Bab-14: The Battle

6.1K 412 8
                                    


Academy kelihatan para pelajar sibuk berlatih untuk menghadapi battle. Ada yang meminta bantuan guru, ada juga yang berlatih secara individu. Battle ini diadakan setiap tahun untuk mencari yang terbaik dan untuk menentukan gred yang mereka perolehi dari battle. Setiap gred mempunyai pakaian seragam yang berlainan. Semestinya kesemua pelajar inginkan gred yang terbaik bukan? Luna tidak memakai baju seragam lagi dan hanya memakai baju seragam academy biasa. Jadi perlulah dia sertai battle ini.

"Warghh... penatnya." luna menggeliat bebas.

"Biasalah itu. Kesemua pelajar pada tahun ini berusaha dengan gigih sekali aku tengok." Kata Redza sambil meliarkan mata ke sekeliling.

"Haah kan. Aku harap kita kekal tahun ni." Kata Lizz.

"Jadi. Kau orang biasanya gred berapa?" Tanya luna. Lupa nak menanyakan tentang hal ini.

"Oh. Kita orang dapat kekalkan gred pertama secara berturut turut." Kata Miya.

"wah. Hebatlah kau orang." Kata luna teruja. Tergugat sedikit kerana untuk mendapatkan gred pertama di battle bukan mudah. Dan mereka yup!

"Hehe. Biasa jelah. Aku nak kau pun dapatkan gred sama macam kita orang juga tau." Kata Redza. Khai? Dia mana nak bercakap.

"Hmm. Aku cuba." Luna tersenyum nipis. 'Aku takut. Aku takut kehilangan.' Luna merasa tidak sedap hati tentang hari battle nanti. Seperti sesuatu akan berlaku. Jantungnya berdegup kencang mengingat hal itu.

♚♚♚

Suasana di stadium riuh dengan sorakan pelajar yang berada di kerusi penonton. Hari yang dinantikan oleh semua pelajar academy. The Battle.

"Baiklah! Hari yang dinantikan oleh anda sudah tiba. Sudah bersediakah anda?" Suara pengacara kedengaran. Sorakan yang riuh dan kuat dari peserta kemudian kedengaran.

"Aku takutlah." Kata luna yang duduk di kerusi penonton. Disebelahnya ada Miya diikuti Lizz, Redza, Ray dan Khai. Luna menggosok kedua telapak tangannya untuk mengeluarkan haba.

"Jangan risaulah. Aku tengok kau hebat je guna pedang. Kau tepis je. " kata Ray cuba menguatkan semangat.

"Dah latu. Ni sekarang giliran aku ni. Kau tengok baik-baik aku kalahkan budak sombong tu." Kata Lizz dengan jelingan tajam terhadap peserta yang akan dilawannya nanti.

"Aku pergi dulu!" Lizz berlari ke tempat persediaan.

"Heh. Kau tengok je macam mana Lizz buat. Dia memang anti gile dengan budak sombong tu." Kata Redza. Mata difokuskan kearah gelanggang. Kelihatan Lizz dan lawannya sudah bersedia.

"Aku akan kalahkan kau tahun ni."

"Kau jangan nak berlagaklah Wanda. Aku harap kau akan tahu langit tu tinggi atau rendah." Lizz mengeluarkan akar kayu panjang di tangan kanannya.

"Kau!" Wanda mengeluarkan bebola air lalu menyerang Lizz pantas. Lizz menepis dengan cemeti akar kayunya dan terus menyerang Wanda. Kemudian Lizz melilit Wanda menggunakan akar daun.

"Erghh!" Wanda cuba melepaskan dirinya dengan belati airnya.

"Ice blast!" Wanda membekukan lantai dan meluncur laju kearah Lizz dengan bebola air di sisinya.

"Broke it!" Lizz menghancurkan lantai beku itu menggunakan cemeti kayunya dengan libasan yang kuat lalu melibasnya kearah Wanda yang menuju kearahnya.

"Thorn!" Lizz melilit Wanda menggunakan akar berduri sehingga Wanda tidak boleh melepaskan dirinya dengan duri yang tajam itu. Tenaga Wanda akhirnya lemah dan Lizz menang.

