Bab-23: Waiting For You

5.5K 332 1
                                    

Di suatu tempat yang sangat indah dan luas kelihatan seorang wanita yang berjalan di sepanjang lorong yang dihiasi bunga yang indah. Tempat itu mula berangin tanda ada sesuatu yang terbang datang menghampiri wanita itu. Dia tersenyum melihat si gerangan.

"Apa khabar kamu Lily." Wanita itu memetik salah satu daripada bunga yang ada di depannya. Dia berpaling ke arah empunya badan. Seekor Phoenix.

"Patik sihat sahaja. Tidak usah risaukan patik wahai Permaisuri." Kata sang Phoenix yang diberi nama Lily. Badannya yang dikelilingi api yang tidak panas itu bercahaya. Sayapnya dilebarkan. Sang Phoenix yang berupa burung itu mula bertukar rupa.

Phoenix itu menjadi seorang gadis yang anggun. Rambut merah yang berjalur kuning itu mempunyai mahkota bunga di kepala. Cukup cantik untuk seorang gadis yang normal.

"Sudah lama kamu tidak menukar rupa kamu ke bentuk ini." Wanita itu atau permaisuri tadi tersenyum. Phoenix tadi itu tersengih.

"Sekali sekala. Hehe."

"Oh ya. Bagaimana dengan anakanda beta di bawah jagaanmu? Adakah dia baik sahaja?" Tanya si permaisuri. Riak wajahnya tertanya-tanya.

"Luna baik sahaja. Cuma tulah..keras kepala dan degil." Phoenix meluahkan isi hatinya. Padan muka! Aku nak mengadu dengan bonda kau!

"Tapi Permaisuri Alana usah khuatir. Kerana dia sudah mampu mengendalikan kuasanya." Tambah Phoenix dengan wajah yang tersenyum.

"Memang beta percayakan anakanda beta. Dia kuat. Beta yakin mereka berdua boleh tempuhi semua ini." Permaisuri Alana senyum tawar. Rindu pada anak kembarnya sangat tidak terkira. Apakan daya dia harus menyerahkan semua tugas ini kepada mereka. Kepada Luna.

"Ya. Luna kuat dan mudah belajar. Cuma dia masih tidak boleh kawal Drag. Itu masalahnya. Dua-dua keras kepala dan degil."

"Ada sahaja kamu ni Lily." Permaisuri Alana tersenyum dengan karenah guardian lagenda itu. Ni tak tambah lagi dengan seekor lagi si lagenda. Mahu tercetus perang persahabatan.

Permaisuri Alana senyap seketika. Termenung melihat keindahan di depan mata. Phoenix yang turut senyap itu bersuara lagi.

"Tuanku..jangan lah terlalu fikirkan semua ini. Kesihatan tuanku juga perlu dijaga. Lagipun semua ini sudah diramalkan dan tidak boleh diubah. Hanya Luna yang mampu mengubah takdir ini." Kata Phoenix. Dia berjalan mendekati Permaisurinya yang tersayang.

"Baiklah jika kamu berkata sebegitu, Lily. Beta juga hanya mampu menyokong dari jauh."

"Kan Bagus macam ni. Baiklah. Patik mahu pulang dahulu. Luna perlukan bantuan patik. Perang akan tercetus." Phoenix mengundurkan diri.

"Yelah."

Phoenix itu mendepakan tangannya dan tubuhnya mula terapung. Cahaya mula berpusing mengelilingi tubuhnya. Dia kembali menjadi seekor burung lagenda yang berapi abadi.
Sayap dikibaskan dan terbang ke langit. Api yang ada di tubuhnya bergerak mengikut angin.

"Haih..bagaimana keadaan kamu disana. Bonda rindu kamu berdua. Ayahanda juga rindu kamu. Bila semua ini akan berakhir." Permaisuri itu duduk di bangku dan meneliti bunga yang dipetik tadi.

Satu tangan memegang bahunya.

"Dinda jangan bersedih. Mereka mampu hadapi semuanya."

Permaisuri Alana tersenyum dan menggengam tangan itu.

"Sudah..kita pulang ke istana dulu ya kanda." Permaisri Alana bangun dan berjalan mengiringi suaminya.

Meninggalkan tempat yang hampir ditenggelami matahari yang menyinar. Kabus-kabus awan mula memenuhi tempat itu. Bunga-bunga mula tertutup. Sangat inda tempat yang didiami ini. Namun ianya bagaikan penjara. Tidak boleh ke dunia luar. Hanya mampu menunggu sang lagenda membuka kunci.

Luna Elina.

'Its hard to believe. But nothing impossible if you believe. Thats my word.'


♚♚♚

To Be Continued...

[Edited]









(S1) Phoenix: The Legend Power✔Where stories live. Discover now