50

2.1K 100 2
                                    

       SEMUANYA bersurai usai sahaja merancang rencana. Aaron sudah pergi bersama Mikael. Syaz dan Mawar pun dah nak gerak, tapi ditahan Ariff.

"Aku ada benda nak tanya ni." Ujar Ariff. Syaz terus mengarahkan Mawar untuk pergi tunggu bersama Raykal diluar. Mawar menurut.

"Kau nak tanya apa?" Syaz memeluk tubuh.

"Bagitahu aku maklumat Farhan."

"Sekarang ni zaman gadjet lah. Kau guna laptop pun dah dapat maklumat dia." Syaz berkata datar.

"Masalahnya tak boleh. Sebab tu aku minta dekat kau." Ariff menjelingnya.

"Ish. Cari lah sampai dapat. Pemalas betul lah kau ni." Syaz merungut. Dia sangat malas jika ingin membahas tentang Farhan si mamat psycho tu.

"Syaz. Please. Bagitahu aku." Rayu Ariff. Syaz membuat muka stress seraya menjelingnya.

"Kau nak tahu fasal apa?"

"Macam mana Maira boleh kenal dia and dalam banyak-banyak manusia dalam bumi ni, kenapa Farhan yang Erina pilih. Kenapa bukan orang lain?" Soal Ariff bertubi-tubi.

"Kau tahu semuanya. Cuma kau malas nak cerita, kan?" Ujar Ariff lagi apabila Syaz ingin membuka mulut. Sangat terang lagi bersuluh Syaz tidak ingin memberitahunya.

"Huh! Fine!" Syaz mendengus kasar.

"Sebab Farhan salah seorang senior dalam sekolah kitaorang dulu yang minat dekat dia." Syaz mula membuka bicara lagi.

"Salah seorang?" Ariff memapar riak tidak faham.

Apa nie? i tak faham.

"Miesya antara pelajar yang terkenal dalam sekolah tu. Dia cantik, pandai, rajin tolong cikgu and macam-macam lagi. Erina juga salah satunya. Tapi dia berbeza dengan Miesya. Miesya terkenal dengan kecerdasannya, sedangkan Erina terkenal dengan sikapnya. Sikap Erina yang suka menggoda orang membuatkan lelaki yang tak reti jaga mata ni pandang dia. So dia terkenal sebab tu." Syaz berhenti cakap setelah bercerita panjang lebar.

"Habis? Farhan?" Soal Ariff lagi.

"Farhan Ukasyah. Nama jer elok, tapi tak macam orangnya. Farhan minat dekat Miesya dari kitaorang masuk form 1. Banyak yang confess, tapi semuanya bernasib malang. Semua dia reject. Sesetengah orang lepas kena reject dengan Miesya, terus move on. Tapi Farhan tak. Lagi Miesya reject, lagi makin gila dia aku tengok. Setiap hari datang kelas kitaorang semata-mata nak usya Miesya. Miesya pun pernah marah dia sebab tak berapa selesa, lepastu dia hilang untuk 2, 3 hari, lepas 2 ke 3 hari macam tu, dia datang balik. Kadang-kadang setiap pagi kitaorang datang sekolah, akan ada bouquet bunga tulip atas meja. And kau tahu tak apa yang pelik?" Soal Syaz setelah bercerita panjang lebar.

Ariff menggeleng. Mestilah i tak tahu, takkan i tahu pulak kan.

"Bunga tulip tu bunga kegemaran Miesya, mana dia tahu Miesya sukakan bunga tulip? Tepat pula tu. Kalau dia bagi bunga tulip merah tu dah memang salah, tapi ni tepat. Bunga tulip pink, bunga yang Miesya suka dari kecil. Dari mana dia tahu semua benda tu, masih misteri sampai sekarang."

Ariff mengetap bibir. Syaz hanya mampu bercerita, biarlah Ariff marah. Tadi dia yang suruh cerita sangat.

"Sampai kitaorang form 3, dia dah keluar sekolah. Tapi setiap pagi masih ada bunga atau coklat atas meja bersama sepucuk surat. Bila kitaorang tanya siapa bagi, semuanya akan jawab benda yang sama. 'Abang gila yang bagi.' Dan setiap pemberian Farhan, semuanya masuk tong sampah. Tak pernah ada satu pun yang Miesya pernah bawa balik rumah." Kata Syaz panjang lebar lalu meraup wajah. Seram sejuk pula bila bercerita tentang mamat psycho ni.

SUAMI AKU MR. ARIFF? (COMPLETE)Where stories live. Discover now