19

2.3K 136 5
                                    

"DAH TURUN." Arah Ariff setiba sahaja ditempat parking dalam kawasan mall.

"Tapi awak.." Aira memandang sayu wajah Ariff.

"Apa?" Soal Ariff perlahan.

"Kenapa nak kena beli baju?" Soal Aira kebingungan.

"Mummy suruh kan? Ikut jelah." Balas Ariff dan melangkah keluar dari perut kereta miliknya. Aira juga turut keluar dari kereta Ariff.

"Kalau nak beli baju, mesti kena duduk rumah mak awak kan?" Ujar Aira sambil berjalan bersebelahan dengan Ariff. Kepala Aira sedikit ditonggakkan keatas kerana Ariff terlalu tinggi lampai.

"Dah tu? Kau tak nak balik rumah mak kau kan?" Balas Ariff pula sambil topi diatas kepala sedikit ditarik menutupi wajah.

Aira mendiam memikirkan nasibnya. Setiba sahaja didalam mall, mereka berjalan menaiki lift terdekat.

"Miesyaira, sini sikit." Kata Ariff setiba sahaja didalam lift, Aira hanya menuruti sahaja kehendak lelaki itu.

Tangan Ariff menarik beg tangan Aira untuk sedikit rapat dengannya. Aira memandangnya pelik.

"Kenapa?" Bisik Aira perlahan.

"Kau rapat sangat dengan lelaki tu." Ujar Ariff perlahan. Terangkat kening Aira mendengarnya.
So caring.. dah lah, tak nak sambung dah. Aku nak pergi kahwin dulu baru sambung...

Aira sudah tersenyum seperti kerang busuk apabila menerima teguran dari lelaki itu.

Aira sedikit genjak beberapa tapak menjauhi lelaki tersebut dan mendekati Ariff sehingga beg tangan Aira berlaga dengan pinggang Ariff, tapi Ariff hanya biarkannya.

Laga beg takpe, jangan laga tangan sudah. Kalau laga tangan aku bagi kahwin dua-dua orang.

Setiba ditingkat dua, mereka keluar dari lift dan berjalan menuju ke kedai butik pakaian.

Ariff berhenti tepat dihadapan kedai tersebut, begitu juga dengan Aira yang hanya mengikuti langkahnya.

"Pergi masuk pilih baju cepat." Arah Ariff sambil tangan berpeluk tubuh. Ternganga Aira dibuatnya.

"Awak gila ke? Kedai ni mahal kut, saya mana ada duit." Ujar Aira. Ariff hanya menggeleng.

"Aku tau lah kau takde duit. Habis, apa function aku dekat sini?" Soal Ariff sambil meraup wajah.

"Mana saya tau." Balas Aira. Bahu diangkat selamba.

Ariff menepuk dahi, Aira memandangnya pelik. Dia salah cakap ke?

"Pergi masuk pilih baju sekarang." Arah Ariff tegas, tapi jelingan yang Ariff dapat.

"Kau tau tak? Aku kena ambil cuti disebabkan kau. Kau jangan nak buat perangai kau tu tengah-tengah mall ni. Cepat masuk." Arah Ariff lagi dengan muka barannya.

"Okay, okay.. Cuba jangan marah, asyik marah aje awak ni.." Balas Aira sambil berjalan masuk kedalam butik tersebut. Ariff meraup wajah sekali lagi.

"Tak pasal-pasal aku juga yang kena jaga budak ni." Rungut Ariff seorang diri yang turut juga berjalan memasuki kedai butik itu.

Lama selepas mereka membelek baju disitu, hanya satu baju yang menarik minat Aira. Aira memerhati lama baju itu tapi tidak diambil. Mesti mahal kan?

Ariff memerhati riak wajah Aira yang termenung sejak tadi sambil memandang sehelai baju.

"Nak ni ke?" Soal Ariff sambil memegang baju biru muda yang menarik minat Aira itu. Dengan pantas Aira menggeleng.

"Tak nak." Balas Aira dan berjalan kearah lain.

SUAMI AKU MR. ARIFF? (COMPLETE)Where stories live. Discover now