"Pemenangnya Lizza Velrine!!" Penonton bersorak kuat. Lizz mengangkat tangan kanannya keatas dan melambai.

"Wah. Hebatnya kau Lizz!" Luna teruja.

"Tu sikit je aku bagi. Kalau tak teruk lagi aku kerjakan budak tu. Berlagak!" Kata Lizz yang mengambil tempat duduk. Lizz tidak cedera teruk kerana dia mempunyai kuasa sampingan iaitu healer. Jadi rawat jelah diri sendiri. Kan?

"Ada-ada jelah." Luna menggeleng perlahan.

"Ah! Giliran aku!" Ray berlari ke gelanggang.

"Lupa lagilah tu." Redza tersengih. Memang Ray setiap kali akan lupa gilirannya.

Ray berdiri di hujung gelanggang manakala lawannya berada di hujung satu lagi. Bersedia.

"Kau lagi?" Kata Ray menyampah..

"Macam takde budak lain nak bagi aku lawan. Budak Harry potter ni kau bagi aku?" Gumam Ray perlahan. Dia mana pernah serius. Ingat tak?

"Sumpah aku menyampah gila dengan dia." Ray bercekak pinggang.

"Kau cakap apa lagi ha!" Marah Harry.

"Eh! Bila masa aku cakap dengan kau?" Kata Ray pelik. Dahinya berkerut.

"Ah! Lawanlah cepat! Kau tunggu apa lagi?!" Kata si Harry lalu berlari kearah Ray dengan shuriken angin di tangan.

"Eh eh budak ni. Tak tahu sabar betul. Aku baru nak ajak bual." Ray mengeluh dan memunculkan golum tanah di kedua tangannya. Ray menahan pedang dari Harry menggunakan golum tanah yang berada di kedua tanngannya dan menolaknya.

Ray menumbuk lantai tanah lalu keluarlah satu lapisan tanah yang tinggi. Alaaa yang macam boboiboy tuuu. Harry yang ingin menyerang terhantuk di dinding tanah yang mucul secara tiba-tiba itu.

"Aduh! Tak guna kau!" Harry mengeluarkan puting beliung dan ianya bergerak secara rawak dan menghancurkan tanah itu.
Mata Ray membulat dan menumbuk lagi tanah untuk mengeluarkan satu lagi dan lagi.

"Weh. Kejap. Aku penat lah." Ray bercekak pinggang dan mengeluh. Luna yang menonton menepuk dahi.

"Kau jangan nam main main dekat sini budak!" Harry melontar bebola angin ke arah Ray. Ray menepis dengan pedang tanah yang baru dimunculkannya.

"Kau panggil aku apa! Budak!" Ray bertukar karater. Baru nak serius? Pantang orang panggil dia budak. Hey! Aku yang hensem ni kau panggil budak?

Ray menumbuk perut Harry lalu mencengkamnya dengan tanah disekeliling. Harry bergelut cuba melepaskan diri.

"Pemenangnya Rayyan Adwine!!"

Ray mengangkat kedua belah tangannya ke atas dan melambai ke arah penonton.

"Hmm. Macam biasa serius di saat akhir." Lizz berkata sinis.

"Eh. Sekurangnya aku menang juga kan?" Ray menjeling lalu mengambil tempat duduk dan Lizz merawatnya dengan kuasa healer. Tak banyak sangat luka.Walaupun selalu bergaduh mereka tetap mengambil berat antara satu sama lain. Terharu bukan? Auchh.

"Peserta seterusnya sila bersedia." Pengacara bersuara.

"Giliran aku. Kau tengok baik baik eh cara orang handal berlawan." Miya tersengih. Yang lain dah buat muka macam 'perasan nye kau ni'

Perlawanan berehat seketika. Dan akan disambung selepas rehat.

"Dia akan tiba luna!!!" Suara Phoenix kedengaran di minda Luna.
"Dia mahukan aku." luna mengeluh perlahan. 'Aku dah Agak kau datang hari ini.'

"Aku tunggu kau Lucons tak guna."

♚♚♚

To Be Continued...

Sihat?

[Edited]
























(S1) Phoenix: The Legend Power✔Where stories live. Discover now