Bab-11: Latihan bermula

6.2K 418 5
                                    


"Huwarghh." Luna bangun dan menguap mata digosok. Kepala ditoleh kearah tingkap.

"Awal lagi ni. Buat sarapan lah." Luna mempersiapkan dirinya dan turun ke dapur.

"Haha. Awal aku harini." Bangga weh.

Selesai memasak, Luna menghidangkan ke atas meja.

"Waahh. Sedapnyaa." Miya datang dengan mata yang bersinar. Ada pancake, jus limau, ayam goreng untuk protein, dan pelbagai jenis makanan yang boleh dipanggil sarapan pagi.haha.

"Makanlah." Luna duduk di kerusi. Kelihatan semua dah ada. Lapar ke? Oh lupa penat berlawan semalam.
.
.
"Semua dah siap? Jom." Kata Redza sebelum memunculkan portal.

Mereka tiba ke academy dan seperti biasa ke kelas.

Seusai kelas tamat, the guardian melangkah ke arah cafe sebelum pulang ke rumah. Dalam perjalanan, mereka bertembung dengan the diva. Ingat tak? Alaa yang langau tuu...

"Wahh... ada langau lah guys kat sini." kata Lizz sambil memeluk tubuh.

"Haah kan. Kau perasan tak?" Tanya Miya kepada Redza.

"Apa?" Kata Redza. Tahu apa nak dibuat.

"Ada langau tak sedar diri kat sini." Kata Miya.

"Haah. Yelah kan. Baru aku perasan ." Sokong Redza

"Ish! Kenapa you support Minah ni? You tu kena support i la!" Kata Rosy meleret kepada Redza

"Suka hati aku lah. She's my girl." Kata Redza. Miya terkedu. Apa kau cakap?

"Ish! Tepilah!" Kata Ray kepada Rina yang asyik mengacaunya.

Lizz memunculkan akar daun dan melilit kaki Rina sehingga dia terjatuh.

"Settle!" Kata Lizz sambil menepuk kedua tapak tangan seperti membuang habuk.

"Thanks my girl." Kata Ray meleret. Lizz dah jadi macam ulat beluncas. Geli.

"Aduh! Tah guna kau perempuan!" Marah Rina yang cuba bangun.

"Memang aku perempuan. Kau tu je yang betina." Kata Lizz selamba.

Lizz:1 - Rina: 0

"Kau!"

"Ye aku? Kenapa?"

Lizz:2 - Rina: 0

"Ish!"Rina berjalan pergi kearah Rosy.

"Waw. Hebat kau!" Kata Ray tersengih. Lizz menjeling.

"Ke tepi lah!!" Marah Khai kepada Olive yang asyik mencuba untuk menyentuhnya.

"Alaa. Minah ni duduk dengan you boleh pulak." Jari Olive dituju kearah luna.

"Dia lain. Kau tu lalang. Menyemak." Kata khai sebelum menarik luna kearahnya.

"Jom geng. Semak je." Kata khai diikuti dengan yang lain.

"Urgghh! Kau tunggu lah luna!" Kata olive dengan pandangan tajam.Luna buat tak hirau. Kau nak buat apa dekat aku? Aku ni lagenda kot.

"Jom geng. Kita buat plan baik punya." Katanya dan Rina dan Rosy tersenyum sinis.

♚♚♚

"Wargh! Langau tu memang serius buat aku tak lalu nak makan!" Kata Miya tidak puas hati.

"Hmm. Dahla jomlah balik." Kata Redza. Dalam diam Luna menepuk dahi perlahan. Lupa! Ada latihan rahsia! Ok! Buat alasan. Cepat cepat. Kau ratu alasan luna!

"Err. Korang! Aku nak jumpa miss Ria kejap. Dia suruh aku tolong dia tadi. Mungkin petang sikit aku balik." Good! Biek alasan kau luna!

"Okay! Guys jom balik dulu." Kata Lizz.

♚♚♚

Luna tiba di sebuah tasik. Katanya suruh datang ke sini.

"Kamu sudah datang. Nama aku Daisy. Aku akan latih kau harini. Satu pesanan. Jangan ingkar arahan aku." Kata Daisy dengan tegas. Laju Luna angguk.

"Bagus. Kita akan mulakan dengan latihan asas. Iaitu kesabaran."

Daisy membuat satu medan magik dan memunculkan pelbagai senjata tajam. Ianya masih terapung di udara. Ianya mengelilingi Luna sehingga dia tidak dapat bergerak seinci pun.luna membulatkan mata. Aku baru sampai kot! Peluh pun tak hilang lagi! Mampus kau luna!

Luna berdiri tegak selama beberapa jam dengan pelbagai pedang yang mengelilinginya. Lenguh! Sabar luna..sabar..ni latihan..

"Err bila nak habis ni?" Tanya luna dengan dahi dikerutkan.

Daisy masih diam sehingga dia menghilangkan senjata itu.

"Esok datang awal. Ni baru asas. Yang akan datang lebih teruk." Katanya sepatah. Luna menelan air liur. Garang!!

♚♚♚

Luna membaringkan diri ke atas katil. Sakit pinggang aku! Kau bayangkan berdiri tegak. Tak boleh bergerak. Sekeliling kau ada benda tajam dekat leher kau. Sipi je nak kena. Kau rasa??

"Huwarghh! Penatnyaaaa!" Luna memejamkan matanya sebelum membuka semula. Kejap! Dia cakap itu baru asas dia. Kalau yang betul-betul?! Bonda! Help me!!

"Kesian kau luna."

"Baik kau diam." Kata luna. Kini dia sudah bercakap menggunakan mindanya.takdalah orang kata pelik kan?.

"Aku bersimpati terhadap kau." Phoenix ketawa kecil. Luna mengecilkan matanya. Kau perli aku?

"Hek elehh..kau tunggulah burung! Tahu apa aku nak buat dekat kau." Luna memberi amaran.

"Ok ok.minta maaf." Luna tersenyum puas.

"Dah lah..aku nak tidur.Nanti esok lagi teruk aku kena. Haihh."
Luna memejamkan matanya dan tertidur.

"Aku percaya pada kau, luna. My heirs." Kata Phoenix itu.


♚♚♚

To Be Continued...

[Edited]


















(S1) Phoenix: The Legend Power✔Where stories live. Discover now