Bab-38: Night Prom

4.2K 289 31
                                    

Melodi muzik mula berkumandang. Lampu dewan itu dimalapkan sedikit dan tari-menari dimulakan. Luna yang berada di bahagian koridor atas melihat ke bawah dimana semua orang yang mempunyai pasangan menari mengikut rentak.

Gadis itu perlahan-lahan turun melalui tangga besar. Dewan ini mempunyai satu koridor yang berada di tengah dan tangga yang dihiasi tiang rom berada di kiri dan kanan dewan menghubungkan bahagian bawah.

Langkah terakhir di tangga itu muncul seorang lelaki yang segak memakai baju khas diraja berwarna emas dan mantel putih. Luna menguntumkan senyuman paling manis apabila dia menghulurkan tangannya kepada Luna. Luna menyambut huluran tersebut dan mereka menari di tengah-tengah dewan, di bawah lampu candelier.

"Aku tak tahu kau pandai menari," kata Luna perlahan. Cukup didengari oleh mereka berdua sahaja.

Kedua kaki mereka lincah bergerak. Luna memusingkan tubuhnya dan jejaka itu menangkap pinggangnya.

"Kau tak tanya aku," Khai merenung Luna dalam. Luna menarik senyuman.

"Salah satu syarat menjadi Putera Mahkota ialah dia perlu handal menari..." kata Khai lagi. Kini mereka menjadi tumpuan utama di dewan itu.

"Dan syarat menjadi Raja di hati kau ialah dia perlu menjadi Khai Adam." sambung Khai dan dia memberi kenyitan mata kepada Luna.

Luna melihat Khai tidak percaya.

"Gosh, sekarang kau memang banyak cakap." gumam Luna perlahan tapi dapat ditangkap oleh Khai.

"Tak bersyukur betul," kata Khai perlahan. Luna tersengih dan sempat lagi tangannya naik ke pipi Khai dan mencubitnya.

"Eee, why my Crown Prince look cute today?"

"Cause his Princess look beautiful."

Auch.

Lagu tamat begitu juga tarian. Sejurus itu Luna mengambil kesempatan untuk lari dari Khai. Dia ternampak Miya di meja dengan Redza dan menyorok di belakang Miya.

"Oi oi. Ni kenapa ni?" tanya Miya pelik apabila Luna menjadikan dirinya sebagai perlindung raksasa yang kejam lagikan zalim.

Miya melihat Khai datang kearahnya dan dia faham. Redza hanya tersengih melihat Khai dengan muka selamba badak dia.

"Cari siapa?" tanya Redza dan dia tahu siapa yang dicari jejaka itu.

"Cari bola. Ada?" kata Khai apabila dia melihat Luna yang duduk bercangkung di belakang Miya sambil menutup mata.

Hailah Luna...

"Kau dah kenapa?" bisik Ray kepada Luna. Luna menoleh ke sebelah kanannya dan kelihatan Ray duduk bersamanya disebelah.

Nasib baik tak melatah.

"Tak perlu tahu. Kau tu pula?" tanya Luna balik. Ray membuat isyarat diam kepada Luna. Dia menjenguk keluar meja. Sesungguhnya Ray berada di bawah meja dan kebetulan Miya berada disana dan Luna berada di belakang Miya.

"Korang berdua dah kenapa?"

Mereka menoleh. Luke dengan muka seriusnya dilihat. Mereka membuat isyarat diam.

Luke mengangguk dan melihat Khai kemudian tersenyum nakal.

"Bro, Kakak aku ada dekat situ." kata Luke dan melangkah kedepan dan melihat Lizz.

"Cari Ray ke? Tu kat sana." Tunjuk Luke dengan muka tidak bersalah. Lizz angguk dan dengan langkah yang besar dia ke tempat dimana Khai, Redza, Miya, Ray dan Luna berada.

"Err," Luna bangun dari duduknya dan menarik Ray keluar. "Nah, ambik." Luna menolak Ray kepada Lizz. Adalah masalah rumahtangga diorang. Hahaha!

"Seronok lari?" tanya Khai penuh lembut. Dia menyilangkan kedua tangannya ke dada.

"Hehe, janji buat lagi."

"Eh! Janji tak buat lagi."

Kini kesemua mereka berkumpul.

"Jadi...apa perancangan korang yang seterusnya?" tanya Redza sambil memegang segelas air di tangan.

"Entahlah, tunggu jela kad kahwin aku." kata Ray selamba. Mereka semua ternganga.

"Siapalah gadis yang malang tu." kata Lizz sambil menggelengkan kepalanya.

"Her name is Lizza Velrine." jawab Ray sambil mengeluarkan sebuah kotak dari poketnya.

"And she's my girl."

Lizz terdiam. Entah kenapa Ray pada harini kelihatan matang dan tampan bagi dia sekarang.

"Wow, just wow." Miya tersenyum lebar. Perangai selamba Ray ni bukan boleh dibuat main. Silap haribulan kau yang kena. Mati.

Luna berharap hari ini menjadi sejarah untuk generasi akan datang. Di bawah gugusan bintang dan memori terindah tercipta.

'And you're the next.'

Gumam Luna perlahan. Cukup hanya dia yang mendengarnya.

"She's lucky," suara Phoenix menerjah.

"yeah...dia merawat dan dia juga yang memusnahkan. Harapnya dia tahu apa yang betul."

♚♚♚

To Be Continued...

[

Edited ]


(S1) Phoenix: The Legend Power✔Where stories live. Discover now