Bab-5: Dream

6.9K 437 41
                                    

Kelas tamat.

Kelihatan semua pelajar berpusu- pusu keluar dari kelas.

"Luna, kau nak pergi makan tak? Aku dengan yang lain dah nak pergi ni." Lizz berkata sambil menepuk bajunya untuk menghilangkan habuk.

"Aku ikut korang lah... perut aku ni pun dah buat konsert dah ni. Hehehe," jawab luna sambil menayangkan sengihan tidak bersalah.

Kadang kala Luna pelik kenapa dia direnung oleh semua orang disini. Dari tadi lagi. Adakah dia tak diundang di dunia ini?

"Aku nak joget." Ray mara ke hadapan.

"Eh kau duduk diam boleh tak?" jeling Lizz disebelah.

"Oh gosh, you're not my mommy." gumam Ray.

"Lapar ni. Jangan sampai aku telan kau," ugut Lizz bercampur amaran.

"Eleh kau. Makan je tahu," sampuk Ray.

"Tak. Masalahnya sekarang ni kau suka sangat cari pasal kenapa?" kata Lizz geram.

"Suka hati akulah," kata Ray sambil berjalan ke depan dengan tangan kanan yang dimasukkan ke dalam poket. Jelas bergaya.

"Weh Redza belanja harini!"

Redza yang diam dari tadi membulatkan mata.

"Woii! Apasal aku!" kata Redza geram. tak puas hati siot. tiba tiba petik nama aku tu pahal? dah puas hidup?

"Dah kau diam je dari tadi. Tu kira denda dari aku lah," kata Ray sambil ketawa mengekek. Babun punya budak. Habis duit aku harini.

"Diam." Khai mengeluh perlahan.

Luna hanya melihat drama kawan barunya itu.

Sedang menikmati makanan, ada langau menghampiri mereka.

"Hey you guys... I nak join boleh?" tanya salah seorang langau itu dengan gaya sotongnya kepada khai. Leader mungkin.

"Tak boleh." laju Lizz menjawab.

"Hey aku tak tanya kau lah!" jerit langau itu.

"Kisah apa aku, Olive oii," kata Lizz sambil mengunyah roti coklatnya. Leader si langau tu Olive

"Redza... Tengok perempuan ni buat apa dekat kawan I," rengek salah seorang rakannya dia dekat Redza. Rosy namanya. Nama tu dah cantik. Tetapi perangai tu boleh ke loji.

Redza mengangkat mukanya melihat Lizz sekilas.

"Hmm aku dah tengok. Jaduapa masalahnya?" tanya Redza perlahan sebelum menyambung makan. Malas mahu melayan.

Luna yang melihat adegan itu terlepas ketawa kecil. Pantas olive meluru ke arah luna.

"Siapa dia ni?" tanya Olive yang melihat Luna dengan pandangan jengkel dan hina.

"Gadis comel yang tersesat masuk dalam alam ghaib dan terjumpa orang perasan diri dia tu bagus. Aku rasa aku salah masuk alam ni," ujar Luna mendatar.

Mendengarkan itu Olive pantas cuba untuk menampar luna tapi pantas ditahan oleh khai dengan muka bekunya.

"Baik. Kau. Berambus." kata khai mendatar sebelum melepaskan pergelangan tangan perempuan itu.

"Ish! Kau... Aku belum habis lagi dengan kau," kata Olive geram sebelum berlalu pergi dengan geng langau nya.

"Abaikan aje mereka itu. Kurang kasih sayang namanya tu,ll" kata redza mendatar.

"Dahlah jom balik. Hilang mood aku dibuatnya," kata Lizz sebelum bangun dari kerusi diikuti yang lain.

♚♚♚

"Akhirnya... Rumahku, Syurgaku," kata Lizz sebelum duduk di sofa diikuti dengan yang lain. Ray hanya tersengih sambil memikirkan idea untuk menyakat Lizz.

"Aku rasa pening..." gumam Luna perlahan.

"Kau okey ke? Ada cedera ke tadi tu?" tanya Miya prihatin.

"Aku okey," ujar Luna dalam keadaan tersenyum lemah.

"Kau pergi la tidur."

Luna menurut lalu bangun menaiki tangga tapi terjatuh. Nasib baik Khai cepat sambut memandangkan dia yang paling dekat dengan kawasan itu. Luna jatuh dalam dakapan Khai sebelum pengsan.

'Haishh... pengsan lah pula.'

Semua yang lain dah gelabah teruk.

"Weh, angkat dia naik," arah Lizz pantas.

Khai mengangguk.

Terus direbahkan gadis itu di atas katil.

Khai menyelimutkan luna ke paras pinggang sebelum beredar ke biliknya

Luna POV

Aku cuba membuka mataku apabila ada cahaya terang memancar ke arahku.

Aku lihat sekeliling.

Putih?

Adakah aku sudah mati? Kerana pengsan? Eh?

Aku pengsan!

"Tempat apa ni?" soalku pada diri sendiri.

Aku melangkah perlahan ke hadapan.p

"Bangkitkan kuasamu." Suara itu bergema. Suara yang sama seperti di bumi.

"Siapa!" Aku cuba menyoal siapa gerangannya itu.

"Carilah si 'dia'."

"Apa yang kau maksudkan?" soal aku sekali lagi. Walaupun aku tahu soalan aku tidak akan terbalas.

"Bangkitlah sang lagenda."

Lagenda...

Luna tersentak.


♚♚♚

To Be Continued...

[Edited]

(S1) Phoenix: The Legend Power✔Where stories live. Discover now