43

2K 100 6
                                    

       "INI tuan." Raykal menunjukkan laptopnya kepada Ariff. Ariff turut memandangnya.

"Kenapa maklumat ni tak pernah ada dalam maklumat yang Afnan cari?" Ariff menyoal dingin. Dia mengetap bibir.

"Saya tak pasti. Tapi maklumat Farhan sangat susah nak dapat. Benda ni, macam.. dia sengaja bagi kita tahu fasal maklumat ni." Raykal membalas. Tangannya kembali menekan pada button laptop itu.

"Maksud kau? Maklumat ni kau dapat dari siapa?" Ariff memandang gerak geri Raykal yang sedang sibuk mengetik.

"Saya dapat benda ni dari maklumat Farhan. Dah lama saya selidik fasal Farhan ni, tapi tak pernah jumpa. Lepas berlaku kejadian beberapa minggu lepas tu, tiba-tiba saya dapat maklumat ni." Raykal menjelasnya panjang lebar.

Ariff menutup mata, dia cuba untuk menahan amarahnya.

"Kau rasa, kenapa dia nak kita tahu fasal benda bodoh ni?" Tangan Ariff sudah membentuk buku lima. Raykal terus meneguk air liurnya.

Mak! Kite nok balik mak!

"Saya syak, Farhan ni memang ada kena mengena dengan puan. Kalau tak, takkan tiba-tiba benda ni nak jadi?" Raykal menunjuk kearah laptopnya.

"Sh*t! I will kill the pig!" Ariff berkata begitu seraya mengetuk kuat mejanya. Dia memandang lama laptop yang tertera segala jenis gambar mengenai isterinya.

"Ni kes bila?" Ariff mengambil nafas sedalam yang mungkin dan kembali menyoal.

Raykal terus mengecek laptopnya.

"3 tahun lepas." Raykal memandang mata helang Ariff.

"Puan masa tu berumur 17 tahun. Dan ni, tahun last puan sekolah." Raykal memberitahu segala yang dia tahu kepada Ariff.

Ariff meraup wajah. Wajahnya sudah naik merah menahan marah.

Dia tak percaya. Takkan isterinya pernah bermain dengan lelaki lain sebelum berkahwin dengannya?

Dan gambar dihadapanya sekarang adalah gambar isterinya, seperti dalam keadaan tidak sedarkan diri.

"Kau rasa Maira ada hubungan dengan dia ke?"

"Mungkin. Tuan kena tanya puan sendiri fasal ni. Kita tak boleh buruk sangka." Usai Raykal berkata begitu, Ariff terus mengambil telefon bimbitnya.

Nombor seseorang didail laju.

"Tolong kawal isteri aku." Usai Ariff berpesan begitu, talian terus ditamatkan.

Ariff berjalan dan duduk di kerusi office nya. Kepala diletakkan diatas kerusi sehingga kepala terdongak memandang siling.

"Kenapa kau tak pernah bagitahu aku, Maira?.." Ariff menyoal perlahan.

Tangannya naik memicit kepala yang semakin berdenyut. Sakit kepala kini kembali menular.

Biasalah, abe Ariff kite ni tak boleh stress. Nanti mula lah sakit kepala.

"Tuan perlukan ubat ke?" Raykal menyoal. Prihatin sekali dia.

"Tak payah. Kau pergi sambung kerja kau." Usai Ariff berkata begitu, Raykal terus berjalan keluar dari officenya.

"Sh*t!" Ariff mengangkat sebingkai gambar untuk dibaling kerana hanya itu barang yang dekat dengannya.

Dia segera memberhentikan segala tindakannya apabila sedar dengan perlakuannya.

Dia kembali meletakkan bingkai itu diatas meja. Dia merenung lama gambar dibingkai itu.

"Aku harap kau tak tipu aku, Maira.." Ariff berkata perlahan.

Ya, gambar dibingkai itu adalah gambar perkahwinan mereka yang disnap senyap-senyap oleh si kembar.

SUAMI AKU MR. ARIFF? (COMPLETE)Where stories live. Discover now