Bab-15: Find you.

5.8K 405 10
                                    


Perlawanan diteruskan selepas rehat. Kelihatan
sudah bersedia di gelanggang menunggu pihak lawan tiba. Seseorang keluar dari pintu gerbang dan mereka berdua melangkah ke hadapan dan bertentangan mata.

"Hai. Aku Miya." Miya menundukkan kepalanya.

"Aku Rina." Rina juga menunduk.

"Baiklah! Sedia?" Miya dan Rina menganguk.

"Mula!" Miya melompat ke belakang begitu juga dengan Rina untuk mengambil langkah berjaga-jaga.

"Wind ball." Miya mengeluarkan bebola angin di kedua tapak tangan dan melontarnya ke arah Rina.

"Lighting ball." Rina mengeluarkan bebola petir dan keduanya bertembung sehingga menghasilkan satu ribut petir untuk sementara. Keadaan menjadi kabus dengan asap buat seketika dan menghilang. Kelihatan Miya masih berdiri dengan pedang angin yang baru dimunculkannya tadi dan Rina dengan tombak petirnya.

"Wah! Satu permulaan yang amat hebat buat kedua peserta!" Suara pengacara kedengaran.

"Petir huh?" Miya bersuara.

"Nice." Miya mula menyerang dengan pedang anginnya. Rina menahan dengan tombak petir. Keduanya berlaga sehingga kedua mereka mengundur kebelakang. Rina menarik tombaknya dengan kedua tangan sehingga menjadi dua.

Zasss!

Rina menyerang belakang Miya dengan pantas. Miya sempat berpusing kebelakang dan menepisnya dengan pedangnya.

Sringg!

Rina memgundur kebelakang dan menyerang Miya dengan berpuluh-puluh bola petir.

"Tornado wind!" Miya membuat ribut angin. Bola petir itu bertembung dengan ribut angin sehingga menjadi ribut petir.
Dalam Rina kelekaan menahan bebola petirnya, Miya mengambil peluang untuk menyerang Rina.

"Mungkin dengan kuasa kau, kau lagi pantas dari aku. Tapi satu kali kau leka, kau kalah." Miya berkata perlahan selepas dirinya berada dibelakang Rina dan menghalakan pedang anginnya di leher Rina.

"Dan pemenangnya Miya Ariyana!" Penonton bersorak. Miya melepaskan keluhan lega.

"Tahniah. Kau hebat. Aku masih tidak dapat kalahkan kau lagi nampaknya." Rina menghulur tangan untuk bersalam.

"Kau juga hebat. Aku hampir nak mengaku kalah tadi." Miya senyum dan menghulurkan tangan. Mereka berjabat tangan seketika.

"Wah!! Hebat gila kau lawan!" Luna berkata teruja.

"Biasa jelah." Miya mengambil tempat duduk dan Lizz merawatnya. Ada la sikit lebam kena petir tu..

"Auch." Miya berkerut dahi.

"Kenapa? Sakit sangat ke?" Redza berkata risau.

"Taklah. Pedih sikit." Miya senyum sambil berkerut menahan sakit. Redza mengangguk.

"Perlawanan seterusnya akan bermula."

"Aku pergi dulu." Khai bangun.

"Buat yang terbaik!" Luna membuat thumbs up.

"Hmm."

♚♚♚

"Sedia? Mula!" Khai memunculkan pedang petir dan masih berdiri statik. Cuba teka siapa lawan dia. Klu dia ialah persamaan mereka yang hanya diketahui oleh orang asing tetapi tidak bagi orang yang rapat ialah keduanya senyap, pendiam, dingin. Baguslah.. tak payah aku buat dialog banyak banyak. Senang sikit kerja.

Khai bergerak kebelakang lawannya dan menyerang. Si lawan menepisnya dari belakang.

"Tak sangka kau lawan aku." Khai berkata sinis.

(S1) Phoenix: The Legend Power✔Where stories live. Discover now