16

2.3K 160 3
                                    

      VROOM!

Kereta Lamborghini memecut laju tanpa fikir mati, tunggu masa je malaikat maut datang tarik nyawa.

Kereta tersebut parking disatu stesen bas. Ariff turun dari kereta miliknya dan memerhati sekeliling.

"Kalau nak diikutkan.. sampai sini je dia sempat lari." Kata Ariff seorang diri dan berjalan perlahan.

"Tumpang tanya, ada nampak perempuan dalam umur 18 atau 19 jalan dekat sini sorang-sorang tak?" Soal Ariff kepada orang yang sedang lalu lalang disitu.

"Takde." Balas pemuda itu.

"Okey, terima kasih." Kata Ariff kembali dan pergi kepada orang lain pula untuk menyoal.

Lama selepas ia menyoal, tidak ada satu pun yang tahu sehinggalah dia ternampak seorang wanita tua.

"Makcik.. tumpang tanya boleh?" Soal Ariff kepada wanita tua itu.

"Boleh, cu.. tanya je.." Balas wanita tua itu, lembut sahaja cara percakapannya.

"Makcik ada nampak seorang perempuan lalu dekat sini tak?" Soal Ariff perlahan. Dah banyak orang yang dia tanya, jika wanita tua ini juga tidak tahu, apa yang harus dia lakukan?

"Kamu nak cari bakal isteri kamu lari rumah ye?.." Soal wanita itu sambil tersenyum, meski umurnya kira-kira 80 lebih, dia masih kuat untuk tersenyum. Ariff membalas senyumannya.

"Ye.." Balas Ariff dengan tersenyum manis.

"Dia ada lalu tadi.. lepastu dia pergi belakang sana.." Kata wanita itu sambil menunjuk kearah satu lorong.

"Ouh... Terima kasih makcik.." Balas Ariff tersenyum.

"Cu.." Panggil wanita tua itu sambil menarik pergelangan tangan Ariff.

"Ye?" Soal Ariff.

"Ingat.. Jaga dia baik-baik, jangan bagi dia lari lagi... Dia akan jadi wanita pertama.. dan terakhir yang mencintai kamu seadanya.." Ujar wanita tua itu sambil tersenyum. Membulat mata Ariff mendengarnya.

Ariff ni pun satu, nak tu bagitahu jelah. Takde orang marah pun. Hehehe

"Okey, makcik. Terima kasih.." Balas Ariff dan wanita itu pun melepaskan tangan Ariff. Ariff pun laju berlari pergi kearah yang ditunjuki wanita tadi. Wanita tua itu tersenyum..

"Hosh.. Hoshh.." Ariff sudah penat berlari, tapi tidak ada seorang pun yang dia lihat.

"Makcik tu tipu aku ke..." Soal Ariff seorang diri dengan tangan mencekak pinggang dan kepala ditonggakkan keatas memandang langit yang sudah kian menggelap.

Lama selepas ia berehat, ia melihat tiga orang lelaki. Ariff berjalan mendekati mereka.

"Woi!" Panggil Ariff. Tiga orang lelaki tadi pun memusingkan badannya kearah Ariff.

"Siapa pulak mamat ni.. aduhh." Kata Muhaimi, salah seorang dari tiga lelaki tersebut.

Ariff hanya memerhatinya tajam.

"Kau nak ap-"

"Tuan Ariff buat apa dekat sini?" Soal Syafiq, juga salah seorang dari mereka yang mengenali Ariff.

"Aku buat apa pun dekat sini, itu urusan aku. Aku nak perempuan tu." Ujar Ariff sambil menunjuk Aira yang ketakutan menyorok didalam kotak. Aira memanggul sedikit kepalanya ingin melihat pemilik suara itu. Bakal suami rupanya.

"Tau lah dia takut, tapi kena ke duduk dalam kotak?"

Soal Ariff seorang diri.

"Maaf tuan. Ni kawasan kami, kami tak boleh bagi siapa pun terlepas ke tangan tuan." Balas Syafiq. Yusof mengangguk tanda benar, Muhaimi yang tidak mengenal siapa Ariff hanya mendiam.

"Aku malas nak gaduh. Tapi perempuan tu tunang aku. Kalau korang tak nak bagi, aku akan guna kekerasan." Ugut Ariff. Syafiq memandang Yusof dan Muhaimi.

"Tapi tuan, kami kena tanya tuan Daniel dulu." Ujar Yusof.

"Kau faham tak aku cakap dia tunang aku!?" Jerkah Ariff. Membulat mata Aira dibuatnya. Ngaku-ngaku je tunang dia.

Tiga lelaki tadi terdiam sambil saling menatap mata.

"Huh.. Miesyaira, come.." Panggil Ariff lembut. Aira mendiam tanpa sebarang respon.

"Kenapa ni?" Soal Daniel yang baru sahaja tiba dari belakang Ariff. Ariff memalingkan badannya melihat wajah Daniel.

"Tuan Daniel." Kata Muhaimi dan mereka bertiga membongkok sedikit tanda hormat.

"Tuan Ariff nak ambil perempuan ni." Kata Syafiq dengan keadaan sedikit membongkok sambil menunjuk Aira dibelakangnya.

"Kenapa kau nak dia?" Soal Daniel kepada Ariff.

"Dia tunang aku. Kenapa?" Balas Ariff. Membulat mata Daniel dibuatnya.

"Kau jangan nak tipu aku." Kata Daniel pula tidak percaya akan perkataan Ariff. Ariff yang berbadan tegap dan garang ini ada tunang? Mimpi. Raww. Menarik.

"Kau rasa macam aku tengah buat lawak ke?" Soal Ariff dan Daniel diperhati tajam.

"Tak, tak. Ambil lah balik tunang kau. Aku baru nak buat madu." Sakat Daniel sengaja ingin test Ariff.

Ariff menjelingnya tajam. Ariff berjalan mendekati Aira dan Aira diperhatikan sejenak.

"Jom." Kata Ariff. Dengan laju sahaja Aira menggeleng.

"Apa yang geleng-geleng nye? Cepat." Arah Ariff sekali lagi.

"Saya tak nak balik rumah ibu saya.." Ujar Aira perlahan.

Ariff mengambil nafas yang dalam dan menghembusnya.

"Down. Now." Arah Ariff lagi. Aira yang takut dengan mata tajam Ariff terus turun dari kotak dan mengikutinya.

Daniel memerhati dua figura itu sehinggalah hilang dari pandangan.

"Tuan tak rasa pelik ke?" Soal Syafiq.

"No... But so sweet, aku nak perempuan tu.." kata Daniel selamba sambil tersenyum menyenget.

"Tuan tak payah nak cari pasal dengan dia, sekali dia NGAP! Hilang kepala." Kata Syafiq dengan perkataan ngap sedikit ditekan. Daniel tergelak.

"Bercyanda..." Ujar Daniel dan berjalan memasuki tempat rahsianya...

{Vote lah ye kalau sudi. Terima kasih sebab support🙆}

SUAMI AKU MR. ARIFF? (COMPLETE)Where stories live. Discover now