Bab-25:Lucons II

5.1K 324 8
                                    

Di Academy satu letupan berlaku. Sekeliling Academy mula berkabus tebal. Orang ramai berlari bertempiaran.

"Apa yang berlaku ni?" Tanya Miss Ria sambil berlari ke tempat kejadian bersama Prof. Ordey dan Prof. Andrew.

"Dia dah mulakan serangan pertama. Petanda tibanya perang." Luna berdecit. Kau memang cari nahas Karnos...

"Prof. Jaga kawasan ni. Saya selesaikan." Kata Luna sebelum teleport ke bawah.

"Luna!" Jerit Miya dan Lizz serentak. "Khai buat sesuatu!"

"She knows what she doing. Dont worry." Khai beriak tenang. "Aku percayakan Luna."

"Dehek." Ray melihat Khai kemudian Redza.

"Kau takkan biar dia menghilangkan diri macam dulu kan." Redza menarik senyuman. Khai tersenyum nipis.

"Dia dah jumpa dirinya yang sebenar. Jom tolong orang lain." Khai mengeluarkan pedangnya dan meninggalkan Miya, Lizz, Ray dan Redza yang terpinga pinga.

"Dia dah berubah nampaknya." Kata Miya sebelum dia mengeluarkan tongkat anginnya.

"Khai yang dulu dah kembali." Lizz mengeluarkan cemeti akar berduri dan mengikuti Miya yang sudah meninggalkan mereka dibelakang. Maka tinggallah Redza Dan Ray.

"Kau nak ikut?" Tanya Ray. Redza berpaling dan tersenyum sinis.

"Kalau ya kenapa? Jom." Redza mengeluarkan pedang ais dan berlari meninggalkan Ray.

Ray terkaku. "Er..tunggulah woi!" Jerit Ray sebelum berlari mengikuti Redza. "Ish."

♚♚♚

Di tempat Luna berada pula masih berasap serta bangunan yang sudah roboh.

"Siapa kau." Perlahan-lahan Luna muncul dari asap tebal itu.

"Aku? Siapa aku?" Asap mula menghilang menampakkan demons berukuran satu bangunan tiga tingkat. Logik ke?

"Aku..Lucons."

Ingat lagi tak Lucons? Sila rujuk Bab 16. Ok sambung pada cerita.

"Ceh. Hidup lagi kau."

"Kau ingat serangan kau haritu mampu tewaskan aku? HAHAHA mustahil." Lucons menampakkan dirinya yang hodoh itu.

Flashback.

Selepas Luna menghilangkan diri bersama Lucons, mereka tiba di suatu tempat terasing. Jauh dari academy.

"Ada kata terakhir?" Tanya Lucons sambil memegang leher Luna dan diapungkan keudara.

"Kau tak guna bodoh!" Suara Luna tersekat akibat dari cengkaman di lehernya.

"HAHA mengalah jelah." Lucons membuat bebola hitam.

"Ergh!" Luna cuba melepaskan diri.

'Luna. Guna kuasa cahaya kamu. Kau mampu.'

Pheonix...

"Rasakan!" Luna membuat satu gelombang cahaya yang kuat. Pokok di sekeliling semua menunduk ke tanah akibat dari gelombang cahaya itu.

Demons bernama Lucons itu hilang. Luna jatuh dari udara dan terduduk di air sungai cetek.

Dia keletihan. Tenanga nya hilang kerana penggunaan kuasa cahaya. Akhirnya Luna pengsan. Tetapi satu tangan kecil menariknya ke daratan.

"Kak...hidup lagi ke ni?" Ryan menggunakan jari telunjuknya dan mencucuk pipi Luna.

"Aku nak buat apa?" Ryan menggaru kepalanya dengan tangan kecilnya. Akhirnya satu portal dibuat.

"Bawak ke istana jelah."

End Flashback.

"Kau!" Luna membuat anak panah cahaya. Ditarik busurnya itu.

"Kau lupa sesuatu my Princess..aku juga sebahagian dari cahaya." Lucons berkata sinis. Pergerakkan Luna terhenti. Dia baru teringatkan sesuatu.

Lucons si demons yang disumpah. Sebelum hidupnya menjadi demons, dia merupakan salah satu dari penjaga kuasa cahaya. Tapi kerana ketamakkan kuasa, dia khianat. Akhirnya dia menjadi demons.

"Ergh kenapa aku lupa perkara ni?" Luna menghilangkan busur cahayanya.

Lucons menyeringai melihat Luna.

Tanpa disedari satu serangan dilepaskan kepada Lucons. Luna membulatkan matanya.

"Ryan! Apa kamu buat disini!?" Ryan yang berada di bumbung menoleh kearah Luna.

"Untuk selesaikan demons tu." Ryan membuat bebola cahaya yang dicampur dengan bebola hitam. Kombinasi dua kuasa. Hanya Ryan yang mampu buat.

"Mati." Ryan melompat kearah demons itu dan melontarnya. Lucons yang terkejut dengan serangan mengejut itu berpaling ke belakang.

"Arghhhh!" Gelombang kuat yang membuat angin kuat muncul. Luna menutup mukanya dengan lengan. Rambut merahnya beralun. Perlahan-lahan Lucons musnah. Buat selama-lamanya.

Ryan seorang kanak-kanak istimewa. Mampu menguasai dua kuasa terhebat. Cahaya dan kegelapan.

"Fuh. Selesai akhirnya." Kata Ray diikuti yang lain. Mereka baru selamatkan orang tercedera.

"Tengok sana..Ryan." Miya menunjukkan jarinya kearah suatu sudut. Mereka melihat. Kelihatan Luna bersama budak kecil. Ryan.

"Ryan datang dengan siapa?" Tanya Luna.

Ryan menoleh ke belakang. Seorang lelaki berhoodie muncul dari asal tebal.

"Hai." Hoodie ditarik kebelakang. Rambut merahnya dibetulkan.

Luna membuat muka.

"Seriuslah?"

♚♚♚

T

o Be Continued...

[Edited]


Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.







(S1) Phoenix: The Legend Power✔Where stories live. Discover now