Bab-36: Blushing Khai!

4.6K 289 12
                                    


1)Just a bergula scene.

♚♚♚

Luna sekarang berada di kawasan halaman belakang istana. Dia menyeru Phoenix untung datang. Luke yang berjalan di sekitar istana itu berhenti.
Jejaka itu memeluk tubuh melihat kakak kembarnya dari jauh. Terbit satu senyuman di bibir merahnya.

"Where're you want to go, sis."

Luna menoleh kebelakang. Baru sahaja dia mahu menaiki Phoenix dah ada suara lain kacau.

"Hanya mahu meninjau kawasan." Luna menggelus lembut kepala Phoenix. Luke datang dekat.

"Are you sure? Bukan nak have a date with prince charming?" Luke ketawa mengejek. Luna merenung Luke tajam.

Kenapalah aku ada kembar macam ni?

"Well, salah ke aku nak date dengan dia pun?" luna membuat muka tidak bersalah. "Aku pergi dulu," kenyitan mata diberi kepada Luke.

"Apa-apa lah." Luke masuk kembali kedalam Istana. Mahu luangkan masa yang akan dibazirkan sekejap lagi.

Sedang Luna meninjau perkampungan dari atas bersama Phoenix, ada juga rakyat yang melambai kearahnya lagi-lagi anak kecil yang bermain di sana.

Semua seperti sedia kala. Kehancuran di   seluruh Wonderland ini mungkin banyak tetapi berkat kerjasama mereka dapat baikinya dengan cepat.

Puteri Phoenix itu tak perlu lagi berselindung dari orang lain. Dia mendarat di kawasan lapang.

"Lily, kau pergi dulu ya." Phoenix itu menghilangkan diri. Pedang besi yang diukir corak Phoenix kemas tersisip di pinggangnya. Kata Bonda dan Ayahnda, pedang ni diwarisi dari turun temurun. Dan nanti giliran 'dia' pula akan menggunakannya.

Luna berjalan di sekitar perkampungan itu. Rambut merahnya elok ditocang satu dan mata orennya meliar memerhati.

"Hey Lizz!"

Lizz yang sedang merawat hutan-hutan bersama healer yang lain melambai. Betul apa... Pokok perlu dirawat bukan?

"Luna! Lama tak nampak kau," Lizz menghentikan kerjanya.

"Alah, aku sibuk la. Mana yang lain?" Jujur Luna sibuk dengan persiapan istana untuk acara besar-besaran. Boleh teka?

"Miya tengah kawal peredaran angin dengan Redza sana, entahla dia tu nak teman Miya. Ray pulak tengah bantu penduduk lain baiki rumah yang rosak." Luna mengangguk faham dengan keterangan Lizz.

Khai?

Luna menyambung perjalanannya selepas meminta diri dari Lizz.

Sedang dia tenang berjalan, bahunya terhinjut selepas dicuit dari belakang. Terkejut gila!

"Engkau rupanya!" kata Luna sedikit kuat. Si gerangan tadi menutup mulut Luna selepas mereka menjadi tumpuan ramai. Luna cuba melepaskan diri.

"Shh! Diam la." katanya dengan keadaan berbisik. Mana taknya, pakai hoodie lepastu dengan sarung tangan pula tu. Tak cukup lagi pergi pakai mask tutup muka.

Macam penyangak!

"Err, kau demam ke Khai Adam?" Luna berhati-hati. Dia merapatkan tapak tangannya ke dahi jejaka itu. "Sihat lagi."

Khai merenung Luna tajam. "Eh sorry. Jangan tenung aku macam tu." Luna tersengih.

"Kau tahu kan aku tak boleh keluar istana sehingga acara tu berlangsung?" khai dan Luna berjalan perlahan. Luna pula yang malu!

"Err, tahu." Luna mengangguk perlahan.

"Kenapa la kau ni lembab sangat," kata Khai perlahan. Dia menggelengkan kepalanya. "Hey Luna Elina. Aku nak jumpa kau la."

"ouh cakap la macam tu." Luna memuncungkan bibirnya. Sengihan nakal terbit dari wajahnya. "Kau rindu aku eh?"

Luna berhenti dari berjalan membuat Khai turut berhenti. Gadis itu melompat kecil dan terus berada di hadapan Khai. Disebabkan faktor ketinggian, Luna perlu mendongak. Khai mengerutkan dahinya

"Hmm?" Khai mengangkat kening kanannya. Melihat wajah Luna yang berkerut-kerut merenung wajah tampannya.

Khai malu!

"Ah jomlah!" Luna menarik tangan Khai dan berjlan dengan laju. Disebabkan Luna pendek cukup membuat pergerakan Khai menjadi senget sedikit. Haha!

"Kau dah kenapa?" tanya Khai pelik. Ada juga ketawa kecil di hujung ayat.

"Takde apa pun. Saja." Kata Luna selamba.

Jujur, Luna yang sekarang boleh buat khai meremang!

Bunyi baju besi yang semakin dekat itu membuat Khai berhenti seketika.
Dia menarik Luna ke belakang dinding.

Pengawal Istana Querna itu melintasi mereka. Khai menghembuskan nafas lega. Dia menundukkan kepalanya melihat Luna.

Luna mendongak dan terpaku.

Mereka sangat dekat.

Masa bagaikan berhenti seketika. Tidak lama itu Luna ketawa janggal. "Hahahaha."

Khai batuk.

"Haa aku rasa kau kena balik," kata Luna lalu menepuk bahu Khai.

"Kau pun. Hati-hati."

Mereka bergerak di laluan berasingan.

Wajah masing-masing merah!

I'm sorry but
Don't wanna talk, I need a moment before I go
It's nothing personal

♚♚♚

To Be Continued...

[Edited]

(S1) Phoenix: The Legend Power✔On viuen les histories. Descobreix ara