi akhirnya terlepas juga.

SUAMI AKU MR. ARIFF? (COMPLETE)Where stories live. Discover now