Bab-3: Querna Land

7.6K 460 18
                                    

Mata Luna terpaku pada 4 orang yang berdiri sebaris di hadapanya.

"Ha, muncul pun. Ni aku nak perkenalkan seseorang ni. Nama dia Luna Elina, manusia dari bumi tidak seperti kita. I know its weirdo to us. Dia dari bumi jadi, bahagian tu takdelah pelik sangat. Dan aku rasa Luna boleh tinggal dengan kita," kata Miya dengan panjang lebar. Sejujurnya dia ni sangat lah murai mulutnya.

"Dia ni pelik la," ujar seseorang.

'Sepatutnya aku yang cakap kau semua ni pelik.' monolog hati kecil Luna walaupun dia masih tersenyum.

"Hai semua," kata Luna janggal. Tangannya diangkat sedikit untuk menyapa.

"Wow. You have a beautiful hair. Red huh? By the way aku Rayyan Adwine. Pengawal kuasa tanah dan kau boleh panggil aku Ray," sampuk Ray sambil menilik rambut merah Luna. Luna hanya mengangguk. Luna menghalang tangan Ray dan tersengih.

"Aku lizza velrin. Orang panggil Lizz. Aku punya kuasa ialah tumbuhan," sambung gadis berambut hijau tu.

"Aku Redza Tirone. Dan kuasa aku air."

Setelah itu mata Luna terhenti pada seorang lelaki yang kelihatan dingin tu.

"Woi. Cakap ah nama kau dekat Luna ni," kata Miya sambil mencuit sedikit bahu dia

"Perlu ke?"

"Ya."

"Macam biasa lah weh. Dia tu mana nak bercakap dengan orang." Ray melipatkan tangannya ke dada.

"Haih, aku Khai Adam. Kilat? Itu kepakaran aku," kata Khai dengan selamba lalu menghirup air kopi panas yang dibancuh oleh Ray sebentar tadi.

Luna hanya tersengih macam kerang busuk. Eww, naik menyampah tengok perangai si Khai tu.

Miya ni seorang yang mudah bergaul. Senang sikit Luna nak buat kawan bual buat masa ni.

"Ermm, Miya. Boleh tak kau terangkan tentang tempat pelik ni. Aku tak faham lagi ni," ujar Luna sambil menggosok belakang tengkuknya.

"Oh. macam yang kau tahu tadi, dekat sini ada dua kawasan iaitu Wonderland dan darkland. Dekat sini iaitu Wonderland ada 3 Kerajaan terbesar iaitu Querna Land, Wertaz Land dan Tressa Land. Sekarang kita ada dekat Querna Land," terang Miya penuh terperinci.

"Querna Land ni... Dia jadi tumpuan utama sebab dia macam tunggak utama Wonderland. Kalau di Wertaz, semuanya kebanyakkan Nelayan, manakala Tressa ni banyak ada sayap," sambung Redza.

"Macam aku," kata Lizz lalu mengeluarkan sayap pari-pari di belakang. Lalu dia hilangkannya. Luna terpegun, sempat fia halang mulutnya untuk menyebut ayat 'cantik'.

"Kita ada raja. Tapi dia dah hilang."

"Raja? Hilang? Kenapa?" soal Luna.

"Sebab dulu, perang pernah berlaku antara kerajaan Darkland dengan Wonderland... Ada seorang Raja dan Permaisuri ini sangat istimewa kerana mereka dari  keturunan yang hebat dan mewarisi kuasa cahaya api abadi. Dan disebabkan itu seluruh keturunan mereka diburu kerana sifat dengki. Tapi dikatakan ada lagi yang masih hidup iaitu pasangan kembar pewaris Phoenix dan Naga, tu semua dah jadi lagenda, dan Raja menghilangkan diri dan tidak dapat dikesan."

"Ermm. Luna, kau ambik bilik yang hujung tu lah. Dekat situ kosong."

Luna angguk.

"Ermm, Luna. Aku nak tanya kau benda ni,"

"Nak tanya apa?" tanya Luna yang mula kehairanan.


♚♚♚

To Be Continued...

[Edited]

(S1) Phoenix: The Legend Power✔Where stories live. Discover now