Bab-12: Daisy

6.1K 402 7
                                    


Luna duduk di atas rumput dengan nafas yang masih kencang kemudian baring dengan tangan didepakan.

"Penatnya." Luna memejamkan matanya. Harini dia kena berlawan pedang dengan Daisy. Sebab tulaaa. Kawan dia? Masih di rumah. Pandai la dia bagi alasan. Haha.

"Alah. Sikit je ni. Tak payah lah nak merungut." Daisy duduk di tepi luna. Luna menjeling.

"Eleh. Kau tu memanglah. Dah hebat. Tak macam aku ni." Luna mengembungkan pipi. Daisy tersenyum. 'Kau silap. Kau lagi hebat dari aku.' .

"Kenapalah Miss Ria suruh kau latih aku? Memang sudah tiada orang lain?" Kata luna. Matanya dibuka kemudian berpaling memandang Daisy yang masih duduk di sebelahnya.

"Aku ada sebab." Kata Daisy. Dia melihat luna. Mata mereka bersambung.

"Jadi. Ceritakan." Kata luna. Dia berpaling melihat langit biru.

"Kau nak tahu sesuatu tak? Sesuatu yang tidak pernah aku beritahu kepada semua orang." Daisy membuka cerita.

"Apa? Kenapa kau perlu beritahu aku perkara begini?" Dahi luna dikerutkan.

"Satu je. Sebab kau satunya orang yang akan membuatkan orang seperti aku kembali hidup normal."

"Apa kau merepek ni?" Tanya luna.

"Aku seperti kau. Aku mempunyai kuasa api. Tetapi aku tidak boleh menggunakannya sehingga munculnya sang lagenda yang dapat mengalahkan kegelapan." Daisy melihat luna yang masih..entahlah..berfikir mungkin?

"Cop..cop.. cuba kau cakap elok elok. Kau ada kuasa api, tapi tak boleh guna?"

"Yup. Kalau kau nak tahu, pengguna kuasa api masih ada. Tetapi mereka takut untuk memunculkan diri. Mereka bersembunyi. Ini kerana raja kegelapan tahu orang yang akan membunuhnya akan lahir dikalangan pengguna kuasa api. Yang membezakannya ialah dia mempunyai kuasa cahaya. Sebab itulah." Daisy menerangkannya.

"Oh. Kau dah tahu lah ni pasal aku."

"Yup. Sebab tulah aku ingin kau berlatih dengan baik. Kau sinar harapan kami, Luna. "

"Tapi.. Aku tidak pasti mampu atau tidak untuk menerima kenyataan ini. Aku masih tidak boleh mengawal kuasa terkuat aku. Cahaya." Luna menunduk.

"Aku pasti kau boleh." Daisy memeluk bahu luna.

"Kejap. Kau ni siapa sebenarnya?"

"Kau akan tahu suatu hari nanti. Sekarang kau boleh pulang. Kawan kau sedang menunggu kau." Kata Daisy sebelum bangun dan meninggalkan luna yang masih baring itu. Luna bangun kemudian menepuk dahi.

"Aduhh. Lupa pulak aku yang dekat rumah tu." Ok. Cipta alasan.

"Baik aku balik cepat. Nasib baik harini cuti. Haha." Ketawa Luna dihujung. Haih..

♚♚♚

Luna membuka pintu. Kelihatan Miya Sedang membaca buku di sofa dan Redza sedang menilik tongkat sakti dia. Lizz yang sedang berlawan catur dengan Ray. Khai? Dia tiada disitu.

Semua mata berpaling kearah pintu setelah luna masuk.

"Kau pergi mana tadi?" Kata Miya.

"Oh.. aku pergi jalan-jalan tadi. Bosan."

"Oo. Ok." Miya kembali membaca bukunya. Bosan weh cuti.

'Mana Khai ni? Dekat halaman belakang kot.'

Luna berjalan menuju ke halaman rumah. Kelihatan Khai sedang berlatih dengan pedangnya. Luna duduk di atas rumput menonton.

"Kenapa kau datang ke sini?" Tanya Khai selepas melihat Luna. Dia berhenti dan menuju kearah Luna.

"Saja. Aku bosan." Bosan lah sangat. Tadi kau buat apa? Bukan lawan pedang dengan Daisy?

"Ok." Khai bukan cakap banyak pun.

Suasana senyap seketika.

"Lawan aku." Kata Khai.

"Apa?"

"Aku tak suka ulang balik apa yang aku cakap."

"Ish. Yelah yelah." Luna mengambil pedang yang masih tersisip di pinggangnya.

Luna berdiri memegang pedangnya. Dia menyerang Khai bertalu-talu. Khai tidak menyerang balik malah hanya bertahan dengan pedangnya. Luna mencari nafas seketika.

"Kenapa kau tak serang aku?"

"Saja."

"Suka hati kaulah." Luna kembali menyerang. Dari belakang ke depan. Dari kiri ke kanan.

Sringg!

Singgg!

Khai menggunakan kuasa kilatnya dan bergerak ke belakang luna. Luna masih tidak perasan. Khai menyentuhkan pedangnya yang masih tersarung di belakang Luna.

"Aku menang." Luna membulatkan matanya. Main tipu!!

Kedengaran tepukan gemuruh dari penonton yang tidak diundang.

"Fuyoo. Hebat lah korang!Macam aku!" Kata Ray dengan mata yang bersinar.

"Acah lah kau ni budak." Kata Lizz kepada Ray.

"Dah jom masuk. Makanan dah siap ni." Kata Miya.

"Baikk." Kata mereka hampir serentak.

♚♚♚

Malam yang tenang. Luna duduk bersila dikatilnya. Melihat bulan.

'Hmm... rindu lah pulak dekat Elan.'

"Hai, luna!" Suara Phoenix muncul. Haihh..

"Hmm kau nak apa?" Luna bercakap menggunakan mindanya.

"Dia akan tiba luna."

"Dia? Siapa?"

"Lucons. Dia mahu mencari kau. Baik kau berhati-hati. " pesan Phoenix.

"Haih. Masalah." Keluhan dilepaskan.Nilah kot perasaan orang famous. Semua nak aku. Nasib kena rahsia.

"Jangan risau. Aku dengan dragons akan membantu kau nanti. Aku pergi dulu." Phoenix menghilang.

"Ok. Harap begitulah." Luna memejamkan matanya dan berbaring. Dugaan apa lagi kau nak bagi aku? Cukuplah aku yang ditakdirkan.

"Aku penat. Selamat malam."

♚♚♚

To Be Continued...

[Edited]












(S1) Phoenix: The Legend Power✔Where stories live. Discover now