Bab-21: Irene

5.6K 350 22
                                    


Luna melihat Bintang di langit tinggi yang gelap.

Menarik.

Bintang pada hari ini bercahaya terang.

"Luna." Suara garau menerjah di mindanya. Sang naga.

"Hmmm? Kau nak apa."

"Kau yakin yang kau mahu kunci kuasa cahaya kau?"

"Jangan risau. Aku tahu apa yang aku buat."

"Jika Irene tahu menggunakannya. Ianya sudah Bagus." Dragon memghembuskan nafas berat.

"Nothing impossible if you believe, drag. Aku tahu Irene boleh buat. Dan tugas aku hanyalah melemahkan Karnos. Cukup hanya dengan kuasa Phoenix."

"Baiklah jika itu yang kau pinta." Dragon menghilang.

Luna mengeluh kecil.

Irene..

♚♚♚

"Aku akan hantar kau orang balik. kau orang tak selamat disini." Luna membuka portal ke spirit forest. Tempat mereka bermula. Dan situ juga perlu berakhir.

"Kau ikut kami." Kata Redza.

"Tak. Aku tak boleh."

"Degil." Kata Khai perlahan. Namun didengari Luna. Luna hanya buat tak tahu. Kesah apa aku.

Zzupp!

Mereka kini berada di spirit forest.

Luna di depan manakala mereka di belakang. Hanya bunyi cengkerik dan angin menemani mereka.

Sassss!

Luna memberhentikan langkah. "Senyap. Ada demons ikut kita." Kata Luna dengan suara yang perlahan. Yang lain bersedia dengan senjata.

Warghhhh!!!

Demons itu memunculkan diri. "Itu demons yang merbahaya. Ada racun. Kamu pergi berlindung sekarang!" Jerit Luna diakhir sambil mengeluarkan pedangnya.

"Tak. Kami akan lawan! Hanya pengecut sahaja yang lari dari masalah!" Kata Redza. Khai memunculkan pedang petir.

"Ergh! Suka hati kau lah!" Luna mengeluarkan bebola api dan dilontar kepada demons itu. Demons itu mengaum kuat dan berpaling ke arah Luna.

"Kau lawan aku tak guna!" Demons itu mengeluarkan cecair racun. Luna memasang perisai. Dan dia membuka satu portal.

"Kamu semua masuk sekarang!" Arah Luna.

"Tapi kau?" Miya serba salah.

"Aku okay." Luna tersenyum nipis sebelum dia kembali serius. Miya masuk diikuti dengan Lizz, Ray dan Redza. Khai masih berlawan dengan demons.

"Arghh!" Jerit Khai apabila dia terkena racun. Luna membulatkan matanya dan portal tertutup.

"Khai!!" Luna melihat Khai yang rebah sambil memegang perutnya.

"Tak guna kau! Aku dah kata lawan kau tu aku!" Luna mengeluarkan busur dan panah cahaya. Kuasa cahaya.

Panah cahaya itu terkena demons yang lemah pada cahaya. Demons itu meraung kuat. Dan hilang.

Luna dengan pantas mendapatkan Khai. Luna memegang perut Khai. Racun itu bahaya kerana kalau tidak diubati dengan pantas. Ia akan membawa maut.

"Kau bertahan kejap." Kata Luna dengan lirih. Dia menyelitkan rambutnya yang terjuntai ke telinga. Luna meletakkan tapak tangannya di bahagian yang terkena racun. Tangannya bercahaya hijau dan semakin terang.

Healer terkuat digunakan dan hanya mampu diguna oleh pengguna kuasa cahaya.

"Dah." Luna melihat wajah bersih Khai. Dia menyandarkan Khai ke pokok terdekat. "Rehat lah kejap."

Tenaganya habis.

♚♚♚

Manakala di tempat lain.

Miya, Lizz, Redza dan Ray tiba di academy.

"Khai mana?" Soalan pertama diacukan oleh Lizz apabila dia terperasan yang Khai tiada.

"Alamak." Kata Ray.

"Aduhai...dia ni memang degil." Kata Redza sambil menggeleng kepala.

"Jangan risaulah. Dia mesti selamat dengan Luna." Kata Miya.

♚♚♚

Rehat Luna terganggu apabila dia merasakan air menitik di mukanya. Dia membuka mata. Maka terlihatlah wajah Khai yang amat dekat. Tangan Khai diturunkan dari terus merenjis muka Luna dengan air.

"Selamat pagi." Kata Khai.

"Hmm."

Khai duduk di sebelah Luna.

"Luka kau dah okay?" Tanya Luna.

"Semakin pulih." Khai melihat Luna. "Kenapa kau selamatkan aku?"

"Aku buat demi Irene." Kata Luna sepatah.

"Irene..." Khai memejamkan matanya.

"Terima kasih, untuk segalanya."

♚♚♚

To Be Continued...

[Edited]




(S1) Phoenix: The Legend Power✔Where stories live. Discover now