32

2.4K 89 1
                                    

       AIRA tidak berkata-kata.

"Pembantu?" Soal Aira lagi. Loading masih belum habis.

"Ye, sayang.." Balas Ariff, pinggan yang sudah selesai dibasuh langsung disimpan didalam rak.

"Kenapa awak tak ambil pembantu lelaki jer? Kenapa perempuan?" Soal Aira lagi, kakinya kini mengikuti kemana sahaja gerakan jejaka itu.

Ariff berhenti ditengah-tengah dapur. Aira yang berjalan sangat rapat dengannya terus terlanggar belakangnya.

Hidungnya terus dipegang. Senget batang hidung member. Ariff berpaling melihatnya.

"Dalam sejarah hidup kau, ada ke orang ambil lelaki jadi pembantu rumah?" Soal Ariff kembali. Aira mendiam memikirkan jawapan yang perlu dibalas.

Ariff mengeluh bersertakan gelengan. Macam-macam isterinya ni.

"Aku nak pergi kerja ni, dah lewat." Ariff berjalan menuju anak tangga dan menaikinya untuk ke bilik.

Aira setia mengikuti langkahnya. Setiba dibilik, Aira duduk diatas birai katil dan memandang sahaja gerak geri Ariff yang sedang bersiap.

Ariff berjalan menuju Aira dan memberi isyarat tangan. Aira memandangnya pelik.

"Salam aku sayang.. Aku dah lewat." Ujar Ariff. Aira mengangguk dan menyalami tangan si jejaka. Usai dicium tangannya, Ariff ingin berjalan mengambil jam tapi ditarik Aira.

"Why, sayang..?" Soal Ariff lembut.
 
"Nak ikut..." Balas Aira perlahan dengan mimik muka manja.

"Aku nak pergi kerja lah. Mana boleh ikut." Ariff mengusap lembut kepala Aira yang berlapikkan tudung itu.

"Tak nak duduk rumah sorang-sorang, takutlah.." Pujuk Aira lagi. Ariff mengukir senyuman.

"Mayah ada kan?" Balas Ariff pula.

"Tak nak Mayah, nak awak." Aira kembali memuncungkan bibirnya.

Orang nak ikut pun tak bagi. Aira menyandarkan kepalanya dipinggang jejaka itu. Ariff mengusap lembut kepalanya.

"Aku kerja, nanti petang aku balik lah." Ariff memujuknya lagi. Kepala yang disandarkan tertunduk.

Ariff mula duduk bertinggung dan memandang Aira dari bawah.

"Aku balik awal, okey?" Ariff memujuknya pula. Aira mengeluh sejenak.

"Pergi turun teman Mayah. Kesian dia duduk seorang." Ujar Ariff lagi.

"Mayah je lah kesian, saya tak? Tinggal bini sorang-sorang lepastu nak suruh teman perempuan lain pula." Rungut Aira. Dia terus bangun berdiri dari duduknya dan berjalan membuka pintu untuk turun menemani Mayah sesuai arahan suaminya.

Ariff meraup wajah serta keluhan kecil dilepaskan.
.
.
.

"Tak nak. Suruh lah Mayah. Mayah, ni. Dia nak salam awak." Ujar Aira. Mayah membeku, kenapa dia pula jadi orang tengah ni?

"Haih kau ni. Nanti kalau dia salam betul kau yang jealous kut?" Balas Ariff pula. Aira langsung menjelingnya.

"Cepat, cepat." Tangan Ariff setia dihulurkan untuk disalami.

"Tadi dekat atas dah salam, nak salam banyak-banyak buat apa?" Aira menjelingnya sekilas.

"Tak pe lah. Kau dah tak sayang aku sekarang. Kalau abang Kimie kau tu, kau sayang lah." Ujar ariff, kini giliran Ariff pula membuat drama queen. Ehh kejap, ini king, bukan queen.

Ariff berjalan menuju ke pintu utama dan berjalan ingin keluar, kasut  disarungkan dikaki. Dia mengatur langkah lagi menuju kereta Hondanya.

Baru ingin memasuki kereta, hujung baju ditarik seseorang. Ariff tersenyum menyenget.

SUAMI AKU MR. ARIFF? (COMPLETE)Where stories live. Discover now