30

2.5K 114 5
                                    

       "TADI kata tak nak tidur." Ujar Ariff seorang diri. Dia membuka pintu keretanya dan berjalan ke sebelah sit pemandu.

Pintu tersebut dibuka dan tubuh isterinya diangkat.

Semua pengawal terkejut dengan tindakan Ariff.

Apaan sih? Tak hormat orang single langsung.

"Buka pintu." Arah Ariff kepada Raykal. Raykal dengan pantas membuka pintu rumah dan menunduk saat Ariff melangkah masuk.

Baru Ariff ingin melangkah masuk, tiba-tiba...

"Selamat tidur, tuan!" Jerit para pengawal, kuat. Aira yang sedang tertidur pulas didalam dukungan Ariff langsung tersedar.

Benda pertama yang menyapa dikornea matanya adalah si jejaka idaman yang sedang membuat muka macam, "haih..."

"Kenapa ni?" Soal Aira. Dia meronta untuk diturunkan Ariff dari terus didukung.

"Duduk elok-elok lah. Berat tahu?" Marah Ariff.

"Dah tahu berat kejut je lah lain kali." Ujar Aira separuh berbisik. Aira sedikit malu kerana banyak mata-mata yang sedang memandang mereka.

"Malas nak kacau." Kata Ariff pula. Dia melangkah masuk kedalam rumah dalam keadaan sambil mendukung Aira.

Tangan Aira mula melingkari leher Ariff untuk mengelak daripada terjatuh.

Pintu rumahnya ditutup apabila Ariff sudah memasuki rumah tersebut. Ariff berjalan kearah sofa dan mula melabuh punggung diatasnya.

"Memang tak nak turunkan saya ke?" Soal Aira yang sudah diletakkan diatas peha Ariff.

Ariff memandangnya dengan senyuman nakal, sengaja ingin mengusik. Aira mula mencebik.

"Ish, malu lah sikit orang tengok." Aira menolak muka Ariff untuk sedikit ke belakang.

"Mana ada orang pun dekat sini. Kalau ada pun, kenapa? Kita dah halal kut? Tak dosa pun." Usik Ariff lagi. Dulu kau suka sangat kan kena kan aku. Sekarang meh aku balas.

Aira terus menjelingnya dan melarikan anak matanya dari bertembung dengan mata nakal Ariff.

"Awak duduk sini sorang-sorang ke?" Soal Aira, kalau nak ditengokkan rumah ni besar kut, takkan dia duduk sorang kan?

"Tak lah." Balas Ariff dengan matanya tetap memandang wajah mulus si Aira.

"Habis?"

"Aku duduk dengan Mikha." Balas Ariff. Aira mengerut kening.

"Anak siapa tu?" Soal Aira lagi.

"Nanti kau tahu lah." Balas Ariff. Aira mendiam, nak tanya apa lagi ni?

"Nak minta izin boleh tak?" Soal Ariff pula.

"Apa?" Soal Aira kembali. Sesekali dia meronta juga untuk diturunkan, tapi hampa. Perempuan mana lepas lawan lelaki kan?

"Aku nak..." Ariff sengaja menggantungkan ayatnya dan mendekatkan wajahnya dengan Aira.

"Ish! Nak apa?" Soal Aira. Naik bahang mukanya apabila Ariff semakin mendekat.

"Nak bagitahu lah ni. Duduk lah elok-elok." Ujar Ariff pula. Aira mencebik.

"Sini lah sikit. Nak bisik ni." Arah Ariff. Aira hanya menuruti sahaja kehendak suaminya.

Lambat-lambat ia mendekatkan telinga, tiba-tiba sesuatu yang lembut menyapa dipipinya.

Aira terus menjauhkan wajahnya dengan tangan naik memegang pipi yang dicium.

SUAMI AKU MR. ARIFF? (COMPLETE)Where stories live. Discover now