Bab-7: Missing you

6.7K 441 24
                                    


"Korang! Cepatlah nanti kita lambat!" jerit lizz dari luar.

"Kau ni... Sabarlah sikit," kata Ray yang muncul disebelah.

"Hek eleh..."

"Dah berhenti bergaduh. Nanti ada yang betul betul lewat baru tahu." Redza menggeleng kepalanya. Khai pula mengeluh. Manakala Luna hanya tersenyum dan ketawa apabila Miya melihatnya.

♚♚♚

Di Academy mereka tiba di kelas dan duduk di tempat masing-masing. Di kelas luna asyik memerhati seseorang yang berhoodie di penjuru kelas. Lamunannya terhenti sebaik sahaja prof. Ordey memasuki kelas.

"Seperti yang kamu sedia maklum. Academy kita akan mengadakan battle pada setiap tahun. Jadi saya ingin melihat kesungguhan kamu dalam meningkatkan prestasi kamu untuk battle pada tahun ini." Kata prof. Ordey dengan serius.

Prof. Ordey melihat satu persatu wajah anak muridnya sebelum pandangannya terhenti pada Luna.

"Baiklah. Ini sahaja yang ingin saya katakan. Saya ada kerja perlu dibuat. Kamu semua jangan bising. Luna saya ingin berjumpa dengan kamu di pejabat selepas kelas," katanya sebelum bergerak keluar ke kelas. Keadaan kelas itu menjadi riuh selepas itu.

"Weh. Habislah budak baru tu."

"Kenapa prof nak jumpa dia?"

"Ayokk... kena panggil."

Terdengarlah beberapa suara sumbang di dalam kelas.

"Woi! Korang diam boleh tak?!" Khai berang dan mula mengeluarkan sedikit petir ditangannya.

"Ish. Tak payah lah jerit macamtu. Kalau aku jauh ni takpe lah jugak. Boleh pekak telinga aku," rungut Luna di sebelahnya sambil menggosok telinga kanannya.

Luna diam selepas Khai menjelingnya. Berani betul kau.

"Hmm. Dahla tu.weh luna, kenapa prof nak jumpa kau ni?" Tanya Miya yang berada didepannya.

"Manalah aku tahu."

"Ermm. Kalau begitu kami ikut kau lah," cadang Redza.

"Prof nak jumpa aku seorang je. Aku boleh pergi seorang."

"Betul ni?" tanya Ray untuk kepastian.

"Yup."

♚♚♚

Di pejabat, luna memasuki bilik itu perlahan lahan dengan kepala ditoleh kiri kanan. Manalah tahu ada yang tak puas hati ke nak letak perangkap samar kat sini.

"Dia sudah sampai. Masuk sahaja tidak perlu takut," kata prof.Ordey.

Luna masuk dan melihat beberapa orang yang duduk bersama prof. Ordey.

Eh, ada orang lain?

Luna melihat seseorang yang memakai hoodie hitam itu turut ada disitu duduk menunduk.

"Prof? Kenapa dia ada disini?" tanya luna tidak mengerti. Setahu dia, mungkin lelaki itu turut buat salah yang dia sendiri tidak tahu. Mungkin je la. Jangan percaya.

"Ini lah sebabnya kamu dipanggil."

"Haaa?" Luna menggaru kepalanya.

"Haih. Kamu boleh buka hoodie kamu itu luke," kata prof.Andrew setelah melihat lelaki berhoodie itu masih diam.

Lelaki itu perlahan lahan membukanya dah terserlah lah rambut merah berkilaunya dan mata kuningnya selepas dia mengangkat kepalanya untuk melihat reaksi Luna.

Luna tergamam. Masih ada seorang yang berambut merah sepertinya. Maknanya dia tidak peliklah kan?

Mata oren luna bertemu dengan mata kuning luke.

"Elin..." gumam Luke perlahan. Dengan pantas luke bangun dah memeluk Luna sambil menangis.luna tergamam. Tapi pada masa yang sama dia membalas pelukan lelaki itu malah menepuk belakang ya persis dodoikan bayi unutk hentikannya dari menangis.

"Eh, kenapa ni? Apa yang berlaku?" tanya luna selepas pelukan dileraikan.

"Elin, ni aku lah. Elan..." ujar Luke perlahan.

Seperti di dalam mimpi tersebut.

"Maafkan aku. Rasanya kau salah orang." Luna cuba menukar topik.

"Itulah adik kembar kamu."

Mata Luna membulat mendengar prof. Andrew berkata sedemikian. Jadi... Mimpi itu memang betul?

"Jadi... Kau adik aku?" Mata luna mula berair. Tidak sangka dia masih ada keluarga. Malah dia itu merupakan kembarnya yang lama berpisah.

Luna melihat muka luke. Memang ada persamaan antara mereka dari segi rambut hingga ke muka. Yang bezanya warna mata.Luna oren manakala luke kuning.

"My name Luke Elane. Nice to meet you again twins."

"My name Luna Elina. Nice to meet you too twins."

Mereka tersenyum bahagia. Tidak sangka mereka Dapat bertemu semula.

"Auch! So sweet!" jerit suara merdu yang sama di dalam mimpi luna.

"Diam lah kau. Dari tadi asyik bingitkan suasana damai aku!" Suara yang garau muncul

"Why? Abaikan sahaja aku ni,"

"Sudahlah. Aku mahu tidur."

"Jumpa lagi our heir."



"I miss you sis."

♚♚♚

To Be Continued...

[Edited]









(S1) Phoenix: The Legend Power✔Where stories live. Discover now