52

2.1K 132 5
                                    

       ARIFF memecut laju kereta Hondanya. Nak jumpa malaikat maut awal katanya.

"Sekejap. Sekejap jer lagi." Pedal minyak ditekan kuat. Bibir bawah digigit.

"Boss belakang boss!" Jerit seseorang dari walkie talkie milik Ariff. Ariff memandang cermin keretanya sebelum..

Bam!

Kereta Ariff dilanggar kuat seseorang sehingga membuatkan kereta Ariff terlanggar pokok berdekatan.

Asap keluar dari kereta Ariff.

"Uhuk uhuk!" Terbatuk-batuk Ariff. Dia membuka mata perlahan-lahan. Matanya sedikit kabur dan seluruh badannya terasa sangat sakit.

"Boss keluar dari kereta tu! Nak meletup dah tu!" Arah seseorang dari walkie talkie itu. Ariff membuka tali pinggang keledar yang dipakai dan cuba untuk membuka pintu.

Tapi hampa. Pintu tidak boleh dibuka. Ariff sedikit meraung kesakitan beserta geram dengan pintu yang tak boleh buka itu.

"Bodoh lah!" Ariff menendang kuat pintu itu sehingga terbuka.

Dia terus berjalan keluar dari situ dan duduk sedikit jauh. Darah mengalir dipipi dari bahagian kepala yang terluka.

Walkie talkie miliknya ditinggalkan didalam kereta. Dia memandang drone diatas kepalanya. Drone itu terus berputar pergi dari situ.

Tiba-tiba seseorang keluar dari kereta yang melanggarnya tadi. Ariff terus mengeluarkan pistol didalam kocek seluar dan mengacukannya pada figura tersebut.

Dia tidak takut. Meski tubuhnya dipenuhi luka dan darah, dia tetap bangun berdiri.

Tangan kanan mengacu pistol, tangan kiri memegang perut yang sedikit senak.

"Kau siapa?" Soal Ariff. Figura tersebut tidak begitu kelihatan wajahnya kerana masih didalam asap.

Figura itu berjalan keluar dari asap itu sambil mengangkat tangan. Ariff terkejut memandangnya.

"Kau.. budak Daniel." Ujar Ariff. Baru dia ingin menurunkan pistolnya, baru dia perasaan ada seseorang dibelakang figura tersebut. Ariff kembali mengacu pistol.

Kedua figura itu berjalan keluar dari asap. Figura dibelakang berbaju merah gelap. Dan didepan biru terang.

Figura berbaju merah itu menyuakan kepalanya dari belakang Syafiq sambil tersenyum lebar. Matanya besar, senyumannya menakutkan.

"Kau!" Ariff mengetap bibir. Dia berjalan mendekati kedua figura tersebut. Lalu figura berbaju merah itu lantas melarikan diri.

"Kau nak lari mana, babi!?" Jerkah Ariff. Dia ingin berlari mengejar langkah besar figura tersebut, namun dia tidak mampu kerana tubuhnya terlalu sakit. Bahagian kakinya pun sangat sakit kerana tersangkut di kerusi kereta.

Dia meraung kesakitan. Dia memandang kakinya yang darah merah pekat meleleh turun dan kembali mengangkat kepala memandang kearah tadi, namun, figura itu sudah hilang.

"Argh! Memang sial!" Marah Ariff.

Tiba-tiba lampu kereta seseorang menyinari mata mereka. Ariff memandang kereta tersebut. Dua figura berlari keluar dari kereta.

"Boss! Boss okey tak ni?" Soal Wirdad. Ariff mengangguk.

"Hantar orang suruh jual kereta bodoh ni." Dia berjalan kearah kereta Alphard itu seraya menunjuk kearah kereta Hondanya itu dijual.

"Tuan." Panggil Syafiq. Ariff memandangnya sekilas.

"Bawa budak bodoh ni juga." Ariff meneruskan perjalanannya.

SUAMI AKU MR. ARIFF? (COMPLETE)Where stories live. Discover now