Bab-40: Ending

5.4K 279 149
                                    

"Jangan kejar la!" jerit seorang budak lelaki berambut merah sambil berlari. Di sisi dia ada seorang lagi budak lelaki berambut merah yang turut berlari.

"Jangan lari!" ujar Irene dengan fasih. Kini dia sedang mengejar dua pemuda iaitu kembar seiras.

Daryan dan Darwin.

"Bonda!" jerit mereka hampir serentak. Irene sudah ketawa riang apabila mereka sudah berhenti dari larian. Irene membuang lipas mainan ke belakang dan kembar itu menghembuskan nafas lega.

"Apa la Yanyan dengan Winwin ni." kata Irene dengan pelat sedikit. Memang suka dia gandakan nama orang. Dan dia adalah Rinrin.

"Ish, Rin ni... tak baik lah kacau abang." kata Luna lalu mencubit manja pipi gebu Irene. Daisy tersengih sambil mengusap lembut kepala anak kembarnya.

"Yan, Win. Nanti bila besar, kamu jaga Rin ya?" Daisy tersenyum melihat muka cemberut Daryan.

"Rin ganas. Dia boleh jaga diri dia." Kata-kata Daryan mendapat anggukan pantas dari Darwin. Mereka membuat high five. Daisy menggeleng perlahan.

"Hey, kamu lagi tua dari Rin tau," uja Daisy lagi. Kembar itu beza setahun dari Irene. Rambut merah mereka diserabutkan oleh Luna. Anak buah dia memang comel ke apa?

"Yelah, yelah." kata Darwin pasrah. Dia memandang bondanya meraih simpati. Namun hampa, tidak dihiraukan. Daryan abang sulung manakala Darwin adik. Kasanova berjaya di kerajaan ini akan dimenangi oleh mereka. Kita lihat nanti...

"Hey, honey." Khai menegur dengan langkah yang perlahan. Tadi dia jumpa Luke kejap. Entah apa yang diborakkan la dia tu.

"Yes, dear," sahut Luna dengan senyuman manis. Irene yang duduk di riba Luna bangun dan berlari kearah Khai.

"Hey, sweety!" Khai mengangkat Irene dan didukung. Mereka meminta izin untuk pulang dari Daisy. Sekarang mereka berada di Istana Wonderland. Istana seluruh kerajaan dimana semua dari kerajaan lain berkumpul untuk persidangan.

Luna duduk di jendela biliknya. Merenung bintang di langit gelap. Dirinya dipeluk dari belakang. Lingkaran tangan di perutnya di pegang.

"Tak nak tidur lagi?" tanya Khai lembut. Luna menoleh sedikit melihat wajah insan yang pernah buat dia marah, geram, rasa nak bunuh, macam-macam!
Luna menggeleng perlahan.

Tapi itu dulu kan? Takdir boleh diubah jika kita sendiri yang mahu berubah untuk seuatu. Jika kita tidak berubah, takdir kita akan tetap sama. Tiada yang berbeza.

"Irene dah tidur?" tanya Luna dan mendapat anggukan dari Khai.

"Risau?"

"No, lah. Awak yakin Irene dapat teruskan takdir ni?" tanya Luna sekali lagi. Rambut merah Luna diusap perlahan oleh Khai.

"She just like you, and... Nothing impossible if you believe, dear."

"Rin ada Daryan and Darwin untuk jaga dia." sambung Khai bagi menyedapkan hati Luna. Teringat pula dengan kembar itu. Sweet talker walaupun baru 6 tahun.

"Yeah...and Draggy." kata Luna perlahan.

'Dragon...'

"Dragon akan jaga dia bersama Phoenix. Saya dah masukkan kuasa Drag ke dalam loket kristal milik Irene. Kalau terjatuh kepada orang yang salah..." ayat Luna tergantung.

"Dah, jom tidur." Khai tidak mahu Luna menyambung ayatnya kerana dia tahu tentang kehebatan Naga dalam perang. Dan Irene akan diburu.

♚♚♚

Jauh dari bandar dan manusia, di dalam hutan mati. Gua bercahaya dari dalam jelas dari luar.

Asap berpusing mengelilingi periuk api yang menggelegak. Seorang wanita yang awet muda itu tersenyum di bibir merahnya.

"Dendam dan kuasa..."

Seorang lelaki yang berjubah hitam muncul dari kepulan asap yang melingkar di tubuhnya.

"Sihir dan hikmat sakti..."

Kilat menyambar di langit gelap. Kepulan asap hilang. Dia menarik senyuman.

"Welcome back, Karnos." gadis itu menyeringai. Karnos meregangkan ototnya. Baju jubah dibetulkan.

"Nice," kata Karnos sepatah. Gua itu dipenuhi gelak tawa jahat mereka.

"I'm back."

_End_

♚♚♚

Nak baca silakan. Taknak baca no more book 2.

K gurau.

-THE END-

(S1) Phoenix: The Legend Power✔Where stories live. Discover now