44

1.9K 128 2
                                    

       AIRA menunduk memandang jari. Tak tahu macam mana nak terangkan dekat Ariff.

"Ma-masa tu.. saya umur 17 tahun.. saya boleh kenal dengan dia disebabkan kawan saya ni." Aira mula menerangkan kepada Ariff.

Perkara itu sepatutnya tidak patut lagi ia kenang, namun kerana Ariff paksa, nak buat macam mana?

"Kawan saya yang-"

Tok! Tok!

Pintu office Ariff diketuk. Mereka berdua terus memandang ke arah pintu.

Time-time ni lah nak ketuk pun. Ish!

Ariff mengeluh seraya meraup wajah.

"Masuk!" Ariff mengarah untuk masuk kedalam officenya.

"Boss." Seorang perempuan berambut perang dan hanya mengenakan skirt dan kot berjalan mendekati mereka berdua.

Dia ingat dia seksi ke duk pamer? Cih!

"Mesyuarat dengan tuan Omar dibatalkan kerana hal peribadi." Suara kecil gadis itu mula berbicara lagi.

Ariff hanya mengangguk. Lalu dia melihat jam ditangan. Sudah menunjuk pukul 5 setengah petang.

Time to rest.

"Thanks." Ariff berdiri sambil membetulkan kolar bajunya.

"Anything else?" Soal Ariff apabila gadis yang bernama Rania itu masih tercegat disitu. Rania menggeleng sambil tersenyum nipis.

Aira yang sudah panas mula memandangnya atas bawah.

Sorry? Bini dia dekat sini kut?

Rania tersenyum kepada Ariff lalu memandang Aira sekilas. Sempat juga satu jelingan dihadiahkan kepada Aira.

"Ih.." Aira menjeling kembali figura Rania yang sudah berjalan meninggalkan office Ariff.

"Aw-awak nak pergi mana?" Aira menyoal Ariff apabila Ariff bertingkah mengemas barang diatas mejan office itu.

"Kau rasa?" Ariff berbicara beberapa butir tanpa memandang Aira sesaat.

Aira menunduk. Rasa nak nangis pun ada.

Usai Ariff mengemas kesemua barangnya, dia berjalan keluar dari situ. Begitu juga dengan Aira yang hanya mengikuti langkahnya tanpa sebarang suara.

Mereka berjalan turun menggunakan tangga kerana lif terlalu banyak manusia yang ingin turun.

Time balik kerja kan, nak buat macam mana??

Sedang mereka berjalan turun, tiba-tiba mereka dikejutkan dengan satu figura dari belakang.

"Go home?" Satu suara menyapa mereka. Ariff dan Aira terus melihat kebelakang.

"Dah tu? Takkan nak tidur sini?" Ariff memperlinya.

Ya, gadis ini sangat dia kenali.

Gadis itu mula berjalan menghampiri mereka berdua. Aira bergenjak beberapa tapak kebelakang sedikit.

"It's that you, Miesya?" Gadis itu memandangnya atas bawah sambil tubuh dipeluk dengan lagaknya.

Aira yang menyorok dibelakang tubuh sasa Ariff perlahan-lahan mendongak keluar.

"Ehh? Syaz?" Membulat mata Aira memandangnya.

Syazlina nama diberi.

"Wow. Satu perkara yang amat luar biasa." Syaz tersenyum sinis.

"Kau ni.. memang tak berubah kan?" Syaz menyoal lantang. Aira hanya tersenyum.

Walaupun senyuman itu tidak ikhlas, tapi yang penting senyum.

SUAMI AKU MR. ARIFF? (COMPLETE)Where stories live. Discover now