Special chapter 1

174 12 0
                                    

Apa jadi kalau Luna Elina masih di dunia sebenar tapi moden?

Cerita ini berlatar belakangkan suasana di Korea. Please imagine it like a k-drama~

🔥🔥🔥

 .      "LUNA!" Luna memandang Luke yang masih memandang telefon pintar. Sedang bermain game perang.

     "Apa kau nak lagi?" soal Luna bersahaja.

     "Tolong belikan burger di kedai tu, please... Please." Luke meletakkan telefonnya kemudian memandang Luna sambil merapatkan kedua tapak tangan.

     "Okay. Tapi aku balik lewat sikit. Kau tahan aje la lapar kau tu kalau aku tak balik awal," ujar Luna seraya itu mengambil kunci kereta yang tersangkut di dinding.

     "Okay, akak!" Luke melompat ke atas sofa kemudian bersandar. Tangannya meraih kembali telefon tadi.

     Luna mengeluh perlahan. Luna dan Luke adalah kembar yang tidak berapa seiras. Ibu bapa mereka sudah meninggal kerana kemalangan jalan raya.

     Mereka hanya bergantung sesama mereka. Kakak dan adik.

     "Luke, jangan lupa kunci pintu!" jerit Luna daripada luar.

     Kereta honda hitam milik Luna laju meluncur di jalan raya. Namun jalan yang ingin dilaluinya disekat kerana salju yang lebat. Kerja-kerja penyelenggaraan untuk membuang salji jalan tersebut sedang dilakukan.

     "Alahai..." Luna mengeluh kesal. Kalau lah dia membaca berita pagi tadi tentang salji lebat yang akan turun pada malam ini, sudah tentu dia akan menganbil jalan yang lain.

     Kini, tak pasal-pasal dia sudah lambat untuk bertemu Amy.

     Ringg!

     Luna menyeretkan ke arah warna hijau. Kebetulan pula Amy menelefon Luna.

     "Amy, aku lambat sikit. Jalan tutup. Tengah cari jalan lain," kata Luna, mendatar.

     "Ha okey. Aku bagitahu yang lain. Elok-elok tu bawa kereta," balas Amy dengan nada risau.

     "Iye, jangan risau. Kalau rasa lambat sangat, kau orang balik la." Luna berkata tenang.

     "No, no, no! You know it's hard to ask you to come to our gathering? Tak boleh bila kau dah setuju nak datang sini tau," balas Amy dengan suara meleret.

     "Okay fine." Luna memutuskan talian dan menyambung fokusnya kembali pada pemanduan.

     Sreet...

     Tepat di parkir hadapan kedai, Amy sudah menanti Luna di hadapan pintu. Amy melambai-lambai laju ke arah Luna. Luna membetulkan begnya dan juga baju sambil berjalan menuju ke arah Amy.

     Sebenarnya bukan penting pun untuk datang ke sini. Ianya hanya reunion kelas mereka. Namun Luna sukar hadir setiap kali reunion diadakan. Kerana Luna sibuk bekerja siang dan malam. Kali ini, cuti hari pekerja kebetulan reunion kelas diadakan semula. Apa salahnya Luna setuju untuk datang kan?

     "Lulu!" panggil Amy dengan kuat. Amy menarik lengan Luna dan membuka pintu kedai.

     "Hey!"

     "Siapa tu?"

     "Amy cepat lah duduk!"

     Luna berjalan perlahan. Awkward sangat nak menyesuaikan diri. Dia membuat perkiraan di dalam kepalanya. Berapa tahun sudah dia tidak bertemu rakan sekelasnya?

(S1) Phoenix: The Legend Power✔Where stories live. Discover now