48

2K 98 1
                                    

       AIRA berlari turun dari tangga mencari kelibat datin Milla. Dan terlihat lah figura datin Milla sedang berehat disofa.

"Ib-ibu. Aira nak keluar kejap, boleh?" Pinta Aira lembut.

"Nak pergi mana malam-malam ni?" Datin Milla memandang Aira dengan anak mata.

"Aira nak keluar jumpa Erina kejap."

"Erina anak datuk Eskay Mokhtar tu?"

"Ye.."

"Ha, pergi lah. Nanti kirim salam dekat datuk dengan datin sekali." Datin Milla terus menjelingnya usai berkata begitu.

Aira tersenyum dan ingin menyalami tangan si ibu, namun si ibu palau.

Nak buat macam mana? Dah memang kebiasaan dia palau orang.

Aira terus berlari keluar dan menghidupkan enjin motor. Usai dihidupkan, terus motor itu memecut pergi ke tempat yang dirancang.
.
.
.

Aira membuka helmet yang dipakai dan diletakkan diatas motor. Keliling kedai family mart diperhati.

Dia memandang sekeliling kedai mencari figura Erina. Namun tiada. Jadi dia mengambil telefon untuk menghubungi..

"Dah datang?" Sapa seseorang. Hampir terlepas telefon ditangan Aira kerana terkejut.

"Erina." Menyinar mata Aira memandangnya.

Satu tangan memeluk pinggang dan satu tangan lagi memegang rokok.

Aira sudah terbiasa dengan Erina yang asyik merokok. Hanya orang luar sahaja tidak tahu.

Erina menghembus asap rokok keluar dari mulut. Terbatuk Aira dibuatnya.

"Bila kau nak berhenti merokok? Tak baik lah untuk kesihatan." Kata Aira lembut sambil tangan dikipas-kipas dihadapan muka bagi menghilang asap rokok.

Erina memasang riak jijik.

"Uh, sorry. Let's go in." Erina berjalan masuk kedalam kedai family mart itu. Aira hanya mengikuti langkah nya tanpa bicara.

Masuk sahaja didalam, Aira berhenti didepan pintu. Erina sudah berjalan dahulu.

"Why? Sini lah." Erina berpatah balik dan menarik tangan Aira untuk mengikutinya.

"Kau nak bawa aku pergi mana ni?" Aira menolak tangan Erina dari terus menariknya.

Erina terus melepasnya apabila tiba di destinasi yang dituju. Erina duduk diatas meja. Rambut perangnya ditarik kebelakang.

Aira memandang lelaki disebelah meja yang diduduk Erina.

"Kata ada kita jer. Habis ni kenapa ada dia pula?" Aira menggenggam hujung bajunya.

"Well.." Erina meniup asap keluar.

"Aku tak pernah cakap aku nak minta maaf dekat kau." Erina berkata sinis. Rokok ditangan dilepas dan dipijak.

"Apa maksud kau?" Aira bergenjak beberapa tapak kebelakang.

"Fuh.. I call that, balas dendam." Erina tersenyum sinis. Dia terus mengarah lelaki itu kehadapan.

Aira berlari laju namun lelaki itu dengan lebih tangkas menariknya.

"Arghh!" Aira meronta untuk dilepaskan. Jejaka itu dengan selamba menghidu bau yang terhasil dari Aira.

SUAMI AKU MR. ARIFF? (COMPLETE)Where stories live. Discover now